Jumaat, 28 Disember 2012

Bila benda simple jadi... @#$!%^&!!

Hai, tahukah korang apa yang jilaka? ianya adalah apabila korang ada benda nie (rujuk gambar dibawah) dan bila korang masukkan ke dalam poket atau ke dalam beg ianya akan berubah menjadi ini (rujuk seken pic). Dan lepas tu, apabila korang nak menguraikannya, ianya menjadi sangat fakap dan boleh melambatkan perkara yang mudah dan secara tidak langsung boleh membuat orang yang tenang jadi marah. Adalah sangat bertuah kalau kau berjaya mengurainya dengan cepat. Tapi bayangkan kalau korang terpaksa ambil masa sehingga 5 ~ 10 minit...

Aaarghhhh!!!


*gambar dilampirkan bersama...


Rajah 1.1
Gambar rajah 2.5

Faham tak ape yang aku cerita nih?





Rabu, 26 Disember 2012

Sabtu, 22 Disember 2012

Kantoi...

Weyh, korang layan tak MLM12 semalam? Jambu kelakar giler kott. Tak pernah aku ketawa seikhlas tu bila tengok persembahan Jambu. Biasanya mesti aku akan haha jer tapi semalam aku WAHAHAHAHAH sambil guling-guling dan memelok erat bantal busuk adik aku. Serius, semalam Jambu memang best. Shiro pun not bad. Part yang paling kelakar, siap boleh buat iklan pulakk. Ahahahah. Tapi yang tak best nya semalam, boleh pulak aku tertidur part Jozan. Pergh!! what the hell? sedar-sedar jer, masa tu dah nak umumkan siapa yang tersingkir. Bugima!

Part yang sebelum Shiro tu aku tak sempat tengok. Sebab ape? haa... tu laa yang aku nak cerita nih.

Ok, semalam macam biasa aku pick up kekasih hati balik kerja. Semalam aku awal sikit. Sampai jer depan butik tempat dia kerja, aku hantar pesanan ringkas (bahse baku lagii). Aku bagitau, aku dah kat luar. Lepas tu dia reply, "awal pulak malam nie, semangatt ek?" aku pun terus macam, "-,-'". What the hey~ (ikut style Balas punya pronounce). 2 malam sebelum tu, aku amik dia lambat. Lambat taklah lambat mana pun. Baru semenet dua lepas pukul 9. Bila sampai, dia kata aku lambat. Malam tadi, aku awal, dia kata aku semangat pulakk. Arghh!! geram ah dengan makwe sendiri. Love bite kang, baru tahu. Eh eh?

Lepas tu aku ajak dia gi makan. Dia pun okay so kitorang gi tempat biasa ah. Bila kitorang sampai, kedai tu pasang citer Rise of Planets of Apes laa pulakk. Kitorang pun layan jer lah. Tak lama lepas tu waiter (ceh, waiterrr~) amik order. Sambil-sambil tu kitorang pun sembang-sembang. Macam-macam lah, dari hal kerja sehinggalah masuk sembang pasal movie pulakk. Nie la part yang best tentang Miss S nih, kitorang macam think alike. So bila bukak citer, selalunya ade jer benda yang kitorang sembangkan dan seriously aku tak bosan bila sembang dengan dia. Serius aku enjoy (ini bukan ayat bodekk okay).

Nak dijadikan cerita, order kitorang lambat sampai. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Lama kott kitorang tunggu. Agaknya dieorang pergi baru beli bahan-bahan untuk dimasak. Lama kott. Air yang sampai dulu pun dah mencecah paras setengah gelas dah. Haduii~ sebab tu bila order sampai jer, kitorang terus makan.

Aku tak tahu lah. Mungkin aku terlalu fokus dengan Miss S sampai aku tak hirau pasal sekeliling. Lepas kitorang habis jer, kitorang rehat jap. Pastu kitorang nak angkat dah. Entah macam mana, aku pandang belakang 180 darjah. Lepas tu alangkah terkejutnya aku (ceyyy~ tak la terkejut mana ponn) bila tengok kat belakang ada boss dengan family die. Dari rupa gaya, macam baru sampai. Aku pun rasa kekok lagi awkward laa. Perlahan-lahan aku cuba merangkak ke kaunter macam penjenayah. Nak keluarkan duit pun aku buat dengan berhati-hati seolah-olah macam pakar nak defuse bomb jer.

Tapi...

Apa yang slacknya, boss duduk betul-betul dekat meja tengah. Kalau nak keluar, kena lalu boss gak. Haduii~ nak buat macam mana, awkward pun awkward laa. Last-last aku pergi dekat dia dan tegur dan...

ALAMAK KANTOII LAA PULAKK!!

huhu~ dia siap tanye lagi siapa nie sambil tunjuk kat Miss S. Ahahahah. Damnit! agak kemaluan juga disitu. Basah celah kangkang aku. -.-'

Dah lah. Tu jer aku nak update for now. Time's up. Gotta get back to work. :D


Jumaat, 21 Disember 2012

Masih disini...

21.12.2012

Aku masih disini, meneruskan kehidupan seharian. Masih bekerja hingga ke petang membanting otot mata menghadap pc. Tak lupa juga menguji urat-urat tangan untuk mengklik tetikus dan menekan-nekan papan kekunci. Masih juga berkesempatan untuk mengemaskini blog. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, masih bernafas hingga ke hari ini. Dan mampu untuk berak 3 kali sehari (setakat ini lah).

Persoalannya...

Khamis, 20 Disember 2012

21.12,2012 Kiamat...?

20.12.2012, tarikh hari nie. Last week aku ada post pasal tarikh 12.12.12 kan? minggu nie, 20.12.2012 pulakk yang menjadi hit seantero dunia. Sebab? sebab tarikh tu dikatakan cantekk lagi menawan. Seswai untuk dijadikan tarikh istimewa seperti tarikh perkahwinan, tarikh tercirit paling lama, tarikh break dengan pakwe/makwe dan sebagainya. Hari ni aku bet, ramai pasangan yang nak mendirikan masjid. Harap-harap masjid yang didiri terbina teguh dan bukan sekadar special pada tarikhnya sahaja. Aminnn~


Akan tetapi, selain itu, walaubagaimanapun, tarikh besok hari juga menjadi topik hangat penduduk bumi. Ingat lagi filem 2012, dimana diinspirasikan (betul ker istilah aku nie?) dari ramalan penduduk Mayan mengenai hari 'kiamat'? jadi, besok merupakan hari yang dinantikan. Dinantikan eh? siapa yang menanti?


Akceli, aku sendiri tak pasti tapi dari pagi tadi aku asyik terbaca mengenai benda nie dekat twitter. Pernah gak dengar sebelum nie sebenarnya tapi tak amik port sangat. Bukan apa, tapi kita tak patut percaya kepada benda-benda macam. Perihal tentang kiamat nie hanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t jerr. Haa... kan aku dah jadi Ustard Don Givap dah. Ni la yang aku malas nie. *main-main janggud*

Dah lah. Aku nak makan mi nih. Pastu packing. Nak balik. Babai~


Kerana sekeping donut...

Argghhhh!!! *rage*
*gambar sekadar hiasan, donut sell separately*

Pagi nie aku rasa sangat geram dan hampir menjadi seekor hulk gara-gara tak jumpa kueh gelang. Kau tau ape tu kueh gelang? orang kampung aku panggil donut. Tak tahu apa itu donut? sila rujuk kamus dewan bahasa dan pustakawan. Aku takde mase nak membelek dan aku tak ingat muka surat berape ada cerita pasal donut.


Tahu tak, pagi tadi selepas mandi dan berak, aku secara tiba-tiba terkenangkan kueh donut. Aku tak tahu kenapa, mungkin rindu agaknya. Sebab tu aku dah set dalam minda dan jiwa aku, pagi nie aku nak makan donut. Oleh itu, pagi tadi bile kitorang singgah area tempat menjual kueh dan mueh beraneka warna makanlah jangan hanya dipandang (tetibe nyanyi lagu raya. -.-'), mata aku mula mencari-cari donut. Aku lari ke sana, aku lari ke sini, guling-guling, melompat, main sembunyi-sembunyi tapi tak jugak jumpa donut. Hampir 240 saat aku mencari tapi gagal. Rasa nak nangis dan terkucil ditempat kejadian pun ada. Aku bukannya mintak cheese ataupun chocolate donut, aku hanya mintak yang biasa jer tapi itu pun takde. Waaa~ merajuk aa macam nie. Huu~

Dan lepas tu kan... lepas tu kan...

Dah lah. Tak nak cerita lagi. Biarkan ku pergi membawa luka dihati. Tsk... tsk... tsk...

p/s : Nasib baik ada wafer dan adik yang jual tu tadi cute. huhu~ lalalalalala~

Rabu, 19 Disember 2012

Jumaat, 14 Disember 2012

Skeptik...

Ya Allah!! ngantowk nya mataaa. Haduii~ dari tadi aku asyik menguap jer. Dah sama spesis dengan badak air dah. Nasib baik aku comel. Berapa banyak bulu hidung aku dah cabut tapi tak jugak hilang mengantok nih. Ini dulu petua cikgu kitorang. Kalau mengantok, cabut bulu hidung sendiri. Bulu hidung SENDIRI okay. Kalau bulu hidung orang lain, korang tak kan hilang mengantok. Hilang nyawa kott. Ye lah, dah orang yang korang cabut bulu hidung tu hilang sabar, korang lah yang kene, ye tak? heheh.

Aku percaya yang kebanyakkan dari kita nie agak skeptikal kan? ye la, bila tengok sesuatu, kita akan cepat 'melatah'. Melatah dalam istilah cepat memberi respon yang negatif berbanding positif. Bukan melatah macam separuh sawan tu sambil menyebut perkara-perkara yang tak sepatutnya seperti "O tapir ku kacak!" "O mak kau!" dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.

Bercerita mengenai skeptikal, semalam kitorang diberi pen sorang satu. Aku tak tau kenapa. Aku amik jer, tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Disebabkan aku skeptik, jadi...

Ok lah, aku paste gambar kat sini... aku nak mintak korang komen apa first impression korang, boleh? nak jugak tahu apa pendapatan korang. Hewhewhew.

Nah gambarnya...

Jangan lupe komen kat bawah! huhu~

Khamis, 13 Disember 2012

Twitter sms...

Korang main twitter? jum follow aku @MzNeo89

Best tak intro aku? macam tak malu jer kan mintak difollow. Ah, aku peduli ape. Mihmihmih. Owh, sebenarnya aku bukan apa, nak cerita pasal twitter punya servis, twitter sms. Sebelum-sebelum nie, aku ada pakai twitter sms celcom. Syok gak. Dapat bertuit, reply tuit. Cuma masalahnya ko tak nampak timeline jerr. Tapi bagi aku, aku tak kesah sebab aku dah setkan tuit saper yang akan masuk ke hempon aku via sms.

Later on, aku beli simpack baru, Digi Buddyz. Sebab aku nak kekoling & sms Miss S 24/7 free jer. Aku ingat lepas beli no baru tu, mesti nanti aku topap sebab nak lanjutkan tempoh sah kredit jer. Kredit tak terpakai. So, untuk memanfaatkan kredit tu, aku pun guna la no tu untuk subscribe twitter sms & facebook mobile. Masing-masing potong RM1 seminggu & akan ada tinggal lagi kredit beberapa ringgit. Jadi yang aku langgan kat celcom tu aku cancelkan laa.

Rabu, 12 Disember 2012

Wordless Wednesday 010

12 12 12     12:12


Isnin, 10 Disember 2012

Derby game

Semalam ada dua perlawanan penting. Satu, game Harimau Malaya menentang Thai dan satu lagi derby game antara Manshitty dan team feberet aku, Manchester United. Memandangkan kedua-dua game tersebut clash of the titan, aku terpaksa memilih satu antara dua. Please, jangan pertikaikan kesetiaan aku (setia laa sangattt!! pui!!) dan nilai aku berdasarkan keputusan yang aku buat. Bak kata pepatah, "don't judge book by its colour". Ok, enuff said. Aku pilih game Menyu. Ok, aku hanya nampak macam nie, nak tengok game bosan atau tengok game yang buat kau terkencing melihat setiap aksi? jadi aku pilih yang latter. Sekali lagi, jangan judge aku.

Sabtu, 8 Disember 2012

Plan hujung minggu...

Hujung minggu, saat-saat yang  aku tunggu sejak mula turun kerja dari hari isnin haritu. Macam-macam perancangan dah dibuat. Melancong ke eropah, menyelam ke dasar jurang Mariana, menjejak bigfoot, menangkap obor-obor dan mandi air terjun bersama tapir jiran. Itu antara intipati perancangan yang aku dah draft dalam kepala. Sudah tentu, disebabkan kekangan masa, tak semua dapat aku laksanakan, tak semua dapat dicapai. Sebab tu aku kena susun ikut keutamaan.


Sebenarnya-benarnya besok ada plan besar. First of all, my family members besok semua pergi ke Miri sebab ada kenduri. Dan second, my officemate ajak satu office bertandang ke kampung beliau. Dengarnya dia nak bawak jalan jalan mencari buah memandangkan banyak buah yang masak ketika ini dikampungnya. Kalau tak silap, bos dah prepare 4 bijik kereta untuk besok. Walaubagaimanapun, antara dua-dua invitation tu, dua-dua aku tak join. Sebab? aku malas. Dan esok aku nak rehat jerr sepanjang hari. Muahahahahahahah.


Aku ni dah bosan tahap cipan duduk dalam ofis yang berekon nih. Takde beza antara aku dan jambu batu dalam peti ais kat pantry kitorang tu. Kitorang serupa cuma dia duduk diam jer, manakala aku duduk sambil pura-pura buat kerja padahal aku tengah berfesbuk dan bertuita. Heheh. Sebab tu aa aku rasa nak update entri petang nih. Lagipun, lama dah tak update kan. Heheh. Tu jer laa update untuk kali nie. Sorry tak dapat lama, nanti kantoi pulakk. Hik3. >.<

Until next time mi fren. Babai~ ;3

psst: Ok, sebenarnya aku tanak pergi sebab nak date dengan Miss S. Jangan bagitau kat die tau. Huhu~

Rabu, 5 Disember 2012

Isnin, 3 Disember 2012

Kembali sennyyiummm

Pernahkah korang menonton drama korea Full House suatu ketika dahulu? siapa yang pernah tengok, sila cabut bulu ketiak 3 helai. Masa tu lagu nyanyian Hujan, eh silap, Rain bertajuk Un Myung (betulkan kalau aku silap) adalah agak femes dan menjadi pujaan ramai dara dan anak dara tua yang melayan drama nie petang-petang. Lagu nie jugak pernah masuk carta lagu feberet dan wajib nyanyi bagi jejaka perasan kachak tatkala mandi.

Panas & Hujan - Rumah Penuh

Lagu nie juga pernah dialih bahasakan, maksud aku versi berbeza iaitu dalam bahasa melayu yang didendangkan oleh Saiful err... aku tak ingat saiful apa. Mungkin Saiful Apek barangkali ataupun Saifull house. Ahahahah. Ok, lawak itu agak hambar, tapi tak apa, tahun depan aku cuba lagi. Dalam bahasa melayunya, lagu tersebut diberi nama Kembali Senyum.

Haa... nampak tak? nampak tak permainannya disituu? sila baca balik tajuk entri.


Sebenarnya, intro dengan tajuk entri aku takde kaitan yang signifikan pun. Aku kaitkan sebab ada penggunaan istilah yang sama. Apa yang kembali senyum sebenarnya? aku laa yang kembali sennyyiumm. Kenapa? sebab berukband aku dah mula beroperasi seperti dahulu. Sebelum nie berukband tak dapat beroperasi kerana disyaki menghidapi masalah senggugut dan juga apendik C. Tapi tak mengapa, kini berukband aku dah boleh mula berlari, melompat, bergayut dan berguling-guling dengan cerianya. Antara salah satu buktinya adalah, aku dapat update entri tengah-tengah malam macam nie. Huhu~

Ok lah, tu jer yang aku nak update. Kangkang aku dah gatal nie, mintak digaru. Huhu~ nasib baik kangkang, kalau "adik" aku tadi... hmmm... malaslah nak cerita...

Ok, tu jer. Babaiiiii~ >.<

Sabtu, 1 Disember 2012

1st of december...

1 Disember 2012...

Permulaan kepada bulan baru. Bulan terakhir pada tahun ini. Dalam bulan ni jer yang ada tarikh istimewa yang berulang untuk abad ini, 12-12-12. Mesti ramai yang berebut-rebut nak kawen ari tu kan? bagi aku, ada apa dengan tarikh? ia hanyalah nombor jer.

Namun...


Bulan disember nie memang sangat-sangat bermakna bagi aku. Dalam banyak-banyak bulan, bulan disember lah yang paling aku suka. Yang kedua, mungkin sekali bulan syawal. Berkemungkinan sebab dalam bulan nie, selalunya cuti (dulu laa) dan yang paling penting sekali, bulan nie (disember) laa aku dilahirkan ke dunia, 23 tahun yang lalu. Sehingga saat ini, aku dah bernafas dan hidup diatas muka bumi selama 23 tahun 6 jam 50 menet. Yerr, iye iye jer aku kan? kekonon tepat lerr mase tuu.

Aku tak ingat dalam bulan islam mana aku lahir. Rasanya Jamadil Awal kott, ker Jamadil Akhir. Ini yang aku konpius. Sebab tu aku prefer pilih ikut kalendar Gregorian berbanding kalendar Hijri. Kalau kau tanya aku berapa haribulan hari nie (ikut kalendar Hijri) pun komfem aku tak dapat jawab. Sebab aku selalu lost track. Biasanya aku akan ingat tarikh lahir bulan islam tatkala bulan Ramadhan ataupun kalau ada perayaan tertentu sahaja macam hari raya, maulud nabi, nisfu sya'ban dan yang sewaktu dengannya. Eleh, korang pun lebih kurang aku jugak kan? tak payah nak tipu laa. Tak perlu laa jadi musang berbulu ayam. Aku kenal laa yang mana intan, yang mana kaca, yang mana permata. Eh?

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ilahi. Syukran Ya Allah. Kau masih beri aku kesempatan. Aku tahu banyak khilaf yang aku dah lakukan. Disebabkan kasih sayang-Mu, aku masih lagi disini hingga ke hari ini. Maafkan aku...

Tak lupa jugak kepada mak dan bapak aku. Tanpa dieorang, aku tak mungkin disini, merasa pahit manisnya hidup. Aku tak mungkin tahu bagaimana perasaannya menjadi seorang manusia. Dulu, pernah aku terfikir, kalau aku bukan manusia, siapalah aku? mungkin aku jadi kucing. Takpun tong gas sahaja. Hmm. Entah aa, aku pun tak tahu kenapa aku berimaginasi sebegitu. Masa tu aku imagine jadi kucing hitam yang selalu makan ikan dan banyak luangkan masa untuk tido. Oh, indahnya duniaaa.

Tak lupa juga thanks dekat "awakk". Terima kasih banyak-banyak. Biar ribut sandy, tsunami, fogging, hujan, panas melanda, awak tetap ada disisi. Jatuh bangun, suka duka sentiasa bersama. Ibarat lirik lagu Teman Pengganti, "ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama" macam tu la rasanya perasaan saya dekat awak. I don't know how long would our relationship last, but trust me, i'm hoping it to be forever. But, if we're not meant to be, i promise that i won't forget you. If happiness do exist, you're the closest to it in my life so far... i love you, sooo much.

To all my friend, yang dah wish, yang belum wish, yang aku kenal in real life, yang aku kenal kat alam maya, thanks to all of you sebab dah warnakan hidup aku. Korang dah corakkan macam-macam. Aku akan ingat sebanyak mungkin kenangan yang aku ada dengan korang semua. Tanpa korang, hidup aku mungkin tak akan se-ohsem ini. Thanks yall. Aku tak mintak apa-apa except korang kekalkan hubungan yang dah ada sekarang ini. Terima kasihh semua.

Thanks to ALL of you!! ;)



Rabu, 28 November 2012

Wordless Wednesday 008


1 year = 12 months = 52 weeks = 365 days

Hmmm... fuhhh... *tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan*

Tak sangka, masa cepat berlalu. Kacang hijau yang semalamnya aku tanam, sekarang dah mekar menjadi sayur taugeh yang ranum. Tapir jiran aku yang dulunya biasa bermain bola bersama-sama, kini dah berumah tangga dan beranak lima. Hempon Xperia yang aku beli dulu, mula nak meragam, mintak tukar baru lettew. Pokoknya, manggis. Eh, pokoknya, masa memang berlalu dengan pantas.

Setahun bersamaan dengan dua belas bulan sama jugak dengan lima puluh dua minggu ataupun tiga ratus enam puluh lima hari. Hari ini genaplah setahun. 28 November 2011, tarikh yang tak mungkin aku lupakan. Dari situ segala-galanya bermula. Dan bagi aku, sangat-sangat bermakna. Segala suka duka, pahit manis, masam masin, segalanya terasa dalam tempoh setahun itu.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan the very special thanks to someone yang sentiasa berada ketika aku perlukan. Terima kasih jugak sebab sanggup bertahan selama setahun ini. Terima kasih sebab sentiasa temankan aku dan menjadi sumber inspirasi buat aku. Thanks to this whole great year. Your existence in my life really change it all. Thank you, thank you sooo much.


p/s : Aku masih ingat lagi tatkala aku jatuh kerana 'tali' tempat aku berpaut terputus, dia menyambut aku dan memberi sinar harapan yang baru dimana aku melompat lebih tinggi dari ketinggian yang pernah aku berada sebelum ini. Untuk itu, terima kaseh awakk... ;')

Senjakala Memecah Subuh bahagian 2

Entri nie ditaip 2 hari lepas... tapi aku tak sempat nak publish... sorry~

So, malam tadi (rujuk diatas) aku pergi tengok wayang bersama Miss S dan bestest friendses foreveresnya, BFFs. Kitorang pergi menonton filem yang mengutip kutipan box office sebanyak (fill in the blank sebab aku dah lupa) semenjak ditayangkan tempoh hari. Secara keseluruhan, aku bagi filem nie rating 3/5 bintang namun atas sebab-sebab tertentu, aku up kan rating tersebut menjadi 3.5/5 bintang.

Jujurnya, bagi aku, nie merupakan sekuel terbaek dari kelima-lima sekuel yang dah ditayangkan. Mungkin sebab ini merupakan bahagian terakhir a.k.a finale filem ini. Ataupun mungkin sebab aku dah menonton kesemua sekuel yang ada. Ok, aku bukan peminat tegar filem ni mahupun kipas-susah-mati dieorang. Aku just layan jer for the sake of movie. Bagi aku, filem nih masih berada ditahap boleh layan laa. Even bermacam-macam kritikan pedas yang dah diterima. Well, haters gonna hate man. Biebers pun macam tuu jugakk. Still ramai jer beliebers nun diluar sana. Tak lupa juga kepada peminat KPop yang mengaku berasal dari planet Matoki. Right?

So, Breaking Dawn part 2. Kalau ini kali pertama korang menonton filem ni, jadi korang tak akan jadi seimpress mana. Unless korang baca novel laa. Tapi kalau dah layan novel, takkan tak layan filem kan? eh? ade ker macam tu?


Sambungan kepada Breaking Dawn part 1, kita tahu yang Bella dan Edward dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Renesmee. Namun begitu, Bella melalui saat-saat getir ketika melahirkan Renesmee. Kehilangan darah yang banyak sehingga mengancam nyawa Bella membuatkan mereka melakukan keputusan yang tak dijangka last minute.

Masa berlalu. Renesmee mula membesar dan mengalami tumbesaran yang agak unik. Dia membesar dengan cepat dan dikurniakan kelebihan istimewa. Kalau Alice boleh melihat masa depan melalui vision yang datang, Renesmee pula boleh tunjukkan memori yang dia dah lalui kepada sesiapa saja yang dia nak hanya dengan menyentuh mereka dengan tapak tangannya. Siesly, untuk sekuel kali nie, aku rasa macam tonton Xmen pun ada sebab kebanyakkan puntianak dalam sekuel nie ada kelebihan masing-masing. Ada yang boleh alirkan elektrik, boleh kawal elemen, boleh hilangkan pandangan dan pendengaran dan macam-macam lagi lahh.


Satu hari, kelibat Renesmee terkantoi dengan seekor puntianak, Irina dari puak Denali. Bukan kantoi kelibat mandi sambil berkemban mahupun beromen bersama serigala, tetapi kantoi pergi kutip salji. Irina saspek yang Renesmee merupakan anak abadi (immortal child) kerana rupa parasnya yang menawan. Ok, anak abadi nie merupakan anak hasil daripada hubungan dua ekor puntianak. Kiranya truly puntianak laa sebab puntianak yang lain mengalami tranformasi dari manusia jadi puntianak. Tapi immortal child adalah anak yang dilahirkan secara normal (normal bagi puntianak laa). Walaubagaimanapun, anak abadi nie dikatakan merbahaya dan membawa ancaman kepada seluruh puak puntianak yang ada. Sebabnya anak abadi tak mampu mengawal nafsu dieorang dan dipercayai gagal untuk menyimpan rahsia mengenai puntianak. Oleh itu, membela anak abadi adalah suatu kesalahan yang agak besar.

Kemudian, Irina report perkara nie kat Volturi. Motifnya kerana Irina geram dan marah serta tak puas hati atas pembunuhan ibunya suatu ketika dahulu. Sebab benda yang sama jugak, membela anak abadi. Well, kalau korang ada layan filem sebelum nie, for sure korang tahu siapa dia Volturi. Senang nak faham, Volturi nie merupakan puntianak Diraja (Royal Vampire) diketuai oleh Aro dan dieorang ni sangat kuat dan dah hidup lama. So, kesemua puntianak (kebanyakkannya) seluruh dunia (cewah!) terikat dengan peraturan dan perundangan Volturi. Termasuk jugak The Cullen. Dan menjaga hal ehwal puntianak dah menjadi tanggungjawab dieorang.

Disebabkan oleh dakwaan Irina, The Cullen berada dalam bahaya. Alice mendapat ramalan yang Volturi akan datang membuat siasatan apabila "salji mula melekat". Volturi nie terkenal dengan ketegasan dieorang. Menentang Volturi bermaksud mati. Dieorang nie sangat akur dan patuh pada peraturan dieorang. Sekiranya dakwaan Irina benar, Renesmee akan dibunuh. Dan jika sebaliknya, Irina pula yang akan dibunuh. So, korang dapat tak bayangkan betapa not so gentlenya Volturi nie.

Jadi, The Cullen cuba untuk mengumpul seberapa banyak puntianak yang ada untuk berdepan dengan Volturi. Bukan untuk berlawan, tetapi sebagai saksi. Bertujuan untuk meyakinkan Volturi bahawa Renesmee bukanlah seperti yang didakwa. Dieorang percaya, lagi ramai saksi, bertambah yakinlah Volturi bahawa dakwaan itu salah. Dieorang kumpul puntianak seramai yang mungkin. Kebanyakkannya terdiri dari kenalan-kenalan lama. Ada yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang dari India, Amazon, Russia, Scotland, Malaysia (eh?) dan bermacam lagi.


The Cullen akhirnya berjaya mengumpul seberapa banyak saksi yang diperlukan untuk meyakinkan Volturi. Semakin hampir tiba dengan masa yang diramalkan oleh Alice, Alice dan Jasper pulak hilang, melarikan diri atas sebab-sebab yang tak pasti. Ini agak mengejutkan keluarga Cullen tetapi plan masih lagi berjalan seperti yang dirancangkan.

Akhirnya...


Opps! aku rasa dah banyak dah yang aku spoil dalam entri nih. Kalau nak tahu kesudahannya, kene la tonton sendiri kat wayang. Tak pun download, ataupun live stream dan... eh, ikut suka korang lah nak tengok macam mana. Tapi, ingin aku nyatakan kat sini. Akan ada fight scene antara Volturi dan pakatan The Cullen. Sebab fight scene nie laa aku upkan rating. Heheh. Siesly kalau takde, sumpah tak best citer nie. Ye laa, banyak scene cakap-cakap, romen, dan ehem ehem. Betul, tak tipu.

So, bagi yang belum tonton lagi Breaking Dawn part 2, sila laa tonton. Tak kesah aa korang ni fan twilight atau tak. Especially to those yang suka menonton wayang. Bagi aku, berbaloi aa beli tiket untuk tonton filem nih.


One question, kepada korang yang dah tonton. Aku nak tanya, kenapa Bella marah sangat dengan Jacob awal-awal scene tu? any idea? aku blurr aa. Even aku tanya Miss S, dia pun kata dia blurr jugak. Tak faham apa yang berlaku. Please someone bagi pencerahan kat kitorang. Huhu~

Rabu, 21 November 2012

Sabtu, 17 November 2012

Gula-gula getah itu...

Well, hidup aku kebelakangan ini facing benda yang sama, everyday. Bangun awal pagi, buang taik mata, korek idong, berak 2 saat, dan mandi. Lepas tu siap-siap dan turun kerja. Tapi yang bestnya, balik kerja aku mandi dan lepas tu siap-siap nak jumpa Miss S. Aku offer nak hantar dia balik kerja. Yep, sekarang nie dia dah kerja. Dah 2 minggu dah.

Hampir setiap hari aku dapat jumpa dia. Kadang-kadang aku ajak dia makan dulu, baru hantar dia balik. Itu laa rutin aku. And yesss, aku sukakan nya. I mean the routine. Dan aku pun suka dia. I mean Miss S. Demmit! kenapa aku perlu beri penjelasan untuk setiap penyataan yang aku buat?? hishh!!

So, semalam pun macam tu jugak. Aku ajak dia makan kat luar. We had a good time. Siesly, good time. Lepas makan, aku hantar dia balik rumah. Tu jer laa yang aku nak cerita...


SUPRISEEE!!! You've got punk'd!!

Sebenarnya cerita belum habis lagi. Belum klimaks lagi cerita aku nie. Ok, ni dah nak masuk part penting. Lepas aku balik rumah, aku relaks sambil kentut dengan senang hati. Tak lupa jugak, aku berus gigi dan cuci muka. Pastu aku siap-siap nak beramas mesra dengan bantal busuk aku. Kalau laa aku dah kawen, mesti best kan dapat peluk2 Miss S. Ok kids, stahppp your imagination!! sambung cerita tadi...

Entah macam mana, masa tu aku ternampak chewing gum Extra yang aku baru beli sebelum tu. Dan secara tiba-tiba, aku bagai dirasuk oleh sesuatu. Keinginan tu tak dapat aku tahan lagi. Nafsu mula membuak-buak. Jantung mula berdegup kencang. Tangan aku dah mula gatal-gatal nak meraba. Akhirnya, chewing gum tu aku ratahkan jua. Aku makan se pellet. You know pellet? alaa, dia macam tablet laa lepas kau kunyah dia jadi kenyal macam getah. Kenyal? seriously? dah berabad dah aku tak dengar word tu. Kah3.
Ni la pellet
Aku on laptop. Ingat nak main Dota namun akhirnya lain yang jadi. Instead, aku layan cerita laa pulak. Tak lama lepas layan cerita, Miss S call. Okeyh, nie satu lagi rutin harian aku. Tetiap malam mesti kekoling Miss S. Biasa laa tuu. Huhu~ tapi malam tadi aku dan Miss S dua-dua mengantowk. Kitorang kekoling tak lama. Tak macam selalu. Dia kata dia nak tidur, aku pun okay jer sebab aku pun mengantowk sama.

Lepas tu...

Okay, aku dah tak ingat apa-apa. Aku bangun, aku sedar jer dah pukul 4 pagi. Masa tu baru aku teringat mana perginya chewing gum yang aku kunyah. Seingat aku masa kekoling, aku masih lagi kunyah chewing gum tu. Namun, kepala masih tak stable dan mata perlukan tidur. Aku sambung tidur sekejap tapi tak lama. Setengah jam jer. Then mata aku terbeliak seolah-olah aku ingat sesuatu. Masa tu, confirm aku belum buang lagi chewing gum tu. Masa tu aku takut aku tertelan jer. Jilakaa!! berhenti berdegup rasanya jantung aku.

Tak lama lepas tu, aku angkat dan bangun. Bila aku angkat, terus mata aku ternampak sesuatu. Dekat seluar aku ada something kaler puteh. Melekat ibarat selotape. Dan...

Malas lah aku nak cerita lagi... aku rasa korang pun tahu apa benda tu... -.-'

Damn!


Rabu, 14 November 2012

Jumaat, 9 November 2012

Hanya di radio...

Salam Jumaat semua, penghulu segala hari

Tak perlu tanya kenapa jarang apdet. Berukband masih lagi down dan tak sedarkan diri. Aku dah try tampar, kencing, ludah tapi masih jugak tak bangun2. Mintak tolong korang semua doakan kesejahteraan berukband aku. Doa doakan dia cepat sembuh. Kalau tak, jarang laa aku nak apdet blog lepas nie. Huu~ T^T

Korang tau tak, lately nie aku dah mula nak menjinak-jinak kan diri mendengar radio. Entah macam mana boleh jadi macam nie. Padahal aku nie bukan jenis yang gemar mendengar radio. Memule tu aku layan Hot fm tapi sekarang nie dah tak dah. Aku prefer layan Era fm. Aku tak tahu kenapa tapi the most probably reason sebab aku nak dengar JoHaRa kott. Sies, layan gelak2 sorang2 depan pc macam orang gila, itu la rutin aku sekarang.

JoHaRa - Trio yang best! layannn~

Lepas tu, yang aku perasan sejak aku dah mula dengan hobi baru nie aku dah makin kerap download lagu. Asal dengar lagu best jer aku download. Lagu best jer aku download, lagu download jer, aku best. Eh? ape2 jer lah.

Ok lah, nak layan ERA_fm jap. Babai~ ;)

Isnin, 5 November 2012

Update sikitt..

4 hari dah tak update. Broadband down, enough said. Ni pun aku curi-curi nak update. Jantung berdegup kencang sambil menahan kentut. Please jangan bagitau bos aku, kalau tak... mesti dia baca blog aku. Malu dowh. Aku bukan tak nak update kat opis cuma aku rasa malas dan rasa tak best. Mana nak perah otak lagi, kalau tak perah aku blend jer dalam blender. Sebab nak dapatkan jus yang menghasilkan idea yang superpowerrrrr (sebut dengan bersemangat sekali. Sekali jer.) Lepas tu nak gunting gambar lagi, nak tampal lagi. Lepas tu nak hias-hias lagi. Lepas tu.. lepas tu... argghhh!! macam-macam hal lah.


Ya Allahhh!! mi aku dah kembang dowhhh!! tadi aku masak mi tomyam. Perut lapaa. Ok ok, nanti aku update lagi. Babai~

Rabu, 31 Oktober 2012

Wordless Wednesday 005


Looper

Might contain spoiler

Hari nie aku nak citer pasal Looper. Korang yang dah tengok, diam-diam jer ah. Shhh. Aku nak spoil bagi yang belum tengok lagi.

Face your past, fight your future

Looper, dari nama tu agak-agak apa yang bermain difikiran korang? aku masa first time dengar tajuk nie aku  terus luper, tak ingat ape-ape. Heheh. Siesly, memula aku ingat filem nie pasal orang yang ada power boleh lompat-lompat. Ye la, loop la katakan. Itu yang aku sangka.


Apa yang bestnya pasal filem nie, intro die jer dah tunjukkan apa itu Looper. So, better fokus lebih diawal citer sebab kalau korang miss, korang tak kan tahu dan faham amende Looper nie sebenarnya. Bila tengok opening scene, aku terus ingat kat Jumper. So, Looper nie macam Jumper laa. Thats what i thought, tapi bukan sebenarnya. Tidak sama sekali. Dua kali ataupun tiga belas kali pun tidak.


Tahun 2044, Amerika Syarikat mengalami kemerosotan ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya masalah sosial yang teruk serta meningkatnya jenayah terancang. Lebih teruk lagi, 10% dari populasi masa tu memiliki TK, iaitu kuasa telekinesis (seperti yang dimiliki oleh Jean Gray dalam X-Men). 2074, mesin masa telah wujud namun penggunaannya diharamkan. Masa tu jugak, teknologi dah maju. Sistem pengesanan badan pun dah ada menjadikan ianya sesuatu yang agak sukar dan hampir mustahil laa bagi penjenayah untuk menghapuskan orang yang mereka nak hapuskan secara rahsia. Jadi, disini laa looper memain peranan.

Looper nie sebenarnya pembunuh upahan (pada tahun 2044) yang dibayar dengan perak (silver bars) yang diikat pada mangsa yang mana mangsa sebenarnya dihantar dari masa depan (2074) yang ingin dihapuskan oleh penjenayah. Senang nak faham, looper nie adalah satu profesyen. Kerjanya bunuh orang dari masa depan dan dapat bayaran secara tunai yang diikat pada mangsa. Faham setakat nie?

Joe Simmons (Joseph Gordon-Levitt) merupakan seorang looper milik sebuah kompeni Mafia di Kansas. Die punya bos, Abe dihantar dari masa depan dan dia ada seorang awek, Suzie yang mana dia selalu luangkan masa bersama. Part tu aku tak nak cerita lebih, lets cut it short. Satu hari, rakannya Seth, juga seorang looper sedang melarikan diri dari Gat Men. Gat Men ni merupakan sekumpulan orang yang diupah untuk mengawal loopers. Seth melarikan diri kerana dia teragak-agak untuk membunuh sasarannya yang mana dia tahu masa tu merupakan dirinya sendiri dari masa depan, 30 tahun dari sekarang. Gagal untuk membunuh target atau sasaran bermakna mati untuk diri sendiri. Sebab tu Gat Men cari Seth untuk dibunuh kerana membiarkan sasarannya terlepas, dalam kata lain, tak mati.

ok, muke die tak sama
Joe sembunyikan Seth diruangan rahsia ruang tamunya yang tersembunyi dibawah karpet. Ruang tu sebenarnya tempat Joe simpan sebahagian dari silver bar yang dia ada. Mulanya Joe tak buka  mulut mengenai Seth dan cuba melindunginya apabila dia dibawa berjumpa dengan Abe, namun terpaksa khianati Seth setelah diberi pilihan samada beri Seth atau separuh dari silver bars yang dia ada. Kumpulan Mafia tu pun tangkap Seth dan mula menderanya yang mana memberi implikasi dan kesan kepada Seth dari masa depan (yang berjaya larikan diri tadi) dan akhirnya dibunuh oleh Kid Blue, salah seorang dari Gat Men yang cuba nak membuktikan dirinya kepada Abe.

Sebelum Seth yang muda mati, ketika melarikan diri ke rumah Joe, dia ada bagitahu yang Seth dari masa depan ada citer mengenai Rainmaker, seorang lelaki yang mengambil alih kuasa Mafia dimasa depan. Namun, dimasa depan, Rainmaker merancang untuk menutup loop dengan cara menghantar looper dari masa depan dan bagi kepada diri mereka sendiri, 30 tahun yang lalu.

Nak dijadikan cerita, Joe juga tak terkecuali. Dia telah ditugaskan untuk membunuh Joe (Bruce Wills) dari masa depan. Namun, Joe yang lebih tua berjaya meloloskan diri. Later on, kedua-dua Joe berjumpa disebuah kedai makan, tempat favourite Joe dan order menu yang sama. Joe yang tua memberitahu Joe bahawa Rainmaker menghantar dirinya untuk dibunuh dan pada masa yang sama, isteri (joe tua) telah dibunuh in the process. Jadi, Joe tua menggunakan mesin masa untuk kembali ke masa lalu dan merancang untuk membunuh Rainmaker yang masih kecil. Pertemuan kedua-dua Joe jadi lebih teruk apabila Gat Men muncul dan end up dengan kedua-duanya melarikan diri, membawa haluan masing-masing.


Sebelum melarikan diri, Joe sempat mengambil peta milik Joe yang tua dan akhirnya membawanya ke sebuah rumah ladang milik Sara (Emily Blunt) yang tinggal bersama anaknya, Cid. Joe ceritakan semuanya kepada Sara dan kemudian menawarkan diri untuk melindungi Sara dan Cid, sekaligus membunuh Joe yang tua sekiranya dia memunculkan diri.


Dan lepas tu...

Opps! terlalu banyak dah yang aku spoil. Tinggal korang nak tengok lagi 30 menet. Heheh. Sies, bagi aku citer nie best & layak mendapat cop tonton-again. Rasa nak tengok lagi arr. Korang yang minat sci-fi harus tonton citer nih.

Aku benci kau abam Boni!!

Arghhh!!!

Kenapa? kenapa jadi macam nie? aku respect kau, tapi kenapa ini yang kau taburkan? apakah dosaku? adakah kerana aku tak menerima lamaranmu kau buatku jadi begini? kenapa abam Boni, kenapa?!!

Tak perlu aku cakap banyak. Lihat jer gambar dibawah. Biar gambar menceritakan semua.


"Setiap gambar, ada lagu..." -Yunam-
Sebenarnya, aku nak ucapkan terima kaseh kepada abam Boni Kachak kerana telah memilih blog aku, Mangkok Jamban 2.0 sebagai blog pilihan minggu ini. Aku pun tak tahu minggu mana yang dia mention sebab aku baru perasan tadi. Sejujurnya, aku tak expect benda macam nie. Aku tak sangka pulak blog aku menjadi pilihan beliau. Ya, memang benar dia merupakan seorang pengunjung setia blog nie. Korang tengok jer komen-komen lepas, muka die jer yang komen. Komitmen giler. Kalau aku perempuan dan single, dah tentu aku nak abam Boni jadi boipren aku. Aww~ tapi malangnya aku tak. Maafkan aku abam Boni. I'm not single and i'm not gay.

Dikesempatan nie gak aku nak ucapkan terima kaseh yang tak terhingga kepada beliau sebab sentiasa ada memberi sokongan. Sejak dari blog aku yang lama lagi, Blog Miziey. Selain itu, ada jugak tapir-tapir blogger lain yang sespesis beliau seperti Ajewan, Nisa gay, Amy boolatt, Mr. Ketibas, Ezad dan Miss S (yang nie tak payah mention lah, dia sentiasa support aku dalam banyak benda. Tenkiu syg~ :')). Biarpun panas terik, hujan lebat, ribut 'Sandy' yang menyinggah, korang tetap ada. Aku betul-betul terharu. Biarpun tak ramai, tapi korang dah cukup memeriahkan blog aku. Rasa nak ceret sambil nangis jer sekarang nie.

Dah lah. Berjujuran air mata aku masa taip entri. Dari tadi aku kesat, aku lap, aku mop tak jugak kering-kering. Thank you, thank you everybodieeeyy. Tsk... tsk... tsk...  :')

Ahad, 28 Oktober 2012

Hujan, Looper dan Sugarbun...

Well, hari ini aku happy. Boleh senyum sampai ke telinga rasanya. Hehe. Rasa macam nak mintak masa merangkak jer tadi, tak perlu nak berjalan sebab kalau boleh aku memang nak menikmati setiap saat tadi. Huhu~

Memula tu hujan turun mencurah-curah jatuh ke ladang gandum. Macam tak nak berhenti pun ada. Langit pulak gelap. Dah hampir-hampir jer aku nak call Miss S, cancelkan plan. Tapi masa tu aku terfikir gak, ape jadi kalau hujan berhenti? rugi aa kalau cancel. Kene tunggu next week laa kalau nak jumpe lagi. Plus mase tu aku dah pun beli tiket wayang, filem Looper. 2 seat. Takkan nak burn macam tu jer kott. Lagi pulakk, sebenarnya aku rindu dengan Miss S. Frust laa kalau tak dapat nak jumpa. Huu~

Walaubagaimanapun, ibarat bait lagu nyanyian Andy Grammer "only rainbow after rain", aku masih percaya dan menaruh harapan. Masa tu lagu Hyper Act, Harapan pula menerpa. Ceis! "think positive Mizi, think positive". Aku masih lagi bertekad dengan plan aku. Akhirnya selepas bertarung ego dengan hujan, hujan pun mengalah. Ade laa dekat sejam aku menunggu dan menunggu. Dah macam-macam tarian aku buat. Shuffle, gangnam, poll dance, zapin dan macam-macam lagi lah.


Lepas hujan berhenti jer, aku terus pecut ke rumah Miss S. Masa tu hari tak macam hujan tau tak. Panas jerr. Langit yang mendung tadi entah hilang ke mana. Mungkin dah balik rumah, tido. So, plan pun berjalan seperti biasa.

Ada dalam sejam setengah gap sebelum Looper start. Kitorang pun jalan-jalan sambil menunggu. Gi minum jap sebab mase tu tekak aku memang dah kering giler. Overheat rasanya. Dah laa demam aku baru jer nak okay. Masa kat kedai tu rasa annoying sikit laa sebab waiter/pelayan kedai tu tak berapa nak faham bahase. Aku order white coffee sejuk tapi die bagi aku panas pulakk. Lepas tu bila aku komplain, boleh gak die inform dengan tukang buat air tu yang aku nak air suam. Padahal yang mintak suam tu, Miss S. Tapi dengan Miss S, die bagi ais pulakk.

Lepas tu kitorang direct gi wayang. Nak aku citer pasal Looper ker? takyah laa ek. Lain kali aa. Nanti panjang sangat entri nie. Bosan pulak korang baca. Apa yang boleh aku kata, Looper ni boleh tahan laa, not bad. Cuma pengenalan watak tu aku agak blurr. Maybe next entri aku try buat review, ok?


Abis jer tengok wayang. Perut pulak terasa lapar. Tak laa lapar mana ponn. Just mintak diisi jer. Aku rasa Miss S yang lapar. Sampai tiga... hurmm.. korang tengok gambar aa senang citer.

seriously??

Dah upload dah Miss S. What say you?

Sabtu, 27 Oktober 2012

Aku mengidam...

Tajuk memang tak boleh nak dramatik lagi kan?

Sebelum itu, aku nak bagitau, aku tak pregnant ok. Dan aku masih lagi perawan. Keperawanan aku belum dicabul lagi. Opps! korang ingat bini korang jer yang pandai mengidam? aku pun pandai gak. Cuma kadang-kadang agak pelik sikit. Eh, ader ker orang mengidam normal? semua pelik kan? mak aku pernah citer, masa dia mengandungkan aku dulu, dia mengidam durian. Korang kan tahu dulu durian nie bermusim. Terpaksa laa bapak aku carikan durian. Hahah. Haduii~

Tapi kali nie, aku pulak mengidam. Dah ler mengidam yang bukan-bukan. Korang pun tahu kan, entri semalam aku ada citer yang aku demam. Aku rasa disebabkan demam tu laa lidah aku nie agak sensitip sikit. Ader jer benda yang die nak cari. Kalau tak layan, nanti merajuk pulakk.  So, nak tak nak, terpaksa laa aku turuti. Huhu~


Memula aku mengidam gula gula Sochews yang perisa strawberry. Entah macam mana, out of sudden aku boleh teringat dengan gula gula nie. Lepas tu lidah aku macam dapat rasa jer rasa gula gula tu. Nak tak nak, kene laa cari kan. Nasib baik dekat kedai runcit tak jauh dari rumah aku ada jual. Aku sogok anak buah aku, mintak dieorang tolong belikan. Susah jugak nak explain dengan dieorang. Aku siap lukis lagi dekat kertas plus mention nama gula-gula tu. Last-last jumpa gak. Cuma yang buat aku terperanjat boboi tu sebab kulit gula gula tu dah bertukar. Kaler hijau dengan gambar strawberry. Dulu kaler merah jer. Gula gula nie ada banyak perisa tapi aku prefer strawberry. Sampai mengidam ler pulakk. -.-'

Sekenli, aku mengidam laksa. Peh! petang petang pulakk tu. Mana pulak nak cari, kan? aku bawak Miss S sekali. Akceli, alasan jer tu. Sebenarnya nak jumpa Miss S. Hik3. Rindu aa. Semalam tak dapat jumpe. Aku demam. Kitorang pusing-pusing jalan-jalan cari makanan. Cari punya cari, tak gak jumpa jumpa. Sampai aku call member aku, tanya kat mana ada jual laksa yang sedap. Dia pun tak tahu gak. Huhu~ dah la kedai banyak tutup. Maybe sebab tengah mode raya kott. Akhirnya, dikala hampir nak give up, kitorang jumpa gak apa yang dicari. Really thanks to Miss S sebab ajak aku pergi sana. Plus, time tu aku sempat gak beli sim kad digi baru. Aku beli Digi Easy plan baru. Alaa, yang free call 24 jam tu. Tapi next time lah aku citer. Huhu~

Cakap pun tak guna kalau takde bahan bukti. Biar aku kemukan evidence sikit. Huhu~


Heheh. Again, aku nak ucapkan thank you dekat Miss S sebab sudi temankan aku tadi. Huu~ i really appreciate it. Lebiu~ eh eh? hik3.

Ok lah, nak sambung main twitter ah. Babai~ >.<


Jumaat, 26 Oktober 2012

Demam...

Brrr... aku merasa kesejukkan. Setiap inci reseptorku mula memberi signal cold. Padahal badan terasa panas. Mungkin ini yang dinamakan cinta. Eh, bukan. Maksud aku ini la yang cuba cikgu fizik aku dulu ceritakan. Iaitu mengenai keseimbangan suhu. Diluar panas, didalam sejuk. Ibarat lagu Katy Perry, Hot and Cold. Ya, cikgu Sam, saya masih ingat apa yang cikgu ajar (saya rasa laa).


Rasanya, ini laa sambutan hari raya qurban yang aku tak berapa nak sambut disebabkan aku diuji dengan demam ini. Sejak malam tadi, eh bukan. Malam sebelum tu, aku dah mula menunjukkan simptomp simptomp demam. Mula-mula tu aku bersin 3 kali berturut-turut. Normallly, kita hanya akan bersin satu kali sahaja tapi bila dah 3 kali, ini menunjukkan ada something wrong somewhere. Aku mula suspek aku demam. Keesokkan hari, yakni semalam, aku turun kerja seperti biasa. Tapi keadaan aku masa tu ada lain sikit. Belum teruk tapi badan aku mula rasa sejuk-sejuk. Tak selesa.

Entri terakhir... :'(

Disaat entri ini ditaip, terasa perasaan sayu, sepi & syahdu yang tersingkap. Terasa kekosongan disatu dua tempat. Hati rasa resah, gundah dan tak tentu arah. Tika saat seluruh umat islam menyambut aidiladha, aku disini, duduk berseorangan, menyendiri, cuba untuk mengemaskini entri.

Sememangnya kita merancang, Allah yang menentukan. Jika itu yang dirancang oleh-Nya, aku berserah. Namun, tak pernah ku pinta ini semua, apatah lagi menyangka aku akan melaluinya. Ingin saja rasanya aku mengalirkan air mata sehingga banjir dan penuh bilik ini dengan air mataku. Rasa sedih dan belum bersedia untuk meninggalkan mereka-meraka yang aku sayang. Bahkan saat ini, air mataku mengalir tanpa kusedari. Menitik jatuh ke bumi.

Maafkan aku semua. Aku tahu aku banyak menyusahkan kamu, kamu dan kamu. Tak lupa juga kepada mereka yang menjagaku sejak aku masih kecil lagi. Tak mungkin dapat aku balas jasa mereka, tidak untuk masa yang singkat ini, tidak juga walau semua masa didunia ini aku yang punya. Setitis air susu ibu itu pun belum tentu aku dapat balas atau bayar. Namun aku tahu, mereka tak pernah minta itu semua.

Kepada korang yang sedang membaca entri ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa selama perkenalan kita. Aku tahu kadang-kadang aku juga agak menjengkelkan. Maafkan aku semua. Sejujurnya, aku tak reti nak meminta maaf. Aku cuma harap korang maafkan aku. Tak lupa juga kepada rakan-rakan didunia sebenar. Aku akan ingat kamu semua. Bilakah lagi kita dapat berjumpa? tak apa, aku tunggu kau semua di"sana".

Kepada si dia yang ku cinta, aku tahu kau sedang membaca entri ini. Kalau boleh, ingin ku jerit dan katakan kepada seluruh dunia betapa kau yang aku cinta. Seluruh jiwa ragaku, ku serahkan segala. Aku masih ingat lagi harapan dan angan-angan yang kita bina. Ya, kita ingin bina keluarga bersama. Tak pernah ku lupa. Tapi, seperti yang ku katakan tadi, sang Pencipta merancang segalanya. Andai memang tiada jodoh kita, aku harap kau halalkan segala. Dan aku pinta, aku jangan pernah kau lupa. Biarlah aku menjadi memori diantara memori-memorimu yang terindah. Biarpun perkenalan kita agak singkat, namun banyak yang aku rasa dan lalui bersamamu. Kau lah menjadi pengubat dikala duka, dan peneman yang setia. Kau lah tempatku bermanja. Aku ingin berterima kasih kepadamu kerana memberi aku peluang untuk merasa ini semua. Pemergianku nanti jangan lah kau tangisi. Kau pergilah cari teman pengganti. Teman yang dapat menemanimu lebih baik dariku. Janganlah dikenang aku yang pergi. Apa yang aku ingin, aku sentiasa hidup dalam memori. Tak pernah mati...

Maafkan aku semua... maafkan aku...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

yang benar,
Kambing.


Aku yang keresahan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA SEMUAAA!! :D

Khamis, 25 Oktober 2012

Aktiviti paranormal

slowpoke!

Tahukah korang bahawa Paranormal Activity dah ada sekuel ke-4? what? memang aku sorang jer ker makhluk tuhan yang paling seksi yang tak tahu pasal nie? what the hell mang! kenapa aku tak tau? ehmagerddd!!

Last Paranormal Activity yang aku tonton dan menang adalah Paranormal Activity 2. Aku tak ingat pulak kalau aku dah tonton yang ke-3. Tapi rasanya belum kott sebab masa aku baca sinopsis PA3, aku langsung takde idea apa yang aku baca. So, aku assume aku belum tengok lagi laa PA3 tu.

Tapi bila aku online semalam, masa nak ping blog, aku terbaca satu entri review screening PA4 nie. Masa tu aku macam "wadafak??". Kenapa 4 dan bukan 3? adakah 3 dah keluar sebelum nie? kenapa aku tak tengok PA3 lagi? why oh whyyyyy?


Ok, sebelum tu, aku ingin maklumkan disini bahawa aku bukan fan Uncle Seekers orite. Dan aku tak nak menjejak-jejak hantu nie semua. Tapi aku suka tengok filem PA nih. Aku tak kesah aa korang nak kata apa. Cerita tu tak best ker, tak menarik ker, kurang adengan yang mengghairahkan ker, aku tak peduli semua tu. Aku tetap suka jugak nak layan. Bukan apa, aku suka dengan efek yang dieorang hasilkan. Seolah-olah ianya adalah real plus style penggambaran yang kononnya klip-klip video dari kamera litar tertutup yang dieorang pasang. Aku tahu selain itu, cerita tu memang membosankan. Ye la, kalau nak tunggu hantu tu keluar, just skip ke penghujung cerita laa. Memang betul apa korang cakap tapi aku suka melayan perasaan aku menunggu hantu tu nak keluar.

Macam 2 sekuel yang aku pernah tonton sebelum nie, aku rasa yang ke-4 nie pun berkait rapat dengan yang sebelum nie. I mean, mengenai kehadiran satu entiti yang cuba nak bergaul dengan salah seorang member dalam family tersebut. Aku nak cerita banyak pun tak guna gak sebab aku dah lupa nama watak dan jalan cerita tersebut. Aku ingat-ingat lupa.

Siesly aku nak tengok filem nih. Hmm.


Ok lah, aku nak tuka tape video untuk kamera yang aku pasang dalam jamban. Nak rekod berapa kali aku berak dalam sehari. Huhu~ babai~ >.<

Rabu, 24 Oktober 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

Minda bawah sedar...

Minda bawah sedar, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, sub-conscious mind. I bet korang mesti pernah dengar sebelum nie. Mengalaminya? sudah tentu lah pernah. Sejak korang seekor sperma lagi dah korang ada minda bawah sedar nie. Eh, itu tipu. Aku pun tak tau sejak bila kita ada minda bawah sedar nie. Mungkin sejak kita ada minda lah rasanya.

Minda tu apa? korang tahu minda tu apa? minda itu adalah mind ok dan bukannya otak. Otak adalah brain. Dan zombie sukakan brain. Minda itu ada dalam brain. Brain itu fizikal manakala minda itu adalah sesuatu yang abstract. Adakah haiwan mempunyai minda? bincangkan.


Apa yang aku tahu, haiwan tidak memiliki akal. So, kalau siapa tak berakal tu, dia adalah haiwan. Heheh. Jangan maraa. Ok la tu aku panggil haiwan. Kalau aku guna term binatang, kan lagi teruk bunyinya. "Haiwan kau!" kedengaran bunyinya sungguh sopan. Cuba kau guna binatang pulakk. "Binatang kau!". Tak kah kasar bunyinya tu? nanti tak pasal-pasal disebabkan kau panggil orang binatang, atas kepale kau pulak tumbuh bintang. Dah la bintang kejora pulak tu.

Ehhhhhhh!! apa aku dah taip nie? sebenarnya aku nak cerita mengenai minda bawah sedar. Aku rasa apa yang aku taip kat atas tu adalah efek pengaruh minda bawah sedar kott. Heheh. Sebab tu aa aku pun tak perasan atau menyedarinya pun sejak bila aku menaip perenggan-perenggan diatas.


Aku bukannya nak beri lecture tentang sub-conscious mind nie sebenarnya. Aku lebih kepada nak mengajak korang duduk mencangkong dan berbincang bersama mengenai isu nie sambil mengeluarkan ketulan-ketulan tahi yang korang ada. Sebab tadi aku baru jer perasan yang aku bertindak dibawah pengaruh minda bawah sedar. Kiranya aku sedar laa akan kehadiran minda bawah sedar nie.

Sebenarnyakan, sampai ke perenggan nie. Aku pun tak tahu sepatah halal pun yang aku update. Sungguh sub-consciousception beteii. Boleh jadi giler aa kalau macam nie. Baik aku lari ke jamban dan luangkan masa setengah jam sambil menghentak-hentak kepala sampai pengsan.

Ok lah, aku nak gi jamban dulu nak hentak kepala. Bye~

Testing!!

Pernahkah korang dengar pepatah "lightning won't strike twice"? aku rasa pepatah itu tak relevan untuk aku. Kenapa? kerana lightning already strike thrice kat aku. Yes, thrice ok. 3 times. 3 kali. Aku dah skip blog update 3 kali. Dan ianya berlaku dalam selang masa yang dekat. Kalau kelupaan aku nak update blog ini diibaratkan sebagai kecuaian keselamatan ditapak bina (safety carelessness), aku dah boleh di banned dari bekerja disite, tahu. Dan dalam kes ini, aku boleh dibanned dari menjadi seorang blogger. Dapatkah korang bayangkan betapa nightmare nya itu??

Aarrgghhhhhh!!

Ok, maybe aku yang terlebih paranoid disini. Huhu~ sajer jer nak testing update blog kat opis. Nanti aku update lagi. Babai~



Ahad, 21 Oktober 2012

Kepada kanak-kanak zaman 90-an... ;)

Ok, seperti yang aku janji tadi. Aku ada something nak update. So, lets go straightforward. Aku tak nak biarkan korang menunggu ibarat melukut ditepi jamban, menunggu turn nak berak.

So, tadi aku on facebook seperti biasa. Baca update di news feed bagaikan membaca news paper di alaf baru. Ada satu update dari member aku yang membuatkan aku tertarik nak komen. Dia post satu gambar dan once aku tengok gambar tu, secara serta merta kenangan lalu mengusik jiwa. Jiwa yang suci macam aku nie lagikan terusik, apatah lagi korang. Eh, pepatah apa nie? macam tahi jer.

Kalau aku sebut nama nie, korang teringat something tak?

Jason, Billy, Zack, Kimberly dan Trini. Remember something? macam mana pulak dengan Tommy?

Sies korang tak tahu? korang lahir tahun bila?

Terlepas lagii...

Ibarat banana fruit two time, aku lupa lagi nak update semalam. Bukan lupa, lebih kepada aku tertidur lagi. Damn! aku benci bila tertidur macam semalam dan having up bangun dengan muka tapir yang keresahan. Sies!


Dah la game MU pun aku miss. Game Chelsea jer yang aku sempat layan. Aku dah siap-siap bawak laptop dan booking seat ruang tamu kat rumah dan tanpa diduga, aku tertidur lagi. Arghhh!! bencik ah bencikk. Apa dah jadi dengan aku nie? kadang-kadang aku ingat aku bukannya tertidur tetapi pengsan. Ye la, tetiba jer gelapp dan tak sedarkan diri.

Semalam aku dah draft satu entri dalam kepala hotak aku nie. Tapi aku lupa nak backup so tak berupdate lagi laa jawabnya. Hmm.

Ok, aku ada idea nak update apa. Stay tune brada and sista. Lepas nie aku publish. Jangan ke mana-mana ok. Stay dalam jamban nie jer. Orite!

to be continue...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kembali pulang

"Kekasih yang dulu hilang,
kini dia telah kembali pulang,
akanku bawa dia terbang,
damai bersama bintangg..."

Peh! kejiwangan mula melanda hati, limpa dan pankreas aku. Nasib baik buah pinggang pun tak efek sama. Haduii. Entah macam mana lagu dendangan Kangen Band bertajuk Kembali Pulang nie secara tiba-tiba menerpa. Bagaikan dirasuk hantu Kak Limah, aku mula menari gangnam. Tapi berlatarbelakangkan lagu tersebut laa.

Semakin kuat lagu dinyanyi, semakin ligat aku menari. Peluh-peluh mencurah-curah ibarat air dicurah ke daun keladi. Aku tak dapat berhenti. Tak selagi lagu tu tak abis main. Apa yang menjadi masalahnya, aku set player winamp aku untuk ON shuffle dan ON repeat tapi dalam playlist ada satu lagu tu jer. Sampai bila aku nak menari gangnam nie? otot-otot dah mula longgar disatu dua tempat. Nampak sangat aku nie dah berusia. Ish3.


Sebenarnya bukan apa. Nie semua gara-gara Miss S nak balik. Oh, betapa aku merindukan dia. Seperti pungguk yang merindukan kueh bulan. Begitu jugak aku. Tak sabar nak jumpa Miss S. Kali terakhir aku jumpa dia, masa cuti raya tempohari. Eh, bukan tempohari, tapi tempohbulan. Kira ada dalam 2 bulan dah aku tak jumpa dia. Kalau 2 bulan tu bulan Februari takpe laa jugak. Advantage laa sebab ada 29 hari jer. 2 bulan baru 58 hari jer. Huu~

Malam nie tak dapat laa nak calling calling. For sure takde line punya. Plus die dalam bas, tak best laa nak bergayut dan bermanja-manja. Nanti tak pasal-pasal orang sebelah dia muntah hijau mendengar perbualan kitorang. Jeles lettew~ tapi itu pun secara tak langsung akan melambatkan perjalanan die pulang. Takpe laa, demi Miss S, tak calling malam nie pun takpe. Janji lusa nanti aku dapat jumpa dia. Ishh, lame dah tak dating. Mesti aku malu-malu tapir lepas nie. Baik aku bawak sekali topeng otromen bersama. In case aku malu, bole la cover kan.

Apa-apa pun, aku berharap dia selamat sampai. Semoga tak ada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan dan hopefully cuaca pun turut ikut sama memastikan kelancaran perjalanan.

Kataku sambil duduk diatas mangkok dan berak  dengan konfiden

Ok lah, aku nak pergi mandi. Nak berak sekali lagi. Hari nie aku rasa sangat produktif. Banyak tahi yang aku derma kepada mangkok jamban. Nie pun ada rasa-rasa macam nak terkeluar dah. Orite, until next time. See you soon. By the way, jangan lupa komen. Siapa tak komen, dia berak tak basuh plus die pondan. Lalalalalala~

Hari bersejarah

Tahukah kamu bahawa semalam adalah hari bersejarah buat blog ini? semalam aku lupa update blog. Hari semalam dalam sejarah sejak blog ini ada, buad pertama kalinya aku terlupa nak update. Pergh!


Kalau aku tak bagitahu, mesti korang tak tahukan. Ah, mencik lah macam nie. Aku sorang jer yang follow blog nih. Ah mencik ah, mencik. Huhu~ serius aku lupa update semalam. Semalam memang aku ada plan nak update. Aku balik rumah jer terus melompat atas katil dengan gaya terjunan bebas. Lepas tu aku on laptop. Dalam 2 menet setengah, semua dah ready termasuk connect broadband. Aku pun online laa kejap. Memula aku main facebook. Tapi lepas tu lampu broadband mula tunjuk signal emergency. Macam otromen tapi kali nie kaler hijau. Tu maknanya line adalah sangat the very slow. Siput babi pun mampu memotong dengan jayanya kalau berlumba dengan line internet. Disebabkan itu, aku decide nak tunggu. Sambil tu aku main game. Entah macam mana lepast tu semuanya gelappp...

Ya, gelappp...

Rabu, 17 Oktober 2012

Wordless Wednesday 003

Anyone?

Apabila blog kena block

Arghhh!!

Itu lah ungkapan yang dapat ku berikan. Sebenarnya aku geramm nih. Dari pagi tadi aku nak update blog tapi tak dapat-dapat. Internet kat opis aku tak leh bukak blog. Aku pun tak tau kenapa. Facebook dan youtube boleh pulakk bukak. Tak releven betei. Cuba korang bagi tau aku, adakah ianya pecahan wajar atau tak wajar? heh!

Sebenarnya idea aku banyak pagi tadi. Tapi semakin masa berlalu, semakin berkurang pulak idea ibarat pasir didalam jam pasir yang penuh dengan pasir dimana pasirnya semakin kurang mengikut masa. Jadi sekarang apa yang tinggal hanyalah kesakitan bontot aku gara-gara tak dapat nak update belog dari pagi tadi.

Korang bayangkan blog yang kena block. Arghhh!! dasar goblok lahh. Eh, goblokk tu apa?

Apa kaitan?
Dah lah, aku nak layan Blade : Trinity nih. Lain kali kita jumpa lagi. Babai~

Iklan : Nak berak? berak kat sini sambil bergayut tanpa hentiii.

Selasa, 16 Oktober 2012

Berblogging tak akan sama seperti hari-hari yang lalu...

Hoih korang!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Aku ada berita yang nak disebarkan diseluruh Malaysia nih. Aku terlalu happy sampai sedikit ketulan tahi keluar. Takpe, lepas ni nanti aku cuci. Alah, macam tak biasa pulak.

Adakah korang mengikuti perkembangan blog ini? kalau ada, mesti korang perasan sesuatu yang lain kan? dan yes! korang memang bijak pandai. Cuma tekaan korang kurang tepat. Aku tak tukar penutup mangkuk jamban lah! aku sental dan cuci sampai hilang daki dan kuman. Pasal tu laa jadi putih berkilat ibarat baru dibeli dari kilang papan. Tapi bukan itu yang lain yang aku nak cerita nie.


Sila lihad diruangan komen dibawah. Opps! kalau korang pembaca pertama, mana ada apa-apa diruangan komen. Ok ok, sila lihad entri semalam. Lihat bahagian komen. Nampak tak? nampak tak? perasaan tak ada something yang aneh disitu? yes yes, disitu.

Takpe lah, aku tunjuk gambar kat sini.

Komen balas muncul dibawah bontot komen korang. Huhu~

Nampak? lain kan?

Dah lah. Tu jer aku nak update. Boleh sambung berak sekarang. Bye~

Iklan : Jum bergayut bersama awek tersayang...

Isnin, 15 Oktober 2012

First day kerja ditempat baru...

*Entri nie aku taip petang tadi... -.-'

Peh! first day kerja. Nervous, seram, takut, menggigil, tergamam, terkesima, setim, semua ada. So far ok. Rakan sekerja semua boleh masuk punya. Plus dieorang pun tak jauh beza dengan aku. Kami semua masih remaja. Tapi yang boss2 tu memang pangkat pakcik lahh! tapi dieorang ok. Setakat nie laa. Huhu~

Walaupun pagi tadi aku bangun agak awal, tapi aku tak dapat tidur dalam van. Aku pun tak tahu kenapa, padahal dalam van tu selesa. Maybe aku masih rasa kekok kot sebab tak kenal lagi member2 dalam van tu. Hopefully besok aku tak perlu bangun awal sangatt laa macam pagi tadi. Tadi pun macam driver tu ada cakap nak pickup dekat rumah. Pagi tadi aku terpaksa tunggu dekat pasar tak jauh dari rumah aku. Tak jauh tu pun jauh sebenarnya. Kalau boleh nak jer mintak dieorang pickup depan bilik aku. Boleh ker macam tu? hahah.

Yang buat aku dizzy semacam bila dengar boss2 bercakap. Ye la, sebab dieorang jepon kan. Aku rasa macam dalam drama laa pulak. Pening kepale aku. Haduii~

Ok lah, malam nanti aku update lagi. Nak gi jamban jap. Asal gatal eh lubang dubur nih. Ishh! ok lah, see you soon. :)

Iklan murah : Suka tengok penguin diatas menari? jum check this out...

Ahad, 14 Oktober 2012

Hobi lama...

Entri sebelum nie, aku ada cerita mengenai novel yang aku layan kan? dan sekarang, membaca novel merupakan hobi terkini aku. Oh ya, aku dah habis baca Kasino. Endingnya membuatkan aku rasa macam "Damn! menyesal aku tahan kentut dari semalam...". Tak nak cerita, korang nilaikan sendiri. Tahniah Saifullizan! novel tu memang menarik. Mohd Narcissus Yussof, nama pun dah bunyi macam narcissism. Ya, dia memang narcissism. Bahkan sebenarnya aku meluat dengan karekteristiknya. Serius! tapi dia hebat, pandai menawan wanita. Bila aku kata menawan, ianya sememangnya bermaksud 'menawan', literally.

Tak nak cerita panjang, korang bacalah sendiri. Nanti tak pasal-pasal aku spoil pulak. By the way, Ajewan minta aku review. Hurm. tengoklah nanti brada. Kalau aku rajin. Heheh. Aku tak janji ok. Sebab bila aku review, aku susah untuk tak menspoilkan cerita tersebut. Dengan kata lain, feel korang dah dicabul, tak virgin lagi. Korang nak ker? fikir-fikirkan lah.

Oh, sambil aku membaca novel tersebut aku juga buat kerja lain. Calling bersama Miss S, bermain The Sims 3 Supernatural (serius banyak lagi yang aku nak explore) dan melukis. Melukis? ya, melukis. Bukan melukis plan bangunan walaupun aku seorang draughtsman. Err... bakal draughtsman I must say. Besok aku mula kerja baru. Tempat yang sama tapi persekitaran baru. Eh, lupakan pasal itu. Bukan itu yang aku nak cerita.

Aku kata tadi aku melukiskan? ya, melukis nie sebenarnya merupakan hobi lama aku. Kalau dulu, pantang jumpa kertas puteh, aku akan cari pen atau pensel untuk aku lukis. Biasanya aku akan lukis muka orang. Orang mana? orang yang aku tak kenal laa. Mula-mula dulu, lukisan aku banyak dipengaruhi oleh karekter animasi Dragon Ball. Dari situ aku minat melukis. Even dari satu garisan yang random, aku boleh buat masterpiece. Masterpiece yang aku maksudkan adalah untuk level aku masa tu laa.

Lebih kurang macam nie laa sketch aku duluuu...

Aku ingat lagi dulu aku ada sebijik buku (buku latihan yang sederhana tebal) dan didalamnya penuh dengan sketch dan lukisan-lukisan aku. Dalam buku tu, boleh dikatakan hampir semua lukisan adalah karya masterpiece. Untuk pengetahuan korang, kualiti lukisan aku ada beberapa jenis. Jenis yang pertama, jenis buang boring. Yang nie biasanya lukisan agak huduh dan tak mementingan ketelitian. Janji aku gembira dan have fun, itulah motto yang aku pegang. Jenis yang kedua adalah lukisan yang orang minta aku lukis. Untuk jenis nie bercampur laa depend dengan apa yang dieorang minta. Kalau yang aku minat or suka, maka senang laa nak lukis. Tapi kalau benda yang remeh, leceh jadi huduh jugak sebab aku malas. Yes aku malas. The only reason why aku tak jadi pelukis profesional atau mangaka.

Nak jadi macam beliau, boleh? 

Jenis yang ketiga pula adalah jenis ditangan kanan aku ada pen @ pensel dan aku jatuh 'cinta' dengan pen tersebut. Perasaan kagum dan obsesi terhadap pen tersebut akhirnya mendorong aku melahirkan masterpiece. Jatuh cinta itu depend, sama ada dengan perasaan memegang pen @ pensel itu atau kualiti pen @ pensel tersebut. Kalau 'feel' itu datang, maka get ready lah. Masterpiece boleh aku hasilkan dimana-mana. Diatas kertas, permukaan meja sains, dinding kelas, buku teks mahupun dibalik kertas ujian. Semuanya boleh selagi pen @ pensel itu mampu mengukir garisan.

Sampai dinding pun aku kerjakan. Huh!

Tapi itu dulu... sekarang masih lagi aku gemar melukis namun agak jarang laa. Sebab tu masa aku layan Kasino, entah macam mana aku boleh terpegang pen. Nasib baik bukan buku Kasino yang menjadi tempat aku melunaskan nafsu. Kepala aku ligat mencari kertas, mataku juga meliar sama. Akhirnya kertas yang paling dekat aku rampas dan mula menconteng ibarat kuda kegersangan dan dah lama tak melampiaskan nafsunya.

Aku tak tahu sampai bila habit ini akan berakhir...

Ok lah, aku nak gi berak jap sambil membawa pen. Hopefully aku dapat conteng dinding jamban. Kalau tak, aku conteng atas tahi sendiri. Bye~

Ads : Plan yang menguntungkan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...