20.12.2012, tarikh hari nie. Last week aku ada post pasal tarikh 12.12.12 kan? minggu nie, 20.12.2012 pulakk yang menjadi hit seantero dunia. Sebab? sebab tarikh tu dikatakan cantekk lagi menawan. Seswai untuk dijadikan tarikh istimewa seperti tarikh perkahwinan, tarikh tercirit paling lama, tarikh break dengan pakwe/makwe dan sebagainya. Hari ni aku bet, ramai pasangan yang nak mendirikan masjid. Harap-harap masjid yang didiri terbina teguh dan bukan sekadar special pada tarikhnya sahaja. Aminnn~
Akan tetapi, selain itu, walaubagaimanapun, tarikh besok hari juga menjadi topik hangat penduduk bumi. Ingat lagi filem 2012, dimana diinspirasikan (betul ker istilah aku nie?) dari ramalan penduduk Mayan mengenai hari 'kiamat'? jadi, besok merupakan hari yang dinantikan. Dinantikan eh? siapa yang menanti?
Akceli, aku sendiri tak pasti tapi dari pagi tadi aku asyik terbaca mengenai benda nie dekat twitter. Pernah gak dengar sebelum nie sebenarnya tapi tak amik port sangat. Bukan apa, tapi kita tak patut percaya kepada benda-benda macam. Perihal tentang kiamat nie hanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t jerr. Haa... kan aku dah jadi Ustard Don Givap dah. Ni la yang aku malas nie. *main-main janggud*
Dah lah. Aku nak makan mi nih. Pastu packing. Nak balik. Babai~
itulah... semua tu rahsia Allah.. dan jika terjadi kiamat, kita kena terima. jika yang kurang amalan tu, bersiap sedialah utk disumbat ke dalam neraka..
BalasPadamHeheh. Dah macam penceramah jemputan pulakkk. :D
Padam