Memaparkan catatan dengan label insiden. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insiden. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2015

Bukanku pinta jadi begini...

Menjadi lumrah kehidupan, bilamana kita memiliki sesuatu tetapi takkan pernah untuk menghargainya (sepenuhnya). Dan bilamana ianya hilang ataupun tak seperti dulu lagi, barulah kita terhegeh-hegeh nak mencari. Tak perlulah nak tuding jari mahupun menegakkan benang yang basah, cermin sahaja diri sendiri, mesti pernah alaminya punyalah. Bahasa apa aku gunapakai ini pun entahlah. Pedulilah bahasa yang tunggang-langgang ini dan selamilah isi yang hendak daku curahkan pada kalian. Iya, benar sekarang jam tepat pukul 2 pagi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika insan seperti aku berpuitis serta bersusastera dikala ini. Sedangkan semut bawah batu lagikan mudah mencari makan (apa kaitan??!).

Oh sebelum aku terlupa, mohon lagu "Let Her Go" dendangan artis barat "Passenger" dimainkan tatkala membaca nukilanku kali ini.


Hal ini kerana lagu tersebut memang kena benar dengan tema ini kali. Ini kali sahaja lah. Bak kataku tadi, abaikan bahasa yang tunggang-langgang ini menjadi penghalang antara engkau dan entri ini. Abaikan. Faham? mudah sahaja. Bak kata saudara Cypher didalam wayang gambar beliau bertajuk "The Matrix", "Ignorance is a bliss". Rujuklah kamus jika tidak mengerti apa itu "bliss". Jangan sahaja terkeliru dengan "iblis" mahupun "bilis", sudahlah.

Sudahku bilang tadi, aku ingin kalian semua selami perasaanku. Aku menaip entri ini sepatah demi sepatah dengan halaju yang rendah atau lebih dikenali sebagai 20km/j. Kerna, telefon pintarku agak tenat dewasa kini. Melihat skrin nya sahaja sudah tahu. Orang bilang, "berat mata memandang, berat lagi (hah, engkau sambunglah sendiri)...". Kalau dihitung, beribu agaknya keretakkan yang ujud pada paparan skrinku. Disebabkan aku malas menghitung, aku anggapkan saja begitu. Jikalau benar-benar hendak dihitung, tuhan saja yang tahu. Hendak aku screenshot, tiada daya upaya. Kerna, yang retak itu skrin nya. Mana bisa aku tangkap gambarnya disini menerusi screenshot. Apa kau sudah gila? apa kau hilang warasmu? nahh, oleh itu tiadalah dapat ku tepek gambarnya disini. Tangkap gambarnya melalui gajet lain? iya itu aku malas, pendek cerita.

Mengapa jadi begini? bagaimana bisa ianya terjadi? apa yang sudahku perbuatkan sehingga menjadi sedemikian rupa? benar, memang akan timbul 1001 soalan dari akal fikiran kalian. Akan tetapi, biarlah aku menjawab dengan selamba, "biarlah rahsia~". Tak perlulah kalian tahu akan sebabnya kerna itu tidak akan bisa merubah apa-apa. Cuma satu sahaja pintaku dari kalian, simpatilah... dan doakan aku mendapat telefon pintar yang lebih baik dari ini (uhuk *batuk*.. iPhone 6.. uhuk *batuk lagi*). Dengan harapan, akan ku jaganya lebih dari ku jaga telefon pintarku sendiri (iya, yang retak beribu ini). Justeru itu, berdoalah kalian. Sampaikan juga pada angin yang lalu, agar permintaanku ini menjadi viral. Harapanku agar ianya makbul. Aaminn~

Nukilan benar olehku... *menangis sambil mukanya (muka ku lahhh) ditutup dengan bantal* :'/

Isnin, 8 September 2014

Bila macha Borneo tayep entri, semua tonggang langgang, semua lariey...

"Hablum mina Allah ini mudah, hablum minan nas ni punya sakit, perit dan payah.."

Suddenly tiba-tiba, quote diatas bermain-main didalam kepala aku. Mana aaaku kutiep, aaaku tara pasti. Rasanya dari ceramah, dibagiey di masjid suwatu ketika dahuluw. By "suwatu ketika dahuluw", aku merujo' kepada tawun-tawun yang sudaa. Dikala aqil balieygh, melancjap, sertaa ratus-ratus laman porno velom aku kenaliey (rasanya...). Aku pun main agak-agak sahaja, bukan butol-butol sangat pun. Tapi haqiqatnya ini, pointnya yang aku nak bagitawu, aku setujuw dengan quote tersebut. Eh, apedah quote? potongan ayat daaa. Macam leceh pulak ulang-ulang taip potongan ayat, ye dak? belom campur kira, tolak bahagi baca lagi. Engkorang yang baca agak-agak memang boleh sampai ke tahap mual agaknya. Tarapa, aku stick dengan "quote", wokey? *geleng kepala macham machaa*

Paling memberi kesan, kejadian yang berlaku ke atas diri aku sendiri, ahir-ahir ini. Aku tak hendak cerita disini, terlalu personal, bahkan, aku sendiri yang malu nanti. Membesar kemaluan aku, siapa yang nak tanggong? kalau betul-betul membesar kemaluan aku (literally) tu, tak apa lah juga. Cis! jenaka kotor apakah ini? sungguh kuning pemikirannya~

Cut, cut!! makin lari pulak dari tajok.

Ambek mood simpati baleyk, kita sambong cerita. Walau aku tak hingin dan tak hendak cerita, tapi pengajarannya ini yang aku nak kongsikan bersamasa-ma (haa.. poning tak kopale ekaw bace pokataan tu?).

"Terlajak perahuu boley wundorr, terlajak katha, rasa binasaa.." (eh, iyer ker pepatah nie? macam betol tidak jer). Artinya, perahu yang tidak sengaja dilajak ke hadapan, masih bisa untuk reverse ke belakang (takkan reverse ke depan pulakkk), akan tetapie, diri akan rasa binasa, jilaka, pukimon, hina dan dina, maria ozawa, Gee Kha (jika), kata-kata yang bermain dikepala, dilajak ke depan juga tak kira dari mulot, atau dari jariey menerusi sistem pesanan ringkas, khidmat berbual, rangkaian sosial dan sebagainya (yitu worang panggeyl sms, chat dan social network laa machaa). Fikiyr sebelom bwang, panduw dengan slamat, sediakan payong sebelum wujan, semua yitu sudah banyakkk kalii kasii pesan. Masi juga tara denga, tara ambeyl peduliey. Hatiey yang tara manyak wusuk juga boley mathi, apa lagiey hatiey yang kejiey? sama-saaama renungkan, fikier-fikier kan, ambil la pedhoman. Salammm~

Psst: macam cilake jer aku taep entri. Engkorang bace dalam slang mane?

Rabu, 13 November 2013

Tergelak

"What is one funny thing your partner does that makes you laugh?"

Soalan ni membuatkan aku terkenang sekejap. Dia terus muncul dalam kepala aku. Apa yang dia buat boleh buat aku tergelak?

"Heheh..."

Aku tersenyum dan ketawa kecil. Sangat kecil sampaikan kau tak tahu sebenarnya aku sedang senyum sendiri atau buat iklan gigi. Ya, bila aku senyum, secara automatik gigi aku akan buat penampilan. Tak macam dia. Dia lebih suka senyum tanpa menampakkan gigi. Kawan-kawan dia kata dia senyum macam kucing. Heck, aku tak pernah tengok kucing tersenyum secara live.

Berbalik kepada soalan tadi. Rasanya banyak benda yang dia buat, aku boleh tersenyum. Tapi, apa yang dia buat boleh buat aku tergelak?

Then, kisah lama terimbau kembali. Masa tu kitorang dekat Sugar Bun, SB. SB tu macam KFC dan McD, restoran makanan segera berasaskan ayam. Kat Sarawak jer ada. Aku tak berapa nak ingat apa punca konflik tu cuma aku ingat memang salah aku. Aku buat dia marah. Marah sangat. Masa tu kitorang baru nak makan. Sangat obvious bila dia marah. Even dia koyakkan daging ayam tu pun dah macam singa. Agaknya dia bayangkan ayam tu adalah aku.

Masa tu suasana jadi suram. Siapa yang boleh tengok aura, mesti dapat nampak aura warna hitam mula menyelubungi meja kitorang. Senyap dia lain macam. Kedengaran bunyi garpu bergeser dengan pinggan kaca. Ngilu.

Lebih kurang 10 minit lepas tu, marah dia dah mula nak kurang (Dalam masa 10 minit tu selera aku dah hilang). Walaupun dah kurang, dia still tarik muka serius. Masa tu, tanpa sengaja aku tergelak. Aku tak tahu kenapa. Bila aku tergelak tu, dia mula nak marah balik. Dia marah, gelak aku pulak makin jadi. Gila agaknya aku masa tu. Then, entah kenapa, dia palingkan muka. Dia tutup mulut. Dari riak wajahnya aku dapat rasa dia tengah tahan gelak. Dia paling balik tengok depan, tapi tangan masih tahan mulut. Matanya tutup. Beberapa saat lepas tu dia pun gelak. Hati aku dah mula rasa lega. Aku renung mukanya dan masa tu aku tengok dia nampak comel. Serius comel. Suasana dah mula okay. Mood tetiba berubah 360°. Aku cuba buka mulut. Dia buat acuh-acuh merajuk. Makanan aku tu memang aku tak sentuh. Makan fries jer. Dia pulak boleh habis makan.

Sekarang, aku rasa aku dah tahu apa jawapan untuk soalan tadi. Literally, aku tersenyum sambil taip entri ni. Macam video yang dimainkan semula dalam ingatan aku. Heheh.

P/S: Dia kata dia tak boleh nak marah aku lama-lama. Dia tak tahu kenapa. Truth is, aku pun sama. :)




Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 17 November 2012

Gula-gula getah itu...

Well, hidup aku kebelakangan ini facing benda yang sama, everyday. Bangun awal pagi, buang taik mata, korek idong, berak 2 saat, dan mandi. Lepas tu siap-siap dan turun kerja. Tapi yang bestnya, balik kerja aku mandi dan lepas tu siap-siap nak jumpa Miss S. Aku offer nak hantar dia balik kerja. Yep, sekarang nie dia dah kerja. Dah 2 minggu dah.

Hampir setiap hari aku dapat jumpa dia. Kadang-kadang aku ajak dia makan dulu, baru hantar dia balik. Itu laa rutin aku. And yesss, aku sukakan nya. I mean the routine. Dan aku pun suka dia. I mean Miss S. Demmit! kenapa aku perlu beri penjelasan untuk setiap penyataan yang aku buat?? hishh!!

So, semalam pun macam tu jugak. Aku ajak dia makan kat luar. We had a good time. Siesly, good time. Lepas makan, aku hantar dia balik rumah. Tu jer laa yang aku nak cerita...


SUPRISEEE!!! You've got punk'd!!

Sebenarnya cerita belum habis lagi. Belum klimaks lagi cerita aku nie. Ok, ni dah nak masuk part penting. Lepas aku balik rumah, aku relaks sambil kentut dengan senang hati. Tak lupa jugak, aku berus gigi dan cuci muka. Pastu aku siap-siap nak beramas mesra dengan bantal busuk aku. Kalau laa aku dah kawen, mesti best kan dapat peluk2 Miss S. Ok kids, stahppp your imagination!! sambung cerita tadi...

Entah macam mana, masa tu aku ternampak chewing gum Extra yang aku baru beli sebelum tu. Dan secara tiba-tiba, aku bagai dirasuk oleh sesuatu. Keinginan tu tak dapat aku tahan lagi. Nafsu mula membuak-buak. Jantung mula berdegup kencang. Tangan aku dah mula gatal-gatal nak meraba. Akhirnya, chewing gum tu aku ratahkan jua. Aku makan se pellet. You know pellet? alaa, dia macam tablet laa lepas kau kunyah dia jadi kenyal macam getah. Kenyal? seriously? dah berabad dah aku tak dengar word tu. Kah3.
Ni la pellet
Aku on laptop. Ingat nak main Dota namun akhirnya lain yang jadi. Instead, aku layan cerita laa pulak. Tak lama lepas layan cerita, Miss S call. Okeyh, nie satu lagi rutin harian aku. Tetiap malam mesti kekoling Miss S. Biasa laa tuu. Huhu~ tapi malam tadi aku dan Miss S dua-dua mengantowk. Kitorang kekoling tak lama. Tak macam selalu. Dia kata dia nak tidur, aku pun okay jer sebab aku pun mengantowk sama.

Lepas tu...

Okay, aku dah tak ingat apa-apa. Aku bangun, aku sedar jer dah pukul 4 pagi. Masa tu baru aku teringat mana perginya chewing gum yang aku kunyah. Seingat aku masa kekoling, aku masih lagi kunyah chewing gum tu. Namun, kepala masih tak stable dan mata perlukan tidur. Aku sambung tidur sekejap tapi tak lama. Setengah jam jer. Then mata aku terbeliak seolah-olah aku ingat sesuatu. Masa tu, confirm aku belum buang lagi chewing gum tu. Masa tu aku takut aku tertelan jer. Jilakaa!! berhenti berdegup rasanya jantung aku.

Tak lama lepas tu, aku angkat dan bangun. Bila aku angkat, terus mata aku ternampak sesuatu. Dekat seluar aku ada something kaler puteh. Melekat ibarat selotape. Dan...

Malas lah aku nak cerita lagi... aku rasa korang pun tahu apa benda tu... -.-'

Damn!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...