Menjadi lumrah kehidupan, bilamana kita memiliki sesuatu tetapi takkan pernah untuk menghargainya (sepenuhnya). Dan bilamana ianya hilang ataupun tak seperti dulu lagi, barulah kita terhegeh-hegeh nak mencari. Tak perlulah nak tuding jari mahupun menegakkan benang yang basah, cermin sahaja diri sendiri, mesti pernah alaminya punyalah. Bahasa apa aku gunapakai ini pun entahlah. Pedulilah bahasa yang tunggang-langgang ini dan selamilah isi yang hendak daku curahkan pada kalian. Iya, benar sekarang jam tepat pukul 2 pagi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika insan seperti aku berpuitis serta bersusastera dikala ini. Sedangkan semut bawah batu lagikan mudah mencari makan (apa kaitan??!).
Oh sebelum aku terlupa, mohon lagu "Let Her Go" dendangan artis barat "Passenger" dimainkan tatkala membaca nukilanku kali ini.
Hal ini kerana lagu tersebut memang kena benar dengan tema ini kali. Ini kali sahaja lah. Bak kataku tadi, abaikan bahasa yang tunggang-langgang ini menjadi penghalang antara engkau dan entri ini. Abaikan. Faham? mudah sahaja. Bak kata saudara Cypher didalam wayang gambar beliau bertajuk "The Matrix", "Ignorance is a bliss". Rujuklah kamus jika tidak mengerti apa itu "bliss". Jangan sahaja terkeliru dengan "iblis" mahupun "bilis", sudahlah.
Sudahku bilang tadi, aku ingin kalian semua selami perasaanku. Aku menaip entri ini sepatah demi sepatah dengan halaju yang rendah atau lebih dikenali sebagai 20km/j. Kerna, telefon pintarku agak tenat dewasa kini. Melihat skrin nya sahaja sudah tahu. Orang bilang, "berat mata memandang, berat lagi (hah, engkau sambunglah sendiri)...". Kalau dihitung, beribu agaknya keretakkan yang ujud pada paparan skrinku. Disebabkan aku malas menghitung, aku anggapkan saja begitu. Jikalau benar-benar hendak dihitung, tuhan saja yang tahu. Hendak aku screenshot, tiada daya upaya. Kerna, yang retak itu skrin nya. Mana bisa aku tangkap gambarnya disini menerusi screenshot. Apa kau sudah gila? apa kau hilang warasmu? nahh, oleh itu tiadalah dapat ku tepek gambarnya disini. Tangkap gambarnya melalui gajet lain? iya itu aku malas, pendek cerita.
Mengapa jadi begini? bagaimana bisa ianya terjadi? apa yang sudahku perbuatkan sehingga menjadi sedemikian rupa? benar, memang akan timbul 1001 soalan dari akal fikiran kalian. Akan tetapi, biarlah aku menjawab dengan selamba, "biarlah rahsia~". Tak perlulah kalian tahu akan sebabnya kerna itu tidak akan bisa merubah apa-apa. Cuma satu sahaja pintaku dari kalian, simpatilah... dan doakan aku mendapat telefon pintar yang lebih baik dari ini (uhuk *batuk*.. iPhone 6.. uhuk *batuk lagi*). Dengan harapan, akan ku jaganya lebih dari ku jaga telefon pintarku sendiri (iya, yang retak beribu ini). Justeru itu, berdoalah kalian. Sampaikan juga pada angin yang lalu, agar permintaanku ini menjadi viral. Harapanku agar ianya makbul. Aaminn~
Nukilan benar olehku... *menangis sambil mukanya (muka ku lahhh) ditutup dengan bantal* :'/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan