Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Pokemon Go or Not to GO..?

**Gotta catch em' all!!**

<p>Guwa dah donlod dowh Pokemon GO. Syiok gilerr guwa cakap sama lu. Bapak besttt game nihh. Semua Pokemon guwa ada 15 bigik dah sekarang semuanya guwa dapat dalam bilik jer. Ha'ah, guwa jalan dari katil, singgah jap sebelah almari, chill sesame. Lepas tu guwa jalan ke pintu bilik, guwa tatap sebarang duwa sawang yang ada. Kot-kot lah ada Pokemon sedang berasmara disana. Bila dah penat, guwa balik ke katil guwa. Itulah secara ringkasnya perjalanan guwa sebagai sebuah Pokemon Trainer yang pemalas.

<p>Hek eleyyy~ Pokemon jerr punn. Guwa malas laa nak jalan-jalan keluar, tatap fon lepas tu kantoi main Pokemon GO. Nanti tak pasal-pasal guwa kene ceramah, Pokemon GO tu haram lah, memudaratkanlah, guwa malas beb. Guwa pun tak hendak kena lenyek barang se-pickup (mahupun selori) dua bila khusyuk sangat mencari Pokemon ditepian jalan. Tu belum ambik kira jelingan maut masyarakat bila dapat tau guwa layan Pokemon GO sebab dieorang tahu game tu haram dimainkan. Panas dowhh. Macam kena laser beam Superman. Kau penah rasa? tak penah rasa, tak payah lah tahu. Dok diam sudah.

<p>Nak dijadikan cerita, bekalan bebola Pocket guwa semakin berkurangan. Guwa sikit lagi (ada dalam satu inci) nak tercirit kemarahan sebab kena beli bebola tu dengan ringgit Malaysia. Mende nie weyh?? guwa download free per. Nak kene bayar pulak beli bebola tu. Baek guwa beli bebola daging supermarket, tak gitoo? tapi senanya.. itu laa yang dikatakan istilahnya "in-apps purchases..".. seb baek guwa belum mengamok lagi, kalau tak mane guwa nak hantar muka guwa yang tebal menanggong kemaluan itu. Gara-gara bengeng sangat tak membaca (kalau baca pun, tiadanya nak difahami) sejurus sebelum menyentuh skrin tanda setuju nak donlod. Pun begitu, guwa dapat tahu bebola tu jugak boleh dapat free dengan syarat kene pergi ke hentian Pocket lah. Atau lebih mesranya dipanggil Poke Stop (ini terjemahan lah weyhh).

<p>Guwa skang nie nak tanya pendapat korang laa sebab guwa tengah bunting (eh, buntu lah). Pecahan wajar atau tidak wajar kiranya kalau guwa menyinggah di hentian Pocket tuh? kalau wajar, berapa hentiankah yang guwa harus pergi? adakah ianya 7 Perhentian? soalannya... kirakan jarak dari rumah guwa ke hentian tersebut (Hahah. Ini guwa gurau jer. Harap tiada yang meroyan).

<p>Guwa nak kena gerak dulu sebab sekarang line tengah clear. Tiada pengguna sedamg menggunakan tandas so ada chance guwa nak mandi malam nie. Doakan guwa berjaya iya kawan-kawan. Sehingga berjumpa lagi (dihentian Pocket?) byeeeeeee~

Khamis, 26 November 2015

Bukanku pinta jadi begini...

Menjadi lumrah kehidupan, bilamana kita memiliki sesuatu tetapi takkan pernah untuk menghargainya (sepenuhnya). Dan bilamana ianya hilang ataupun tak seperti dulu lagi, barulah kita terhegeh-hegeh nak mencari. Tak perlulah nak tuding jari mahupun menegakkan benang yang basah, cermin sahaja diri sendiri, mesti pernah alaminya punyalah. Bahasa apa aku gunapakai ini pun entahlah. Pedulilah bahasa yang tunggang-langgang ini dan selamilah isi yang hendak daku curahkan pada kalian. Iya, benar sekarang jam tepat pukul 2 pagi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika insan seperti aku berpuitis serta bersusastera dikala ini. Sedangkan semut bawah batu lagikan mudah mencari makan (apa kaitan??!).

Oh sebelum aku terlupa, mohon lagu "Let Her Go" dendangan artis barat "Passenger" dimainkan tatkala membaca nukilanku kali ini.


Hal ini kerana lagu tersebut memang kena benar dengan tema ini kali. Ini kali sahaja lah. Bak kataku tadi, abaikan bahasa yang tunggang-langgang ini menjadi penghalang antara engkau dan entri ini. Abaikan. Faham? mudah sahaja. Bak kata saudara Cypher didalam wayang gambar beliau bertajuk "The Matrix", "Ignorance is a bliss". Rujuklah kamus jika tidak mengerti apa itu "bliss". Jangan sahaja terkeliru dengan "iblis" mahupun "bilis", sudahlah.

Sudahku bilang tadi, aku ingin kalian semua selami perasaanku. Aku menaip entri ini sepatah demi sepatah dengan halaju yang rendah atau lebih dikenali sebagai 20km/j. Kerna, telefon pintarku agak tenat dewasa kini. Melihat skrin nya sahaja sudah tahu. Orang bilang, "berat mata memandang, berat lagi (hah, engkau sambunglah sendiri)...". Kalau dihitung, beribu agaknya keretakkan yang ujud pada paparan skrinku. Disebabkan aku malas menghitung, aku anggapkan saja begitu. Jikalau benar-benar hendak dihitung, tuhan saja yang tahu. Hendak aku screenshot, tiada daya upaya. Kerna, yang retak itu skrin nya. Mana bisa aku tangkap gambarnya disini menerusi screenshot. Apa kau sudah gila? apa kau hilang warasmu? nahh, oleh itu tiadalah dapat ku tepek gambarnya disini. Tangkap gambarnya melalui gajet lain? iya itu aku malas, pendek cerita.

Mengapa jadi begini? bagaimana bisa ianya terjadi? apa yang sudahku perbuatkan sehingga menjadi sedemikian rupa? benar, memang akan timbul 1001 soalan dari akal fikiran kalian. Akan tetapi, biarlah aku menjawab dengan selamba, "biarlah rahsia~". Tak perlulah kalian tahu akan sebabnya kerna itu tidak akan bisa merubah apa-apa. Cuma satu sahaja pintaku dari kalian, simpatilah... dan doakan aku mendapat telefon pintar yang lebih baik dari ini (uhuk *batuk*.. iPhone 6.. uhuk *batuk lagi*). Dengan harapan, akan ku jaganya lebih dari ku jaga telefon pintarku sendiri (iya, yang retak beribu ini). Justeru itu, berdoalah kalian. Sampaikan juga pada angin yang lalu, agar permintaanku ini menjadi viral. Harapanku agar ianya makbul. Aaminn~

Nukilan benar olehku... *menangis sambil mukanya (muka ku lahhh) ditutup dengan bantal* :'/

Isnin, 25 November 2013

Playstation 3 atau Xbox 360

Sekarang guwa dalam dilemma. Citernya guwa teringin memiliki sebijik gaming console. Tujuannya tak lain tak bukan supaya guwa boleh layan game sambil menikmati keindahan grafik next gen console. Bajet ada la guwa kira-kira. Masalahnya guwa tak berminat nak gunakan konsol tersebut untuk online. Pendek kata (panjang tak kata apa-apa), guwa cuma nak beli konsol untuk kegunaan guwa secara offline jer. Sekarang dalam kepala guwa ada Playstation 3 dan Xbox 360. Sekarang guwa timbang-timbang yang mana lagi baik guwa beli. Member guwa suggest beli Xbox 360 so that guwa boleh main game guna pirated disc. Tapi hati guwa kuat mengatakan better guwa beli Playstation 3. Macam mana nie? patut tak guwa sembahyang istikarah?

P/S: Ker better guwa beli PS2 jer? erk? :S

image credit to Wiki

Jumaat, 22 November 2013

Handphone pt. 1

Masih ingat lagi tak handphone apa yang pertama kali dan yang pernah korang guna, dan bila? sekali sekala KLMJ nie tak salahkan? kali nie aku nak share handphone yang pernah aku guna (ni kira yang mula-mula aku guna) sebelum nie.

Kita kena kembali ke zaman pasca SPM aku. Masa tu tahun 2007, baru aku merasa ada telefon mudah-alih sendiri. Model yang pertama kali aku miliki adalah Nokia 6020. Simple tapi punyai features yang aku suka. Handphone tu adalah pemberian (diulangi PEMBERIAN okay) dari parents aku sebab aku dah berjaya melepasi alam persekolahan (WTF?!). Sebenarnya, aku yang merayu-rayu mintak sebijik handphone. Heheh. So, Nokia 6020, ada kamera VGA, dilengkapi sistem infra merah dan ada radio. Kalau compare masa tu dengan masa sekarang, memang tak dipandang la handphone tu. Tapi serius, bila dah ada phone aku jadi BBNU dan asyik snap snap gambar takpun tangkap video. Zaman tu girlfriend pun tak ada dan nak cari seorang girlfriend pun aku tak reti. So, takde la SMS, MMS ni semua. Kecuali texting among kawan-kawan dan family jer.

Then, after few months (rasanya dalam 2-3 bulan) aku bertekad nak tukar handphone baru. Kalau tak silap masa tu sistem bluetooth dah ada dan aku jadi gatal nak ada phone yang built-in dengan bluetooth. Aku discuss dengan parents aku (kena marah siott sebab reason tak solid) dan after few tries of negotiation akhirnya aku berjaya. Mak cik aku sendiri yang sanggup beli phone aku dengan harga aku sendiri yang decide. Aku tak la letak harga yang terlalu tinggi and quite reasonable la price yang aku tawarkan. Cukup untuk aku beli phone yang aku target tu, Motorola L6. Cuma yang mistake nya masa tu, Motorola L7 keluar (beberapa bulan kemudian). Siott. Motorola L6, cover steel. Bila bukak cover belakang dan cover tu jatuh atas lantai, bunyi macam sudu jatuh. Sies. Yang bestnya masa tu L6 ada bluetooth. Boleh la bluetooth lagu, gambar, video and so on. Kamera kurang lebih jer dengan Nokia sebelum ni. Tak banyak features yang beza dengan Nokia 6020. Cuma size handphone lagi besar.

Motorola L6 tu pun aku tak pakai lama. Sejak aku dah mula bekerja (boleh rujuk SINI) aku mula perasan yang aku dah ada duit. Bila berduit ni, aku mula la plan nak beli phone yang dah lama aku aim, N-GAGE QD. Untuk ni, special sikit sebab walau takde kamera, tiada port untuk sambung ke PC dan bluetooth yang bapakkk sloww, no hal. "Guwa watlek jer" heheh. Aku dah lama aim phone ni. Reason? tak lain tak bukan sebab nak main game laa. Dulu gila nak phone ni dan akhirnya dapat gak aku beli. Walau second hand, aku tetap puas hati sebab phone ni aku dah lama aim, phone baru pakai 2 bulan dan yang penting, phone ni aku beli dengan duit aku sendiri (tak perlu jual L6). Sayang sangat aku dengan phone ni dulu. Main game sampai tak henggatt. Sampai phone panas. Takpun sampai kepala pening sebab asyik fokus tengok skrin phone yang tak la besar mana. Game favourite aku dulu, Tom Clancy's Ghost Recon, The Sims (aku dah lupa nama) dan ONE (game ala-ala Tekken). Ada gak game lain tapi kurengg la layann.

Okay. Aku berhenti setakat ni dulu. Nanti kalau aku cerita semua, panjang sangat dan nampak bosan nak baca. Next time aku update lagi sambungan entri ni. Apa jadi dengan N-GAGE QD & Motorola L6 aku tu? stay tuned (cewahh!!).

Bye!

P/S: Senanya aku nak buat entri penuh sampai phone yang latest aku guna, tapi tak jadi sebab terlalu panjang. Heheh.

*Pic credit to GSMArena.com

Isnin, 7 Oktober 2013

Anki Drive, kereta permainan pandu sendiri diruang tamu

This is the different whole new level!

Aku bukan seorang gamer racing tegar. Tapi ada kala, aku layan game racing. Kalau kena dengan background music, memang serasa macam tengah drive kereta dialam realiti. Of course kalau main game, tak sama macam real situation. Eksiden dalam game, ko tak payah fikir insuran, jumlah kerosakkan yang ko tanggung dan hidup-mati pun ko tak consider (except certain game). Tapi bayangkan bagaimana rasanya kalau game tu dibawak.keluar? bukan setakat terhad dalam bentuk visual sahaja. Macam mana kalau ko boleh pegang, rasa, sentuh, putar, jilat dan celup objek dalam game? mesti best, kan?
Perkenalkan... Aiden.
Sekarang Apple dah prototype ke arah itu. Dieorang perkenalkan Anki Drive. Permainan lumba kereta yang boleh dikawal oleh AI. Ini sangat impressive sebab kereta tersebut sangat pintar dan boleh calculate laluan mana yang dieorang nak pilih. Truthfully, I iz sangat jeles dengan pengguna Apple. Sebab dengarnya Anki ini bakal dipasarkan. Apa kaitan pengguna Apple? ini kerana Anki boleh dikawal menerusi peranti Apple, okay. Dah jangan banyak tanya. Cukup cukup sudah. Huu~

Laluan mana nak lalu? Anki ada jawapannya
"This is video game in the real world" Boris Sofman, co-founder & CEO Anki.

Dah lah. Nak tahu lebih lanjut, cari video kat youtube. Aku pun baru tahu pagi tadi. Nak research lagi pasni. Huu~

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 30 Ogos 2013

Nak beli power bank

Yeay! besok cuti. Cuti sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke..? hah, ke berapa? mesti ada yang terkedu ni kan? mesti ada yang tak tahu sebenarnya kita ni dah 56 tahun merdeka dari serangan penjajah yang menjajah tanah dan hak kita dibumi kita sendiri. Tapi kalau serangan mentaliti pulak macam mana? adakah kita bebas?

Walau apa pun, aku nak mengucapkan selamat bercuti buat korang semua. Diharap cuti ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Asalkan korang puas hati dan gembira. Jangan pulak nanti, habis jer cuti korang rasa menyesal pulak sebab bazirkan masa cuti macam tu jer. Aku saje jer nak remind sebab aku pun takut aku jadi macam tu. Huu~

Anway, sebenarnya aku ni sedang survey dan mencari-cari apa jenama power bank yang paling sesuai dan boleh dipercayai. Biasa la, didunia serba moden ni setiap orang kebiasaannya akan dilengkapi dengan gajet-gajet terkini dan up to date. Normally ramai yang dah ada smartphone sekarang dan masalah yang sering melanda smartphone user adalah bateri cepat nak kong, flat, lowbet dan yang sama spesis dengannya. Sebab tu, memiliki power bank adalah satu keharusan (ker kewajipan?) untuk pengguna smartphone. Tak gitu Kak Limah?

Sebelum ni aku memang ada sebijik power bank jenama Edvan berkapasiti 7600mAh. Bagi aku cukup la kapasiti sebesar tu dapat charge fon sampai penuh lebih kurang 4 kali. So far aku pakai okay tapi power bank tu aku dah bagi kat adik kesayangan lah sangat aku tu. Dia perlu sangat power bank (katanya), so sebagai seorang abang yang macho dan penyayang, aku bagi la kat dia dan aku pulak yang end up takde power bank. Haritu ada survey dan cari dengan Miss S tapi tak jumpa lagi macam yang aku beli tu. Jenama lain banyak tapi China made. Aku ni skeptik sikit bila nak beli barang dari China. Takut beli barang tak ori. Biasa yang aku jumpa Yao Bao tu. Ada gak member yang pakai, dieorang kata okay jer tapi still gak aku takut-takut nak beli. Sebab aku ada terbaca pasal Yao Bao tiruan.

Kebetulan pagi tadi aku online dan memandangkan gaji dah masyukk, aku rasa nak beli sebijik power bank. Survey punya survey, ramai yang suggest powerbank jenama Pineng. Pineng ni pun aku tak sure either China made atau tak, tapi ramai yang mencadangkan powerbank ni dan banyak respon positif yang aku dapat, so aku ingat nak angkat la satu. Tadi ada try masuk page Lazada tapi tak pasti aku pernah register atau tak. Bila aku try register, dia kata registration aku fail. Dah 4~5 kali try masih gak sama. Pening kepala aku.
Macam besar jer aku tengok. Perghh!

Apa pun, pasni aku try lagi. 

Jumaat, 26 Julai 2013

Bahaya smartphone kepada kita.

Guwa yakin, ramai antara korang yang dah maju ke depan seiring dengan peredaran masa kini. Dan guwa juga percaya, kebanyakkan dari kita memang ada memiliki smartphone walau sebijik. Yang lagi advance mungkin ada dua bijik atau lebih. Betul?
Disebabkan kebanyakkan smartphone sekarang memang pakai konsep touch screen (ker screen touch?) iaitu semuanya melibatkan aktiviti sentuh menyentuh skrin, sekaligus sebenarnya dah mendedahkan kita kepada ancaman. Seperti yang kita maklum, aktiviti sentuhan ni melibatkan kulit. Kadang-kadang, bakteria, minyak, tahi hidung akan melekat pada kulit khususnya permukaan jari. Jadi bila kita menyentuh skrin handphone, secara langsung benda-benda asing yang guwa mention tadi akan berpindah ke skrin. Later on, akan pindah pulak ke pipi korang semasa korang sedang buat panggilan. Tak giler ape tu? tak percaya? masih tak nak percaya? okay, guwa tak nak buang masa, korang check it out sendiri kat sini, Your Smartphone Might Giving You Pimples. Guwa harap lepas ni, korang akan jaga kebersihan handphone korang dan please la jangan jadi pengotor (tetibe).

Rabu, 24 Julai 2013

Kau orang android user?

Pergh! guwa rasa guwa dah terlebih attach dengan handphone baru guwa. Sekarang ni pun guwa update entri through handphone. Kalau diikutkan, nak jer guwa buat drawing pakai handphone. Masalah ni, masalah. Bale bale. Macam mana nak settlekan masalah ni? owh ya, kalau guwa typo, maafkan guwa. Almaklum la guwa menaip guna skrin sesentuh. Typo mypo tu biase ah. Buat tak nampak sudah. ;P

Korang pakai android? guwa pakai android hampir 2 tahun. Android yang mula-mula guwa pakai adalah android 2.1 Eclair. Lepas tu, guwa rasa gatal jer nak goda phone. Opps! maksud guwa, godam. Hack tahu? biasanya untuk android user, dieorang guna terms rooting. Benda yang sama jer. Guwa upgrade android guwa jadi 2.2 Froyo. Agak lama gak guwa pakai. Tapi lepas 2.3 Gingerbread keluar, guwa rasa nak update lagi tapi tak berani sebab tak tahu samada version tu stable atau tak. Last-last, guwa mintak member guwa yang upgrade jadi 2.3. Sekarang ni, semenjak guwa beli handphone baru* last week, guwa pakai 4.1.2 Jelly Bean (baru lagi kott. ;p). So far, yang terbaik guwa experienced secara hands on.

*Miss S, mohon jangan rasa menyampah. Please lah jangan. ;)

Guwa rasa guwa dah lama pakai android. Walaubagaimanapun, guwa masih tak dapat nak memahami macam mana android ni beroperasi. Guwa tak dapat nak sync kan dalam kepala hotak guwa. Guwa rasa guwa punya logic dan android punya logic, tak sama.

Okay, sebagai seorang pengguna android, masalah yang paling frequent dihadapi (majority) adalah masalah lagginess dan bateri cepat drain. Betul tak? kalau korang android user, korang tahulah. Masalah ni memang sentiasa melanda. Tak kisah la apa device yang kau orang pakai. Sebenarnya dua masalah ni berkait rapat sebenarnya. Tak la rapat sangat. Bau bau bacang jer. Sepupu sepapat dua kali.

Secara logik, semakin banyak apps (aplikasi) yang kau bukak, semakin lagging lah handphone tersebut dan semakin besar la penggunaan bateri. Itu kalau ikut kita punya logik. Akan tetapi, hari ini baru guwa tahu yang sebenarnya android tak beroperasi macam tu. Guwa seorang pengguna Windows (Win) dan guwa assume most of us are. Kita kan typical Malaysian, harusla sama. Hahah. Tapi android bukan based on Win tapi based on Linux OS. Okayy, guwa nampak ada yang berkerut dahi. Tak faham lettew. Windows dan Linux adalah OS (Operating System). Alaa, korang tahu Windows, kan? Linux tu macam tu aa cuma cara dia beroperasi lain sikit.

Android ni direka berdasarkan Linux. Konsep dia macam ni, korang bukak apps, lepas tu korang tak quit atau exit properly sebab korang tak jumpa butang exit. Korang terus shortcut gi home dan bukak apps lain pulak. Meaning dah 2 apps yang running, betul? actually ya dan tak. Okay, apps yang korang running mula-mula tu memang running tapi dia running dengan penggunaan very very minimal. Seumpama macam dia tak running. Tapi ada dekat background sebab nanti kalau korang bukak apps tu, apps tu dah ready untuk digunapakai. Berbanding kalau korang kill apps tu, bila korang bukak balik, dia akan take 2~3 second malah sometimes 1 minit atau lebih baru berfungsi. Sebab tu tak digalakkan untuk pakai apps yang boleh Autokill. Tak berapa nak berbaloi. Berbeza dengan Windows dimana once korang bukak apps, lepas tu korang shortcut gi home dan bukak apps baru, apps yang mula-mula korang bukak tadi tu still running macam biasa.

Jadi kenapa android phone boleh lagging?

Sebenarnya banyak faktor yang boleh mempengaruhi kelagginess handphone korang. Guwa nak tekankan mengenai apps jer kali ni. Yang lain korang boleh google sendiri. Okay, setiap kali korang bukak apps. Ianya akan diregister dengan different user. Meaning different apps, different user. So, kalau satu apps crash, freeze, lagg. Hanya apps tu akan mati. Takde efek keseluruhan system tersebut. Mostly lagging adalah disebabkan software. Samada tak compatible dengan hardware, ataupun belum stable lagi. So bila bukak certain apps, phone jadi lagging.

Bateri drain pulak macam mana?

Bateri drain biasanya disebabkan oleh services. Wi-fi, bluetooth, data adalah antara yang kuat makan bateri. Kalau korang nak conserve bateri korang, kena la tutup service yang tak dipakai. Lagi satu, brightness juga antara faktor yang makan bateri korang selain wallpaper bergerak (Live Wallpaper) dan apps. Ya, apps makan bateri. Tapi macam guwa kata tadi, apps yang running kat background adalah sangat-sangat minimal penggunaannya. So, takde lah drain bateri sangat.

Okaylah, guwa rasa ada baiknya guwa mengundur diri. Guwa dah mula rasa mengantok nih. Guwa nak tido jap memandangkan guwa tak dapat nak lunch. So, till next time brader & sista.

Sekadar hiasan

Selasa, 25 Jun 2013

Lekat

Cucuk, tarik, cucuk, tarik. Berulang-ulang kali guwa ulangi perlakuan yang sama. Tangan guwa dengan erat memegang batang. Guwa terasa geram. Guwa getap bibir. Guwa pejamkan mata. Terasa peluh mula menitik didahi guwa. Rasa sedap? mungkin. Guwa tak pasti.


Hoi hoi hoi!! lu ingat guwa cerita pasal apa?? guwa maksudkan batang modem guwa lah! dari tadi guwa cucuk-cabut balik. Laptop guwa pun dah bosan asyik restart memanjang. Guwa rasa nak lempar modem ke dinding pun ada jugak. Tapi guwa kesian dekat dinding bilik guwa. Nanti tak pasal-pasal merajuk, berhenti kerja jadi seekor dinding. Siapa nak ganti tahan siling bilik guwa? nak harapkan tikus rumah, dieorang sibuk didapur. Guwa tak berani nak kacau.

Guwa hairan keraihanan lah. Raihan kehairanan dalam masa yang sama. Sejak dewasa ini, laptop guwa memang suka hang bila guwa cucuk modem broadband guwa. Adakah laptop guwa tak suka diperlakukan sebegitu? atau, adakah guwa dah salah tercucuk lubang? kecil hati kah laptop guwa terhadap guwa. Pui! macam-macam persoalan bermain didalam kepala hotak guwa.

Adakah anda mengalami situasi yang sama seperti guwa?

Guwa pakai broadband Maxis berjenama Huawei. Laptop guwa pulak Acer 4740G. Adakah cukup informasi ini untuk anda membantu guwa menyelesaikan masalah guwa? guwa pening ni, pening. Guwa tak tahan la macam ni. Guwa dah try google permasalahan guwa ni namun tak berhasil jua.

Kebiasaannya laptop guwa akan mengalami hang setelah setengah jam ataupun empat puluh tujuh minit modem broadband dicucuk. Paling terpantas adalah dalam sepuluh hingga tiga belas minit (untuk kes tertentu sahaja). Hang dia lain macam sikit. Memang hang habis. Habis semua butang papan kekunci guwa tekan tapi tak mendatangkan hasil. Mendatangkan amarah tu ada lah. Hish! siapa yang patut dipersalahkan dalam permasalahan guwa ni? laptop? modem? tetikus? atau air teh yang bertindak sebagai hiasan diatas meja guwa?

Please la someone bantu guwa. Sebelum guwa failkan saman ke atas laptop, modem, tetikus dan termasuk juga air teh yang sempat juga guwa hirup beberapa mililiter tadi. Kesabaran guwa tinggal satu bar sahaja lagi. Please la tolong laa. Guwa harapkan ehsan anda sahaja lagi. Bantu guwa please.

Adakah wajar seandainya guwa putar, jilat dan celup sahaja modem guwa ke dalam air teh terbabit? sesudah itu guwa gigit laptop dan kunya bersama tetikus? jika anda setuju, sila bakar sehelai dari bulu ketiak anda dalam masa kurang dari 8 saat.


Yang benar,
Guwa dot kom dot mai

Tsk.. tsk.. tsk..

T^T

Sabtu, 16 Februari 2013

Playstation-4 controller leaked pic

Korang tahu tak yang Sony akan keluarkan konsol generasi keempat dieorang tak lama lagi namely Playstation 4? sebenarnya dari dulu lagi aku mengidam nak ada satu konsol milik aku sendiri, namun ianya hanyalah tinggal impian sebab aku tak mampu dan sebab mak aku tak nak belikan. The only konsol yang aku ada pun Nintendo NES yang main pakai 'tape' tu.

Itu pun sebelum aku mengenal Playstation dan cakera padat. Bila aku dah mula kenal playstation, aku mula simpan hasrat nak ada Playstation sendiri. Macam-macam cara aku merayu dengan mak aku supaya belikan aku konsol, tapi semuanya menemui kegagalan. Selalunya end up dengan 1001 alasan yang mak aku berikan. Never want to tell the real reason that is no money and tak mendatangkan hasil serta merosakkan tv. Selalunya mak aku akan bagi alasan yang buat aku boleh terima. Kira reasonable jugak la, selari dengan pemikiran aku selaku budak-budak masa tu. Tu la naluri seorang ibu, kan? korang yang kaum Hawa ni akan rasa someday, macam mana nak handle karenah anak-anak.


So, thats it. Sony akan keluarkan Playstation-4 dan seperti biasa, rumours akan tersebar ibarat kelumumur yang berterbangan bila kau flipshair dan rambut kau penuh kelumumur. Kutu? tak nak cerita. Pagi tadi aku ada tengok gambar tu dan seriously aku tak rasa macam 4th generation high-end controller pun. Mungkin sebab ianya prototype, aku tak tahu. Tapi dengarnya ada few features yang Sony dah add untuk controller kali ni contohnya seperti touch-up screen dan ada lampu pada bahagian atas. Tak lupa juga yang contoller tu akan ada audio output, means controller tu akan keluarkan bunyi. Kira macam ada mini speaker laa. Dengar-dengar gak yang butang select dan start tak ada. Aku tak pasti either dieorang buang butang nie dan gantikan dengan touch screen, atau dieorang pindahkan dekat belakang controller tu. Hurm, sounds weird, kan?

Itu features yang dieorang nak apply tapi dari gambar yang aku dapat, tak banyak perubahan dari segi design. Still look as typical Playstation controller cuma ada penambahan sedikit pada controller tu.

Ok lah. Cakap banyak pun tak guna, baik korang tengok sendiri rupa controller tu dan nilaikan sendiri.


Ramai gak yang kata pic ni fake. Aku tak nafikan gak. Ada yang kata pic ni lama dah keluar, even sebelum PS3 keluar lagi. But hey, PS3 mana ada touch screen, kan? mana ada audio output. So, maybe benda ni dieorang dah lama nak implement tapi tak jadi. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat, okay?

p/s : Kali ni aku berazam nak beli konsol pakai duit sendiri. Habis la tv mak aku lepas ni. =)

sumber : Cnet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...