Jumaat, 22 November 2013

Handphone pt. 1

Masih ingat lagi tak handphone apa yang pertama kali dan yang pernah korang guna, dan bila? sekali sekala KLMJ nie tak salahkan? kali nie aku nak share handphone yang pernah aku guna (ni kira yang mula-mula aku guna) sebelum nie.

Kita kena kembali ke zaman pasca SPM aku. Masa tu tahun 2007, baru aku merasa ada telefon mudah-alih sendiri. Model yang pertama kali aku miliki adalah Nokia 6020. Simple tapi punyai features yang aku suka. Handphone tu adalah pemberian (diulangi PEMBERIAN okay) dari parents aku sebab aku dah berjaya melepasi alam persekolahan (WTF?!). Sebenarnya, aku yang merayu-rayu mintak sebijik handphone. Heheh. So, Nokia 6020, ada kamera VGA, dilengkapi sistem infra merah dan ada radio. Kalau compare masa tu dengan masa sekarang, memang tak dipandang la handphone tu. Tapi serius, bila dah ada phone aku jadi BBNU dan asyik snap snap gambar takpun tangkap video. Zaman tu girlfriend pun tak ada dan nak cari seorang girlfriend pun aku tak reti. So, takde la SMS, MMS ni semua. Kecuali texting among kawan-kawan dan family jer.

Then, after few months (rasanya dalam 2-3 bulan) aku bertekad nak tukar handphone baru. Kalau tak silap masa tu sistem bluetooth dah ada dan aku jadi gatal nak ada phone yang built-in dengan bluetooth. Aku discuss dengan parents aku (kena marah siott sebab reason tak solid) dan after few tries of negotiation akhirnya aku berjaya. Mak cik aku sendiri yang sanggup beli phone aku dengan harga aku sendiri yang decide. Aku tak la letak harga yang terlalu tinggi and quite reasonable la price yang aku tawarkan. Cukup untuk aku beli phone yang aku target tu, Motorola L6. Cuma yang mistake nya masa tu, Motorola L7 keluar (beberapa bulan kemudian). Siott. Motorola L6, cover steel. Bila bukak cover belakang dan cover tu jatuh atas lantai, bunyi macam sudu jatuh. Sies. Yang bestnya masa tu L6 ada bluetooth. Boleh la bluetooth lagu, gambar, video and so on. Kamera kurang lebih jer dengan Nokia sebelum ni. Tak banyak features yang beza dengan Nokia 6020. Cuma size handphone lagi besar.

Motorola L6 tu pun aku tak pakai lama. Sejak aku dah mula bekerja (boleh rujuk SINI) aku mula perasan yang aku dah ada duit. Bila berduit ni, aku mula la plan nak beli phone yang dah lama aku aim, N-GAGE QD. Untuk ni, special sikit sebab walau takde kamera, tiada port untuk sambung ke PC dan bluetooth yang bapakkk sloww, no hal. "Guwa watlek jer" heheh. Aku dah lama aim phone ni. Reason? tak lain tak bukan sebab nak main game laa. Dulu gila nak phone ni dan akhirnya dapat gak aku beli. Walau second hand, aku tetap puas hati sebab phone ni aku dah lama aim, phone baru pakai 2 bulan dan yang penting, phone ni aku beli dengan duit aku sendiri (tak perlu jual L6). Sayang sangat aku dengan phone ni dulu. Main game sampai tak henggatt. Sampai phone panas. Takpun sampai kepala pening sebab asyik fokus tengok skrin phone yang tak la besar mana. Game favourite aku dulu, Tom Clancy's Ghost Recon, The Sims (aku dah lupa nama) dan ONE (game ala-ala Tekken). Ada gak game lain tapi kurengg la layann.

Okay. Aku berhenti setakat ni dulu. Nanti kalau aku cerita semua, panjang sangat dan nampak bosan nak baca. Next time aku update lagi sambungan entri ni. Apa jadi dengan N-GAGE QD & Motorola L6 aku tu? stay tuned (cewahh!!).

Bye!

P/S: Senanya aku nak buat entri penuh sampai phone yang latest aku guna, tapi tak jadi sebab terlalu panjang. Heheh.

*Pic credit to GSMArena.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...