Isnin, 11 November 2013

Man Utd 1 - 0 Ars

Satu jaringan yang membezakan segalanya.

Game semalam berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada team feberet guwa, Man Utd. Game sangat tegang, buatkan guwa rasa sekejap okay, sekejap rasa nak terkucil. First half mungkin guwa boleh katakan yang The Gunners dengan mudah dijinakkan oleh pasukan Iblis Merah (minus beberapa cubaan bahaya yang tak ada finishing), tetapi bermula seken half, rentak Gunners mula berubah. Ibarat bawa anak mandi ditepi pantai, kemudian tsunami datang menyerang padahal memula tadi pantai sungguh tenang dan disangkakan tiada badak air berendam didalam air. Begitu la lebih kurang perumpamaan yang guwa boleh fikirkan. Maaf kepada sesiapa yang tak dapat nak catch-up dengan perumpamaan guwa. Akan guwa perbaiki dimasa akan datang.

Permainan dibabak pertama banyak dikawal oleh Menyu. Menyu banyak push, Arsenal duduk diam. Bagaikan mengajar anak kecil kencing berlari, begitu la gelagatnya pasukan bimbingan pengurus The Gunners berbangsa Perancis, Arsene Wenger (maafkan guwa sekali lagi kalau engkorang tak boleh nak relate perumpamaan guwa). Minit ke-27, Van Persie meletakkan Menyu dihadapan hasil tandukan ala ala Matias Kotey tempohari ketika menentang pasukan Tok Gajah. Bezanya Van Persie lagi hengseng dan kali ini bola dihantar menerusi sepakan sudut. Szczesny, Gibbs, Giroud, Sagna antara mangsa-mangsa yang terlibat. Gagal menghalang bola tandukan The Legendary Ex-Gunner, RVP.

"We worked on free kicks & corners because Arsenal have a few smaller players in their team. Thankfully it paid off" -Wayne Rooney.

Seken half, Arsenal mula kawal permainan. Ozil, Giroud, hatta Gibbs pun tampak bahaya sementelah sepak mula dibabak kedua. Cubaan demi cubaan dilakukan dan United hanya mampu bertahan. Sekali sekala melakukan counter attack itu pun berjaya dihalang oleh pertahanan Gunners. Vermaelen, Giroud, Ozil dan Bendtner masing-masing mencuba nasib. Tapi.. tale ong maa. Satu pon tale masok.

Menet ke-90+, reff tiup wisel. Moyes happy, Wenger terdiam, Persie bertepuk-tangan, Gunners kecewa dan you know the rest of the story lah.

"Say cheese..." source: Goal.com

P/S: Miss S kata dia support Arsenal. Guwa ketawa sambil senyum sinis. Dia kata "senyuman keji". Hahah. Pa-pa pun, GGMU~

2 ulasan:

  1. GGMU lah dah mng, sebenarnya gua harap seri. tapi mng pulak man u haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, okay lah tu. Atleast, Liverpool boleh naik atas. Kan kan kan? :P

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...