"The best relationships start off as a friendship first.." |
Sekarang kalau dikira campur tolak darab bahagi dipuncakan kuasa dua darab pekali 'n', dah hampir dua tahun dah. Kalau kisah ni adalah tv series, ni dah kira penghujung season 1. Kalau masok season 2, mesti jadi lebih gempak, hopefully. But still, "pilot episode" tak akan pernah dilupakan. Aku boleh tersenyum sendiri kalau aku mainkan semula "pilot episode" tu. "Sudden approach" yang agak random. Even sekarang aku mainkannya semula dan tersenyum sendiri sambil menaip entri ni. Harap tak ada yang perasan aku tersenyum sambil buat "kerja".
Macam kisah-kisah yang lain, or should I say, kisah cinta yang lain, mesti ada konflik dan perbalahan. Tipu la kalau tak ada. Kalau diplotkan pada graf, mesti nampak turun naik up and down. Kalau kisah aku, rasanya nampak macam graf nilai emas. Okay, tak la macam tu sangat sebenarnya tapi nampak la turun naiknya. Itu ada, sudah pasti. Kalau korang pulak? garisan melengkung mungkin? ogif? hahah.
Jadi persoalannya sekarang macam mana aku nak tamatkan season 1? sebelum masok season 2 selepas tu. Ada apa-apa cadangan tak? :P
suka atau tidak? itu persoalannya =)
BalasPadamAgak-agak macam mana? :)
Padamdah macam dalam novel ni :)
BalasPadamridoma.blogspot.com
A'ah. Tunggu TV3 siarkan jer lagi. :p
Padam