Jumaat, 8 November 2013

Its all about perspective

"Bini aku cantik. Tapi bagi kau mungkin tak. Siti Nurhaliza cantik, tapi bagi aku tak.." lebih kurang macam tu la perbualan yang aku dengar. Terdengar sebenarnya. Mana boleh switch on switch off telinga. 24/7 on. Jadi tak sengaja la sebenarnya. Tadi tu perbualan superior aku dengan business partnernya suatu ketika dulu. Suddenly, memory dalam kepala aku main semula perbualan tersebut.

Berbalik kepada present time. Bila tengah syok scroll timeline, ada dua tiga kucing bernyanyi (eh?). Tak maksud aku, ada dua tiga status yang kadang-kadang kelakar, lucu tapi rasa annoying pun ada bila dua pihak bertelagah dan saling berbalah, masing-masing pertahankan idola masing-masing. Pihak A kata seorang ni cantik dan pihak C pun kata yang seorang lagi cantik (because A & B too mainstream, aku pilih A & C instead) hinggakan bagai tak sudah. Neverending, bak kata orang Inggeris. Padahal yang never ending disini adalah both of their stupidity dan sikap yang tak boleh terima pendapat satu sama lain.

Admit it. Setiap manusia punyai citarasa yang berbeza dan tak akan pernah sama semuanya. Kalau semua sama, jadi tak best la kan? semuanya jadi stereotype. Walaubagaimanapun, in terms of general speaking, memang akan ada yang sama bagi mana-mana pihak. Si A & C mungkin ada hobi yang sama, namun sukakan benda yang berbeza. Macam tu la lebih kurang maksudnya. Tapi bila bercakap mengenai sesuatu yang khusus especially berkaitan sesuatu yang subjektif, dua-duanya mungkin ada pendapat sendiri.

Oleh itu, hentikan la berbalah dan terima la pendapat masing-masing. Tak perlu la nak gaduh pasal benda yang tak akan habis. Nak nak lagi gaduh kat laman sosial. Malu la weyh. Satu dunia boleh baca (even tak faham). Jadi, jangan la membodohkan diri sendiri (yang memang dah sedia ada bodoh?). Just my twenty five cent. Not much.

"You can win an argument against educated person, but can never win against uneducated one..."

P/S: Dia tetap cantik & comel bagi aku walau bagi kau, kau dan kau tak. :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. yup betul taste orang lelain.. cuma kengkadang aku pelik bila citarasa dorang teruk bebenor. Tak tau aku nak categorised kan camne. Cinta buta atau napsu kuda. Ehh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe bro~ janji dieorang bahagia, selamanya, hingga hujung nyawa. :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...