Memaparkan catatan dengan label sini sana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sini sana. Papar semua catatan

Rabu, 1 April 2015

April Pertama & GST

Aku nak kata apa? sana sini sinun, semua orang dah bercerita

Tajuk memang level attention seeker. Mencari publisiti murahan dengan gred cap hangat-hangat tahi ayam memang menjadi hobi aku. Ingat aku nie ape bende nak tau semue bende? kau bukak cerita GST dengan aku, memang aku akan jadi 80% pendengar-tak-berapa-nak-setia. Tak banyak yang aku tau dan kebanyakkan yang aku tau pasal GST semuanya dari media massa, media sosial serta borak kosong sambil mengeteh yang telah "disuap" ke dalam minda bawah sedar. Betul atau tak, mitos atau lagenda, aku tak pasti. "Rubbish!" bahasa penjajah yang mudah untuk menerangkan pemahaman aku pasal GST. Aku bukan kata GST itu sampah, tapi aku kata pemahaman aku mengenai GST itu yang sampah sebenarnya (sila fahamkan ini, jangan nak saman mengkhinzir buta). Ya, itu kelemahan aku.

Bukan aku tak berminat nak ambil tahu, atau tak ada keinginan nak tahu, tapi disebabkan terlalu banyak input sampai kepala aku kusut tak sempat nak susun lagi yang mana fakta dan yang mana auta. Apa nak jadi, jadilah. Mohon engkorang yang baca entri nie jangan ikut jejak langkah aku, sebab ini salah satu contoh penyumbang kepada pemikiran yang kurang matang. Sedikit sebanyak boleh menjatuhkan ekonomi negara sebenarnya (sembang kencang beb~).

Dah lah. Aku saja ja nak kemaskini entri. Kalau dibiar tak dikemaskini, tak meriah lah blog aku. Hambar. Tak laku. Roti nan cheese yang dijual oleh Mak Cik Biha (bukan nama dalam IC) lagi laku dari blog aku. Oleh itu, bersama-samalah kita menaikkan jumlah pelawat unik datang ke blog ini. Tak susah mana, hanya load page dan buang la barang semenet dua untuk baca entri (mudah bukan?)

Akhirul kalam, dengan lafaz taufik dan hidayah aku mengakhiri entri aku kali ini. Wa Assalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Adios bebeh! caw cin caw! babai. Yom cikedd!! okay, dah dah. Ciao!

Sabtu, 9 Februari 2013

Selamat Tahun Balu Cinaa!!


Aiyaa~ tahun balu cina sudah dekat woa~ sudah beli limau mandalin kaa? dekat opis wa, ade dua kotak limau mandalin sudah woa. Balu 3 hali simpan ini opis, sudah satu setengah kotak limau mandalin hilan. Pergi mana? pergi masuk pelut maa. Sudah mabuk itu limau mandalin sudah.

Ini tahun, tahun ulaa. Wa dulu lahir tahun ulaa juga. Ini tahun, umo wa sudah masok 24 tahun nye punn. Belmakna wa sudah jumpa 2 kali tahun ulaa nye punn. Tapi wa belom lagi 24. Masih lagi 23 dan muda lemaja. Masih kacak dan kiyud lagi maa.




Dikesempatan inii, wa mau ucap hepi cainis nu year kepade semua-semua membe wa yang menyambutnya. Wa pun selaku lakyat Meleisia yang plihatin, juga akan menyambut tahun balu cina. Bolehkah begitu?

Kepade Ah Chai, Ah Meng, Mr. Yii, Mr. Tiew, Mr. Sia & the family, Mrs. Teh, Mr. Daniel, Ah Seng & the family, Yap Ah Loy, Low Fatt, Sing Kwong, Zang Zhe Yee, Jackie Chan & Jet Li, HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL OF YOU~ semoga ini tahun ulaa membawa lagi banyak 'ong' walau wa tida tahu itu ulaa simbolais apenye punn. Huhu~

Makan besar ini malam kaa? by the way, angpao lai lai lai. Heheh. :D

Ahad, 30 September 2012

Borneo Kite Festival 2012

Prott!! *kentut*

Tengok jam, pukul 2:30 petang.

Fuh! letih aa hari nie. Aku baru jer balik dari tapak pesta layang-layang Borneo Kite Festival 2012, BKF12. Dari pagi tadi sampai laa sekarang baru balik. Nak stay up lagi pon dah tak larat dah. Skru pada kaki menunggu masa nak tercabut jer lagi.

Oh ya, BKF12 nie sebenarnya one of major event kat tempat aku. Event nie tiap-tiap tahun ada dan ramai orang yang menantikan event nie. Kalau tak silap aku, event nie mula diperkenalkan pada tahun 2007 (ker 2006?). Dan sekarang dah 2012, kira lama gak tu. Tak banyak perbezaan sebenarnya dari dulu sampai sekarang, cuma yang bezanya jumlah peserta mungkin bertambah ramai sebab event nie well known time by time.

Banyak gerai yang dibkak tahun nie. Tapi kebanyakkannya sama jer. Jual baju bundle, jual layang-layang, jual tudung bawal, pashmina dan shawl, jual kraftangan, jual diri (eh?), jual mainan kanak-kanak dan tak kurang jgak yang jual minyak pengasih wangi. Dari tahun-tahun sudah, nie jer laa yang dijual. Selain tu ada laa gerai astro, hotlink dan jual wiper kereta (watde?). Kalau gerai jual makanan, tak payah cakap aa. Berderetttt jer. Tinggal nak pilih jer lagi. So, nampak laa kat sini persaingannya agak sengit. Kalau ada plan nak bukak gerai, kena make sure gerai tu lain dari yang lain punya. Tak kisah aa dari ikut kreativiti tuan punya gerai. Kalau tak buat macam tu, susah aa nak jual, ye tak?

Tu sampingan jer. Tarikan utama sebenarnya adalah kepada layang-layang yang terbang diudara dengan bebasnya (bebas ker?). Untuk pengetahuan korang, event nie international so ramai laa manusia dari luar negara datang sini semata-mata nak main layang-layang jer. Ada yang dari Australia, Germany, Zimbabwe, Uganda dan selatan Thai. Tapi layang-layang dieorang bukan macam yang kita buat. Dieorang punya layang-layang berskala besar dan berbagai bentuk. Ada bentuk spongebob, bentuk ikan pari, bentuk ikan buntal, bentuk sotong, bentuk kucing parsi dan bentuk mangkok jamban (Ok, aku tipu!).

Macam mana layang-layang tu terbang? layang-layang tu pakai enjin dan setiap layang-layang dikawal oleh seorang manusia dari dalam layang-layang tersebut. Hmm. Lebih kurang macam tu aa.

BONGOK!

PANG!!
*ciuman bontot hinggap dipipi korang yang bertanya*

Mestila terbang macam layang-layang yang lain. Pakai angin aa. Macam mana nak terbangkan, aku sendiri pun tak pasti sebab tak pernah follow close up dari mula dieorang terbangkan layang-layang tu. Aku sampai tapak pesta jer, layang-layang tu dah terbang diudara. Same thing happen every year. Maybe next tyme aku patut bangun awal dan pergi ke tapak sebelum dieorang terbangkan layang-layang tu. Tapi tu kena tunggu entri taun depan lah. Hewhewhew.

Dah la. Cakap banyak pun tak guna. Korang layan laa beberapa keping gambar yang sempat aku snap. Sori aa, tak banyak gambar. Aku malas kott nak snap2 gambar nie. Tapi lepas tu nyesal plak sebab tak banyak gambar. -.-' In case korang happen to be ada amik gambar untuk event nie, boleh tak tolong email kat aku. Please. Aku nak cuci gambar tu pastu tampal dekat dalam jamban. Boleh kan? kalau boleh, email aku kat mzneo89@gmail.com dan tolong laa jangan hantar spam atau gambar bogel korang. Aku geli dowh. 2 hari aku tak berak dibuatnya.

Ok, enuff said. Sila layan gambar dibawah. ;)

Beberapa spesis layang-layang yang diterbangkan
Yang nie aku tak tau motif aku amek gambar. -.-'

Lagi layang-layang


Gerai-gerai yang ada. Tapi fokus dekat tempat lain. -.-'

Gerai jual layang-layang. Mesti ada! hehe.

Amacam? best kan? kalau rasa best dan rasa sayang hey, sila buat lompat bintang 7 kali. Heheh. Aku gurau jer. Next year, rajin-rajinkan laa diri untuk join event nie. Huhu~ oklah, dats all folks. Nature calls. Kene berak dengan kadar segera. Babai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...