Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Ahad, 29 November 2015

Cakar Permukaan Tak Sampai Satu Inci

28 November...

Semalam aku tak hadpet entri. Bukan takde idea, tapi gara-gara nak buat entri khas, ayat power, kaw-kaw punya. End up, dua entri aku separuh jalan, tak jugak menjadi nak dipublishkan. Hangat-hangat tahi ayam, hangat lagi tahi entri aku. Semalam punya date special bagi aku, kau tahu? itu pasal laa nak bikin satu entri khas yang power. Lagi power dari Power Ranger, tapi... tak menjadi pulakk. Nampak sangat kurang power nih.
Aku malaslah nak straightforward, biar aku sekadar mencakar permukaan (scratch the surface) jerr. Apa benda yang special tak payah lah tanya, biar ku simpan dalam lembaran hatikoo ini. Mana yang tahu dan faham tu, tahu lah.

*Termenung dua saat. Seiringan itu lagu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif turut dimainkan*

Boleh tersenyum sendiri jugak aku dibuatnya. Macam mana pantasnya masa berlalu sehinggakan ±1461 hari boleh berlalu begitu sahaja. Segala episod suka dan duka turut diadun bersama. Bermula dari seutas komen di Muka Buku, kemudian beralih ke ruang chatting, bermastautin ke mesej dan seterusnya menetap dipanggilan telefon. Hahah. Kelakar rasanya bila ingat semula. Namun, disatu sudut hati, sudut yang paling deep, aku merasa gembira dan lega kerana ianya terjadi/berlaku. Kalau tak, dah tentu ±1461 hari aku yang lalu end up dengan cara yang berbeza. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan. Aku tahu, kau faham, dia mengerti, kalian yang lain blurr kepada siapa terima kasih itu aku tujukan. Sekali lagi, tak perlulah bertanya (macam laa korang hingin sangat nak tanya sampai aku perku nak ulang-ulang ingatkan pasal tu, kan? kan? kan??).

Satu tarikh yang mungkin sukar aku nak lupa kerana ianya terasa bermakna. Adakah ianya sekadar suka-suka mahupun sandiwara dunia, tiada siapa boleh kata apa. Aku gembira kernanya. Aku tak nak lupa, kalau aku bisa. Aku dah semacam gila sebab mungkin hanya aku saja yang merasakannya. Tapi aku harap dia pun sama. Kau pun nak juga? ikut kau lah, kau punya suka. Aku tak halang apa-apa.

Lain kali aku update lagi. Maaf lah kalau entri kali ni tak banyak isi. Aku lagi tertekan selagi mana entri tidak aku kemaskini. Lebih-lebih lagi mengenai apa yang aku nak cerita tadi. Aku faham, kau tak mungkin boleh selam dalam lagi. Sebab aku cuma cakar permukaan tak sampai pun satu inci. Oleh itu aku berhenti kat sini dulu dan sehingga kita berjumpa lagi... lain punya entri... nanti-nantilah aku kemaskini.

Jumaat, 27 November 2015

Dia Pun Nak Jugak Entri Macam "Adi..."

Anotha dedicated post. Abeh aa lepas nie sume nak dedicated post jugakk. Abeh aaahhhh.

Berikutan dengan post aku yang lalu, ade laa sorang member nie nak fefeeling dan tacink-tacink sebab aku tak mentioned beliau. Oleh yang demikian, aku nukilkan jua satu mahakarya demi menjaga hati member. Tambahan pula, aku pun selalu kekeringan idea ibarat padang pasir yang tandus. Since sudah diberi idea, maka aku bercadang untuk bina pasar gelap disitu. Aku refer entri nie lah maknanya... faham?. Kalau aku kata aku bina shopping kompleks mahupun menara 80 tingkat, bunyi nya sungguh gay dan terasa geli-geli dicelah ketiak. Ibarat Taj Mahal yang dibina oleh (tolong letak nama beliau disini sebab aku dah lupa namanya) demi untuk melambangkan cintanya pada isterinya yang lagi mencinta dan dicintai. Lagipula, kalau member lain baca pun akan menimbulkan hairan serta syak wasangka dalam diri mereka berkenaan hubungan kitorang. Jadi untuk mengelakkan hal sebegitu itu, reference "pasar gelap" itu memadailah rasanya... kot.


Nama tak payah bagitahulah. Dia ini lebih mesra dikenali sebagai "Own". Ada ceritanya kenapa dia diberi gelaran sedemikian rupa. Dari kajian tempatan yang telah dijalankan, ada dua versi kepada cerita tersebut. Tapi sekarang sorry lah, aku malas nak cerita. Hahah. Sangat banyak konflik, plot-twist, drama, suspen dan tak lupa juga aksi ngeri akan kisahnya. Aksi diranjang 18 tahun ke atas sahaja tiada (luckily). Kalau aku cerita, surely sama-sama peninglah kepala kita nak memahamnya. Lantaran itu, aku tak ceritalah. Okay? mohon insan yang dicerita ini tak lah berkecil hati disebabakan hal ini. Pundeyk lah sikit-sikit nak merajuk. Takkan lah sampai nak merajuk, kan? kan ker tak kan? ahhh sudahhh.

Berbadan sasa bagai beruang, berambut separa-ikal, berjanggut sejemput didagu, itulah dia. Maaf kalau perlambangan yang aku guna agak level metafora. Disebalik lagaknya seperti seorang nigga yang sesat ditanah borneo, didalam hatinya ada taman permainan. Karnival permainan to be precised. Menyayangi kanak-kanak, gemar menanam bunga-bungaan, boleh hidup sendiri walau dalam keadaan yang paling survival punya level, pendek cerita, memiliki ciri-ciri lelaki idaman didalam hati kecil para gadis-gadis yang sedang mencari calon suami. Dia single mingle and still available. Yes adalah jawapannya, jika ada gadis yang hopeless romantic sedang membaca entri ini.

Dia juga sangat menghormati orang tua, dan jenis yang happy go lucky. Bila kau pandang dia, macam belum pernah tempuh krisis atau masalah hidup, tapi percayalah... dia tak tunjuk pada semua orang. Haa.. tang tu dia memang jenis yang simpan untuk diri sendiri sebab dia tahu kalau cerita pun, bukan orang boleh buat apa. Betul, tapi ada kalanya ada jugak dia share. Tengok keadaanlah. Sebelum itu, jangan salah faham buat masa ini sebab kitorang bukanlah gay. Only buddies that used to hangout. Bukan aku seorang sahaja buddies beliau, yang lain banyak lagi cuma kekangan masa dan kerja sahaja yang membuatkan sukar untuk hangout seperti dulu. Since aku currently penanam anggur, sebab tu laa dia mudah nak lepak dengam aku.

Apa lagi aku nak cerita ek?

Aktiviti kitorang bila lepak? gossip (macam kaum hawa pulak). Hahah. Takdelah. Biasanya melepak sambil merokok. Maaf ye kepada gadis-gadis yang tak suka kepada perokok, kalau berkenan boleh ubah hati dia apa. Hahah. Kalau tak, layan kareoke sejam dua. Takpun menDoTA di cyber cafe berdekatan. Itulah secara ringkas aktiviti kitorang. Nak cerita detail, tak payahlah rasanya. Kau gila aku nak cerita semua?

Dahlah. Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi. Nanti kena bash pulak sebab salah dalam memberi fakta. Sebelum aku mengakhiri entri kali ini, biar aku tepek wajah happy go lucky belaiu untuk tatapan korang semua. Aku dah mintak izin dan dia kata okay kalau nak tepek gambar. Don't expect too much. Aku nak kabo yang dia nie sikit jer kurang hensem dari Adiputra. Percayalah korang semua. Tolonglah.

Tak percaya? nilaikan sendiri...

Khamis, 16 April 2015

Kawal Diri

Silap aku jugak senanya

Awal pagi lagi dah bikin panas. Ada seekor mat rempit terlepas disini. Aku baru nak turun kerja, jadi sakit hati pulak dibuatnya. Memula tu aku tak kisah dia pecut. Bagila dia pecut, dia lagi super-power hebat lagi da boom dari aku kott.

Tak cukup dengan itu, dia memain pulak kat jalan besar. Sengaja mengapi-apikan aku yang cuba menenangkan diri dan berlagak cool dipagi hari. Sungguh, hilang kemachoan aku bila diperlakukan sedemikian rupa.

Disaat ini, nilai-nilai kejantanan aku mula tercabar. Aku bukan rempit, tapi time-time "gila", aku memang suka memecut dijalanan. Tak serik dengan kejadian eksiden beberapa bulan yang lalu gamaknya. Ini memang aku tak nafikan. Adakalanya aku memang menggila bila dah menunggang motor. Sebagai contoh, kejadian pagi tadi.

Bilamana dah jadi macam tu, aku yang pissed-off tak tertahan dan tak dapat kawal diri, mula memecut mengejar budak hingusan tu. Dia ingat ceruk mana dia cilok, aku tak boleh nak kejar. Malangnya, mode aku masa tu dah mula menggila bersama. Penuh thrill tapi bila kesedaran mula menerpa, memang aku tak suka dan kadang-kala membenci diri sendiri sebab bersikap sebegitu. Tapi itulah.. kesedaran tu takkan datang bila aku tengah syok menunggang. Betul! tak tipu.

Sedar tak sedar, dah nak sampai ke tempat kerja aku pun. Budak tu dah kali ke-berapa ratus asyik toleh ke belakang (eceyy~ macam riak laa pulak sebab berlagak hebat. Puii la kat diri sendiri) sebab nak tengok aku tinggal jaoh mana. Padahal aku beberapa inci (sekali lagi berlagak) belakang dia. Last-last aku biarkan dia kat depan even aku dah boleh potong. Nak kata tipu, tayar depan aku boleh sentuh tayar belakang motor dia. Cuak atau tak, aku cukup terharu dan bangga sebab boleh buat dia toleh banyak kali (hishh. Ni kena istighfar ratus kali ni, belagak kemain).

Dah lah. Ingat balik pun tak guna. Menang lumba tadi pun bukan dapat duit. Akhirnya kitorang split sebab aku nak gi opis, die pun mungkin turun keje agaknya. Tapi, terima kaseh kat dia sebab kalau die takde, takdenya aku nak sampai opis secepat itu. Hahah

Okay, cukuplah sampai sini. Saje nak apdet entri. Ciao!

Khamis, 31 Oktober 2013

Persiapan musim depan

Perghh! semalam guwa ada dengar satu berita hangat. Bukan rumors lagi mahupun kabar angin. Ini dah disahkan sohih. Kabo nye pasukan Sarawak FA beli bekas kapten pasukan Bayer Leverkusen, Manuel Friedrich. Berusia 34 tahun. Player berprofil tinggi. Hensem dari Guy Bwele. Defender terbaik yang kononnya pernah "perang" dengan Messi, Alexis Sanchez, Miroslave Klose, Gerard Muller dan banyak lagi lah bintang-bintang kejora dari kelab gergasi. Dengarnya Friedrich masok Bwele keluar sebab limit kuota. Tara pa. Haritu Bwele main pun banyak bola lepas. Mengantuk mungkin. Tapi, nak kutuk lebih-lebih pun tak boleh. Bwele pun dah sama-sama membantu angkat pasukan Sarawak FA nih. Syabas diucapkan buat G. Bwele dan guwa harap beliau tabah.

Friedrich sebelah kanan. Abaikan pemain sebelah kiri tu. Tak penting. Sumber gambar, Pesbuk.

Selain M. Friedrich, ada 7 orang lagi yang bakal memantapkan barisan pasukan musim yang akan datang. Tadi guwa ada salin dari pesbuk. Jap ah, guwa lekat kat bawah ni.

1. Rashid Aya (Johor FA)
2. Reeshafiq Alwi (PKNS)
3. Mohd Lot Abu Hassan (PKNS)
4. Mohd. Fadzley Abd Rahim (Pos Mal)
5. Rison Ak Laes (Piala Presiden)
6. Morris Jagan (Marr SC)
7. Manuel Friedrich (B.Levekusen)
8. Paul Sambang (SEG Fc)

Lepas ni guwa pakat nak sapot Sarawak FA macam guwa sapot Menyu. Bukan setakat sapot bila menang dan bila kalah, mula la nak caci maki hina dina perli merli. Sikit-sikit dah ahh (ehhh???). Walaupun Menyu sekarang ditangga ke-8, guwa masih berharap dan percaya dekat Moyes. Guwa yakin Moyes mampu bawa Menyu ke pangkal jalan. Jadi champion mungkin agak mustahil tapi cukup la sekadar balik masok top four. Atleast kurang la sikit kata-kata nista dan suara-suara sumbang yang sangat gumbira bila Menyu tumbang. Peh! guwa pun sembangggg ahhh. Cakap sudah macam Ajibbb ahhh. Manyak sengattddd ahhh. Okayyy ahhh. Byee ahhh.

Khamis, 26 September 2013

Spesis buah nok lamak sik ditemu...

Entri kali ni dalam bahasa sarawak. Kalau yang tak faham tu, guwa harap sila rujuk budak-budak sarawak terdekat. Takpun beli kamus bm-bm serawak. Ader ker? ikut suka guwa jer nak kata apa kan? huu~

Okay, memandangkan aku sekpat tido lam van towk and aku malas nak micro-blogging thru twitter, sebab ramey follower lom masok TL, jadi aku polah sigek entri sitok. Saja nak buang boring mukak topik towk. Mun asa mok share pa-pa, silakan jak komen diruangan komen debah ya. Boleh?

Sebelum aku start, terlebih dolok aku mok mintak maap. Sorry sekda gamba. Sebab aku apdet makey blogger-droid lam hempon. Mok ngkah gamba ku pun, ingga torang nangga lak. Mena sik?


Bok jak tadik, Cats.FM pasang lagu ST-12 - Putih Putih Melati. Time ya aku teringat sapa insan nama Melati yang aku pernah kenal. Sekda. Eh, ada tapi sik rapeh gilak. Jarang bha orang da nama Melati nektowk. Camya juak Melur sikpun Rogayah. Aku ada sorang kawan nama Cempaka. Ya nang klasik lah namanya. Eh, pa cita ku towk? bukan mok cita sal Melati. Adoh adoh, awal-awal dah langgar beam jalan. Da masok laut pastowk. Heh!

Sebenarnya aku mok cita sal delima. Lam lagu ya nakkah daknya nyanyi "merah-merah delima". Aku try imagine objek apa kah yang bernama delima ya. Benda nok terlintas lam palak utak ku buah delima ya jak. Bila piker-piker balit, sies lamak dah ku sik tangga buah ya. Masih ujud kah nya? sapa boleh confirmkan benda towk? dolok salu jak tangga kat belakang umah lamak (before pindah lokk) sebab belakang umah da pokok delima ya. Rasanya manis-manis kadang masam. Nya macam berbijik kurang lebih limo laa. Kaler isiknya merah. Kaler buah ya pa, oren kah? sik ingat ku.

Ya la ku eran pahal nektowk sekda gik tangga buah ya oww? sik itok kah torang? kaa aku jak lamak sik nemu benda ya?

Sigek gik buah nok ku lamak dah sik temu adalah buah ceramey. Aku sik tauk pa proper name buah ya. "Ong seramai" kah nama benda ya lam bahasa bintulu. Aok, aku orang bintulu, ko pahal? torang orang siney? yah, alu berjejak kasih sitok. Nang apa lahhh. Buah ceramey ya lok member ku salu bekal gi skolah. Seplastik besa dibekal nya. Sukati mekorang nak ngentam jak pey kit perut. Biasa lok mekorang makan buah ya campo ngan gulabatu "Pagoda" nok segiempat kecik ya. Makan 2-3 bijik gulabatu ya pasya gigit buah ceramey. Asanya nang pelik padah kawu tapi nyaman sik terdescribe ku gik. Kedak pa jak upa mekorang makan ya. Mun member-member ku lok baca entri towk, mesti KLMJ daknya. Aku pun dah KLMJ towk. Bahahahah.

Tapi ya lah, ney ndak tuju buah ya gik. Sekda gik ku temu. Biasa orang polah jerok nak buah ya? ngkah lam balang. Mekorang sik. Makan mentah kedak ya jak. Best sik, best sik? buah belimbing pun dah lamak sik bertemu. Tapi aku percayak, belimbing masih ujud nektowk. Belimbing sapa sik kenal harus dijolok buridnya k batang penyapu. Nakpa nama buah belimbing sik dikenal. Heh!

Ok lah. Panjang gilak dah entri towk. Mun rajin, komen la kat debah ya. Pat juak kita berkongsi rasa tek nak. Mok juak tauk pa respon torang ngan entri towk. Fes tyme towk molah entri bahasa serawak. Cam best juak ho.

Ok lah, till next time.

Ciao!

P/S: Gerek ku majuk tegal aku tetido malam tadik. Sik sempat bercalling. Giney towk? :O
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...