Semalam aku tak hadpet entri. Bukan takde idea, tapi gara-gara nak buat entri khas, ayat power, kaw-kaw punya. End up, dua entri aku separuh jalan, tak jugak menjadi nak dipublishkan. Hangat-hangat tahi ayam, hangat lagi tahi entri aku. Semalam punya date special bagi aku, kau tahu? itu pasal laa nak bikin satu entri khas yang power. Lagi power dari Power Ranger, tapi... tak menjadi pulakk. Nampak sangat kurang power nih.
Aku malaslah nak straightforward, biar aku sekadar mencakar permukaan (scratch the surface) jerr. Apa benda yang special tak payah lah tanya, biar ku simpan dalam lembaran hatikoo ini. Mana yang tahu dan faham tu, tahu lah.
*Termenung dua saat. Seiringan itu lagu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif turut dimainkan*
Boleh tersenyum sendiri jugak aku dibuatnya. Macam mana pantasnya masa berlalu sehinggakan ±1461 hari boleh berlalu begitu sahaja. Segala episod suka dan duka turut diadun bersama. Bermula dari seutas komen di Muka Buku, kemudian beralih ke ruang chatting, bermastautin ke mesej dan seterusnya menetap dipanggilan telefon. Hahah. Kelakar rasanya bila ingat semula. Namun, disatu sudut hati, sudut yang paling deep, aku merasa gembira dan lega kerana ianya terjadi/berlaku. Kalau tak, dah tentu ±1461 hari aku yang lalu end up dengan cara yang berbeza. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan. Aku tahu, kau faham, dia mengerti, kalian yang lain blurr kepada siapa terima kasih itu aku tujukan. Sekali lagi, tak perlulah bertanya (macam laa korang hingin sangat nak tanya sampai aku perku nak ulang-ulang ingatkan pasal tu, kan? kan? kan??).
Satu tarikh yang mungkin sukar aku nak lupa kerana ianya terasa bermakna. Adakah ianya sekadar suka-suka mahupun sandiwara dunia, tiada siapa boleh kata apa. Aku gembira kernanya. Aku tak nak lupa, kalau aku bisa. Aku dah semacam gila sebab mungkin hanya aku saja yang merasakannya. Tapi aku harap dia pun sama. Kau pun nak juga? ikut kau lah, kau punya suka. Aku tak halang apa-apa.
Lain kali aku update lagi. Maaf lah kalau entri kali ni tak banyak isi. Aku lagi tertekan selagi mana entri tidak aku kemaskini. Lebih-lebih lagi mengenai apa yang aku nak cerita tadi. Aku faham, kau tak mungkin boleh selam dalam lagi. Sebab aku cuma cakar permukaan tak sampai pun satu inci. Oleh itu aku berhenti kat sini dulu dan sehingga kita berjumpa lagi... lain punya entri... nanti-nantilah aku kemaskini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan