Anotha dedicated post. Abeh aa lepas nie sume nak dedicated post jugakk. Abeh aaahhhh.
Berikutan dengan post aku yang lalu, ade laa sorang member nie nak fefeeling dan tacink-tacink sebab aku tak mentioned beliau. Oleh yang demikian, aku nukilkan jua satu mahakarya demi menjaga hati member. Tambahan pula, aku pun selalu kekeringan idea ibarat padang pasir yang tandus. Since sudah diberi idea, maka aku bercadang untuk bina pasar gelap disitu. Aku refer entri nie lah maknanya... faham?. Kalau aku kata aku bina shopping kompleks mahupun menara 80 tingkat, bunyi nya sungguh gay dan terasa geli-geli dicelah ketiak. Ibarat Taj Mahal yang dibina oleh (tolong letak nama beliau disini sebab aku dah lupa namanya) demi untuk melambangkan cintanya pada isterinya yang lagi mencinta dan dicintai. Lagipula, kalau member lain baca pun akan menimbulkan hairan serta syak wasangka dalam diri mereka berkenaan hubungan kitorang. Jadi untuk mengelakkan hal sebegitu itu, reference "pasar gelap" itu memadailah rasanya... kot.
Nama tak payah bagitahulah. Dia ini lebih mesra dikenali sebagai "Own". Ada ceritanya kenapa dia diberi gelaran sedemikian rupa. Dari kajian tempatan yang telah dijalankan, ada dua versi kepada cerita tersebut. Tapi sekarang sorry lah, aku malas nak cerita. Hahah. Sangat banyak konflik, plot-twist, drama, suspen dan tak lupa juga aksi ngeri akan kisahnya. Aksi diranjang 18 tahun ke atas sahaja tiada (luckily). Kalau aku cerita, surely sama-sama peninglah kepala kita nak memahamnya. Lantaran itu, aku tak ceritalah. Okay? mohon insan yang dicerita ini tak lah berkecil hati disebabakan hal ini. Pundeyk lah sikit-sikit nak merajuk. Takkan lah sampai nak merajuk, kan? kan ker tak kan? ahhh sudahhh.
Berbadan sasa bagai beruang, berambut separa-ikal, berjanggut sejemput didagu, itulah dia. Maaf kalau perlambangan yang aku guna agak level metafora. Disebalik lagaknya seperti seorang nigga yang sesat ditanah borneo, didalam hatinya ada taman permainan. Karnival permainan to be precised. Menyayangi kanak-kanak, gemar menanam bunga-bungaan, boleh hidup sendiri walau dalam keadaan yang paling survival punya level, pendek cerita, memiliki ciri-ciri lelaki idaman didalam hati kecil para gadis-gadis yang sedang mencari calon suami. Dia single mingle and still available. Yes adalah jawapannya, jika ada gadis yang hopeless romantic sedang membaca entri ini.
Dia juga sangat menghormati orang tua, dan jenis yang happy go lucky. Bila kau pandang dia, macam belum pernah tempuh krisis atau masalah hidup, tapi percayalah... dia tak tunjuk pada semua orang. Haa.. tang tu dia memang jenis yang simpan untuk diri sendiri sebab dia tahu kalau cerita pun, bukan orang boleh buat apa. Betul, tapi ada kalanya ada jugak dia share. Tengok keadaanlah. Sebelum itu, jangan salah faham buat masa ini sebab kitorang bukanlah gay. Only buddies that used to hangout. Bukan aku seorang sahaja buddies beliau, yang lain banyak lagi cuma kekangan masa dan kerja sahaja yang membuatkan sukar untuk hangout seperti dulu. Since aku currently penanam anggur, sebab tu laa dia mudah nak lepak dengam aku.
Apa lagi aku nak cerita ek?
Aktiviti kitorang bila lepak? gossip (macam kaum hawa pulak). Hahah. Takdelah. Biasanya melepak sambil merokok. Maaf ye kepada gadis-gadis yang tak suka kepada perokok, kalau berkenan boleh ubah hati dia apa. Hahah. Kalau tak, layan kareoke sejam dua. Takpun menDoTA di cyber cafe berdekatan. Itulah secara ringkas aktiviti kitorang. Nak cerita detail, tak payahlah rasanya. Kau gila aku nak cerita semua?
Dahlah. Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi. Nanti kena bash pulak sebab salah dalam memberi fakta. Sebelum aku mengakhiri entri kali ini, biar aku tepek wajah happy go lucky belaiu untuk tatapan korang semua. Aku dah mintak izin dan dia kata okay kalau nak tepek gambar. Don't expect too much. Aku nak kabo yang dia nie sikit jer kurang hensem dari Adiputra. Percayalah korang semua. Tolonglah.
Tak percaya? nilaikan sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan