Memaparkan catatan dengan label KLMJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KLMJ. Papar semua catatan

Khamis, 20 Julai 2017

Best friend

Best friend atau kawan karib, kawan akrab, sohabat, teman sejati dan yabg seangkatan dengannya lah. Aku yakin ramai atau as matter of fact semua dari kita (atleast yang baca entri nie) ada best friend kita sendiri. Mungkin hanya 1% ~ 2% sahaja yang tidak pernah ada best friend mereka sendiri. Okay, statistik itu aku sendiri yang reka. Itu tidak benar namun hanya wujud sekadar untuk tidak menafikan kemungkinan tersebut. Yeah, am I right? no? okay whatever.

Apa definisi best friend sebenarnya? bagi aku soalan ini subjektif, pretty much retorik. Hahah. Okay, okay, serious sh*t, as for me best friend boleh didefinisikan sebagai kawan yang rapat, always support each other no matter what happen, yang hanya bila dikalangan dieorang, korang pun mula jadik macam bunch of monkeys. Yes, kera, monyet, gorilla dan yang seerti dengannya. King kong pun boleh. One thing yang aku nak point out is, regardless of how long korang and your best friend "out of touch" because of you know, life, but best friend would always be best friend. Ini serius aku bagitau sebab this is how I see it. From my point of view laa.

Normally for me, for those friend yang dah lama aku tak hangout with, orang tu memang masuk dalam outer circle, maksud aku kelompok kengkawan yang macam bulan Syawal dimana menjelma setahun sekali sahaja. Heck, me myself sometime or to some people are that kind of friend. No offense and I'm not offended, seriously. That is how I USED to see it, ini jujur. Tapi sebenarnya... hakikatnya... realitinya... tak!

Okay, sekarang mungkin aku nampak bagai memalukan diri sendiri tapi ini aku terima sebagai satu kesilapan. Aku yang silap menilai. Once kau rasa kau dalam certain circle dan kau always nak dalam circle tersebut and frankly kau tanak circle tersebut vanish or faded macam tu jer, that is the moment kau tengah bonding your wolf-pack. Tak percaya? tak apa sebab I wish one day korang yabg disbelieve upon this would someday appreciate it and would never ever forgets it as how it does to me. Seriously, betol.

Okay, aku pendekkan cerita one day member aku mintak tolong aku edarkan jemputan majlis beliau. Heheh. Speaking of that, makin ramai antara member aku yang dah mendirikan masjid. Aku pun tak tahu aku bila lagi. Sedang mengumpul dana lah hendaknya (kunon!). Okay, that's put aside so by then me and my family were actually baru selesai memberi penghormatan terakhir to this one special chinese family that night(this one quite close to us to our dear heart, as for me my ownself aku might be regret kalau aku tak join my other family member that night). So, then once we were home, this one bro of mine mintak tolong. Honestly, I normally would decline but that is what I said when your bruh is calling you will find yourself end up giving him favor. Somehow, without hesitating, aku accept. Aside of what happened that day, one thing yang aku pegang is what has gone, let it go and one more thing, this one bruh bukan ajak chill lepak² buang masa, but actually sedang in desperate need of help (although "desperate" sound over-exxagarated but yeah. Hahah). So later on he picked me up.

Fewh! panjang gak karangan aku kali nie, still belom sampai point of the story. Erk?!

Nak dijadikan cerita, because this one bro jenis yang membantu orang lain like a lot, somehow someone that he helped not long before (by then, masa tu arr) offers to help us which is mengagihkan kad jemputan tersebut. Wise to say, our deal were made. Kerja kitorang settle in matter of less than an hour. We both sempat laa experiencing some experience of menghantar kad jemputan dari rumah ke rumah before berjumpa dengan that one good guy. Heheh.

So for the rest of time, this best friend of mine ajak minum. We both end up went to same spot which is few weeks before with one of our best friend pun datang situ nak minum gak. But that night just two of us. Memula I find it awkward, I believe this bro feeling the same but not till we went down to memory lane. Lepas tu #KLMJ and like tonnes of things we talked like for an hour (I guess but seems longer, maybe two hours). You wont believe it but bila lepak dengan your own best friend, that amount of time, seems like 5 minutes of masa rehat disekolah. Oh yeah, we met at school. Not just two of us, I would say we were like 4-5 guys considering ourselves "best friend". Heheh. Seriously masa lepak tu kau rasa macam kau balik ke zaman sekolah. Spend masa be it in class atau masa rehat atau masa balik dari sekolah talking almost about crap. About nothing tapi dengan penuh hujah and so on. Know what I'm saying? yeah, right.

So yeah, that is some bit of that. Sorry aku tak mention nama. Those bruh-bruh yang accidentally terbaca entry nie for sure wouldn know. Hahah. Nie belom aku masokkan lagi bro-bro zaman sekolah teknik and yang dari Politeknik lagi. Hahah. Sorry guys, tak sempat. Maybe next time alright.

Okay then. Later ya'll. Bye! assalamualaikummm. Ciao! ✌😉

Ahad, 8 Disember 2013

Mulut bau arak...

Aku jenis yang boleh nak open-minded especially bila ada orang yang open dulu terhadap aku. Aku dan kau akan okay as long as kita respek sesama sendiri dan tak melanggar hak serta mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. Respek, itu yang penting.

Aku ada member non-muslim. Non-muslim tak ada larangan untuk meminum arak sepertimana muslim muslimat semua ditegah (bahkan ada yang muslim tapi minum jugak. -.-"). Tapi dieorang tahu batas dan apa yang aku boleh makan/minum dan faham keadaan aku. Aku kira beruntung ada member macam tu. Bukannya jenis yang "aku minum relax jer, kau pun try la weyy". Spesis macam ni, kalau boleh dia nak tengok satu dunia pun ikut buat apa yang dia buat. Harap kita tak ada member macam ni. Kalau ada, sila ambil precaution.

Cuma, aku kurang respek (lama-lama boleh hilang respek aku) bilamana ada orang yang waktu bekerja pun dia minum. Kemaruk sangat ker apa? tak boleh tunggu malam ker? nak-nak lagi lepas tu kena berurusan dengan orang lain. Takkan nak guna bahasa isyarat, kan? kena juga buka mulut. Tapi... hanya Tuhan yang tahu. Mulut berbau arak dan buat orang lain rasa tak senang. Dah tu pipi kaler merah jambu. Haduiii~ korang nak hadap ker orang macam ni?

Tetiba teringat pulak masa zaman lepas SPM dulu. Masa tu memang innocent la aku. Bau arak pun tak kenal. Aku kerja sebagai cashier kat station pam minyak. Masa tu malam, pukul 7 lebih macam tu kalau tak silap. Ada sorang lelaki masuk ke dalam, tengah cari barang. Baju selekeh, aku expect mesti kerja dekat workshop. Nampak kesan minyak kat lengan serta kat baju dan seluar. Masa dia nak bayar, aku perasan la ada bau yang pelik. Aku tak tau apa-apa, tercari-cari mana datang bau tu.

Mamat tu pulak, tak cukup dengan mabuk, nak berlagak pulak. Masa tu duit dia bagi note kertas RM1, banyak. Mungkin dalam RM7 ada laa. Dah tu pulak duit tu buruk. Aku okay jer nak terima except ada satu tu yang macam dah koyak terbahagi dua tapi ada selotape yang menyatukan kertas tersebut. Aku reject laa duit tu. Aku mintak duit lain. Mamat tu dah high, dia gertak nak pukul aku. Aku nak kata berani sangat tu tak aa, tapi bila dicabar, mau tak panas jugak hati ni. Aku lawan la balik cakap dia. Aku kata kalau tak nak tukar duit, dia kena pulangkan salah satu dari barang yang dia ambik tadi. Masa tu suasana dah tegang. Aku rasa semua orang fokus kat kitorang berdua.

Disebabkan takut keadaan menjadi bertambah buruk, last-last supervisor (perempuan) kitorang suruh terima jer duit tu. Yang penting dia blah dari situ. Aku pun bengang aa. Mana fair macam tu. Lepas tu, supervisor tu tanya aku, "kau tak perasan ker mulut dia bau arak? dia tengah mabuk tu". Lepas tu, aku pun macam "oh ye ke? sorry~ tak tahu pun". Hahah. Cilake.

Sampai sekarang aku tak suka dengan bau tu. Sebab tu bila company ada buat party or celebration, aku berat hati nak attend. Sebab aku tau, memang akan ada air tu punya. Nanti tak syok la tengok dieorang mabuk. Dieorang pun rasa tak syok sebab aku tak minum sama. Thats why aku prefer tak nak pergi. Last time, ada sekali jer aku attend. Tu pun aku rasa gelisah dan tak selesa. Dieorang bila dah minum, high, memang personaliti pusing 360° laa.

P/S: Kalau aku dengan Miss S minum kopi susu, kitorang jadi aktif dan talkative. Adakah itu suatu kesalahan? :O

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 22 November 2013

Handphone pt. 1

Masih ingat lagi tak handphone apa yang pertama kali dan yang pernah korang guna, dan bila? sekali sekala KLMJ nie tak salahkan? kali nie aku nak share handphone yang pernah aku guna (ni kira yang mula-mula aku guna) sebelum nie.

Kita kena kembali ke zaman pasca SPM aku. Masa tu tahun 2007, baru aku merasa ada telefon mudah-alih sendiri. Model yang pertama kali aku miliki adalah Nokia 6020. Simple tapi punyai features yang aku suka. Handphone tu adalah pemberian (diulangi PEMBERIAN okay) dari parents aku sebab aku dah berjaya melepasi alam persekolahan (WTF?!). Sebenarnya, aku yang merayu-rayu mintak sebijik handphone. Heheh. So, Nokia 6020, ada kamera VGA, dilengkapi sistem infra merah dan ada radio. Kalau compare masa tu dengan masa sekarang, memang tak dipandang la handphone tu. Tapi serius, bila dah ada phone aku jadi BBNU dan asyik snap snap gambar takpun tangkap video. Zaman tu girlfriend pun tak ada dan nak cari seorang girlfriend pun aku tak reti. So, takde la SMS, MMS ni semua. Kecuali texting among kawan-kawan dan family jer.

Then, after few months (rasanya dalam 2-3 bulan) aku bertekad nak tukar handphone baru. Kalau tak silap masa tu sistem bluetooth dah ada dan aku jadi gatal nak ada phone yang built-in dengan bluetooth. Aku discuss dengan parents aku (kena marah siott sebab reason tak solid) dan after few tries of negotiation akhirnya aku berjaya. Mak cik aku sendiri yang sanggup beli phone aku dengan harga aku sendiri yang decide. Aku tak la letak harga yang terlalu tinggi and quite reasonable la price yang aku tawarkan. Cukup untuk aku beli phone yang aku target tu, Motorola L6. Cuma yang mistake nya masa tu, Motorola L7 keluar (beberapa bulan kemudian). Siott. Motorola L6, cover steel. Bila bukak cover belakang dan cover tu jatuh atas lantai, bunyi macam sudu jatuh. Sies. Yang bestnya masa tu L6 ada bluetooth. Boleh la bluetooth lagu, gambar, video and so on. Kamera kurang lebih jer dengan Nokia sebelum ni. Tak banyak features yang beza dengan Nokia 6020. Cuma size handphone lagi besar.

Motorola L6 tu pun aku tak pakai lama. Sejak aku dah mula bekerja (boleh rujuk SINI) aku mula perasan yang aku dah ada duit. Bila berduit ni, aku mula la plan nak beli phone yang dah lama aku aim, N-GAGE QD. Untuk ni, special sikit sebab walau takde kamera, tiada port untuk sambung ke PC dan bluetooth yang bapakkk sloww, no hal. "Guwa watlek jer" heheh. Aku dah lama aim phone ni. Reason? tak lain tak bukan sebab nak main game laa. Dulu gila nak phone ni dan akhirnya dapat gak aku beli. Walau second hand, aku tetap puas hati sebab phone ni aku dah lama aim, phone baru pakai 2 bulan dan yang penting, phone ni aku beli dengan duit aku sendiri (tak perlu jual L6). Sayang sangat aku dengan phone ni dulu. Main game sampai tak henggatt. Sampai phone panas. Takpun sampai kepala pening sebab asyik fokus tengok skrin phone yang tak la besar mana. Game favourite aku dulu, Tom Clancy's Ghost Recon, The Sims (aku dah lupa nama) dan ONE (game ala-ala Tekken). Ada gak game lain tapi kurengg la layann.

Okay. Aku berhenti setakat ni dulu. Nanti kalau aku cerita semua, panjang sangat dan nampak bosan nak baca. Next time aku update lagi sambungan entri ni. Apa jadi dengan N-GAGE QD & Motorola L6 aku tu? stay tuned (cewahh!!).

Bye!

P/S: Senanya aku nak buat entri penuh sampai phone yang latest aku guna, tapi tak jadi sebab terlalu panjang. Heheh.

*Pic credit to GSMArena.com

Khamis, 26 September 2013

Spesis buah nok lamak sik ditemu...

Entri kali ni dalam bahasa sarawak. Kalau yang tak faham tu, guwa harap sila rujuk budak-budak sarawak terdekat. Takpun beli kamus bm-bm serawak. Ader ker? ikut suka guwa jer nak kata apa kan? huu~

Okay, memandangkan aku sekpat tido lam van towk and aku malas nak micro-blogging thru twitter, sebab ramey follower lom masok TL, jadi aku polah sigek entri sitok. Saja nak buang boring mukak topik towk. Mun asa mok share pa-pa, silakan jak komen diruangan komen debah ya. Boleh?

Sebelum aku start, terlebih dolok aku mok mintak maap. Sorry sekda gamba. Sebab aku apdet makey blogger-droid lam hempon. Mok ngkah gamba ku pun, ingga torang nangga lak. Mena sik?


Bok jak tadik, Cats.FM pasang lagu ST-12 - Putih Putih Melati. Time ya aku teringat sapa insan nama Melati yang aku pernah kenal. Sekda. Eh, ada tapi sik rapeh gilak. Jarang bha orang da nama Melati nektowk. Camya juak Melur sikpun Rogayah. Aku ada sorang kawan nama Cempaka. Ya nang klasik lah namanya. Eh, pa cita ku towk? bukan mok cita sal Melati. Adoh adoh, awal-awal dah langgar beam jalan. Da masok laut pastowk. Heh!

Sebenarnya aku mok cita sal delima. Lam lagu ya nakkah daknya nyanyi "merah-merah delima". Aku try imagine objek apa kah yang bernama delima ya. Benda nok terlintas lam palak utak ku buah delima ya jak. Bila piker-piker balit, sies lamak dah ku sik tangga buah ya. Masih ujud kah nya? sapa boleh confirmkan benda towk? dolok salu jak tangga kat belakang umah lamak (before pindah lokk) sebab belakang umah da pokok delima ya. Rasanya manis-manis kadang masam. Nya macam berbijik kurang lebih limo laa. Kaler isiknya merah. Kaler buah ya pa, oren kah? sik ingat ku.

Ya la ku eran pahal nektowk sekda gik tangga buah ya oww? sik itok kah torang? kaa aku jak lamak sik nemu benda ya?

Sigek gik buah nok ku lamak dah sik temu adalah buah ceramey. Aku sik tauk pa proper name buah ya. "Ong seramai" kah nama benda ya lam bahasa bintulu. Aok, aku orang bintulu, ko pahal? torang orang siney? yah, alu berjejak kasih sitok. Nang apa lahhh. Buah ceramey ya lok member ku salu bekal gi skolah. Seplastik besa dibekal nya. Sukati mekorang nak ngentam jak pey kit perut. Biasa lok mekorang makan buah ya campo ngan gulabatu "Pagoda" nok segiempat kecik ya. Makan 2-3 bijik gulabatu ya pasya gigit buah ceramey. Asanya nang pelik padah kawu tapi nyaman sik terdescribe ku gik. Kedak pa jak upa mekorang makan ya. Mun member-member ku lok baca entri towk, mesti KLMJ daknya. Aku pun dah KLMJ towk. Bahahahah.

Tapi ya lah, ney ndak tuju buah ya gik. Sekda gik ku temu. Biasa orang polah jerok nak buah ya? ngkah lam balang. Mekorang sik. Makan mentah kedak ya jak. Best sik, best sik? buah belimbing pun dah lamak sik bertemu. Tapi aku percayak, belimbing masih ujud nektowk. Belimbing sapa sik kenal harus dijolok buridnya k batang penyapu. Nakpa nama buah belimbing sik dikenal. Heh!

Ok lah. Panjang gilak dah entri towk. Mun rajin, komen la kat debah ya. Pat juak kita berkongsi rasa tek nak. Mok juak tauk pa respon torang ngan entri towk. Fes tyme towk molah entri bahasa serawak. Cam best juak ho.

Ok lah, till next time.

Ciao!

P/S: Gerek ku majuk tegal aku tetido malam tadik. Sik sempat bercalling. Giney towk? :O
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 27 Oktober 2012

Aku mengidam...

Tajuk memang tak boleh nak dramatik lagi kan?

Sebelum itu, aku nak bagitau, aku tak pregnant ok. Dan aku masih lagi perawan. Keperawanan aku belum dicabul lagi. Opps! korang ingat bini korang jer yang pandai mengidam? aku pun pandai gak. Cuma kadang-kadang agak pelik sikit. Eh, ader ker orang mengidam normal? semua pelik kan? mak aku pernah citer, masa dia mengandungkan aku dulu, dia mengidam durian. Korang kan tahu dulu durian nie bermusim. Terpaksa laa bapak aku carikan durian. Hahah. Haduii~

Tapi kali nie, aku pulak mengidam. Dah ler mengidam yang bukan-bukan. Korang pun tahu kan, entri semalam aku ada citer yang aku demam. Aku rasa disebabkan demam tu laa lidah aku nie agak sensitip sikit. Ader jer benda yang die nak cari. Kalau tak layan, nanti merajuk pulakk.  So, nak tak nak, terpaksa laa aku turuti. Huhu~


Memula aku mengidam gula gula Sochews yang perisa strawberry. Entah macam mana, out of sudden aku boleh teringat dengan gula gula nie. Lepas tu lidah aku macam dapat rasa jer rasa gula gula tu. Nak tak nak, kene laa cari kan. Nasib baik dekat kedai runcit tak jauh dari rumah aku ada jual. Aku sogok anak buah aku, mintak dieorang tolong belikan. Susah jugak nak explain dengan dieorang. Aku siap lukis lagi dekat kertas plus mention nama gula-gula tu. Last-last jumpa gak. Cuma yang buat aku terperanjat boboi tu sebab kulit gula gula tu dah bertukar. Kaler hijau dengan gambar strawberry. Dulu kaler merah jer. Gula gula nie ada banyak perisa tapi aku prefer strawberry. Sampai mengidam ler pulakk. -.-'

Sekenli, aku mengidam laksa. Peh! petang petang pulakk tu. Mana pulak nak cari, kan? aku bawak Miss S sekali. Akceli, alasan jer tu. Sebenarnya nak jumpa Miss S. Hik3. Rindu aa. Semalam tak dapat jumpe. Aku demam. Kitorang pusing-pusing jalan-jalan cari makanan. Cari punya cari, tak gak jumpa jumpa. Sampai aku call member aku, tanya kat mana ada jual laksa yang sedap. Dia pun tak tahu gak. Huhu~ dah la kedai banyak tutup. Maybe sebab tengah mode raya kott. Akhirnya, dikala hampir nak give up, kitorang jumpa gak apa yang dicari. Really thanks to Miss S sebab ajak aku pergi sana. Plus, time tu aku sempat gak beli sim kad digi baru. Aku beli Digi Easy plan baru. Alaa, yang free call 24 jam tu. Tapi next time lah aku citer. Huhu~

Cakap pun tak guna kalau takde bahan bukti. Biar aku kemukan evidence sikit. Huhu~


Heheh. Again, aku nak ucapkan thank you dekat Miss S sebab sudi temankan aku tadi. Huu~ i really appreciate it. Lebiu~ eh eh? hik3.

Ok lah, nak sambung main twitter ah. Babai~ >.<


Ahad, 21 Oktober 2012

Kepada kanak-kanak zaman 90-an... ;)

Ok, seperti yang aku janji tadi. Aku ada something nak update. So, lets go straightforward. Aku tak nak biarkan korang menunggu ibarat melukut ditepi jamban, menunggu turn nak berak.

So, tadi aku on facebook seperti biasa. Baca update di news feed bagaikan membaca news paper di alaf baru. Ada satu update dari member aku yang membuatkan aku tertarik nak komen. Dia post satu gambar dan once aku tengok gambar tu, secara serta merta kenangan lalu mengusik jiwa. Jiwa yang suci macam aku nie lagikan terusik, apatah lagi korang. Eh, pepatah apa nie? macam tahi jer.

Kalau aku sebut nama nie, korang teringat something tak?

Jason, Billy, Zack, Kimberly dan Trini. Remember something? macam mana pulak dengan Tommy?

Sies korang tak tahu? korang lahir tahun bila?

Ahad, 14 Oktober 2012

Hobi lama...

Entri sebelum nie, aku ada cerita mengenai novel yang aku layan kan? dan sekarang, membaca novel merupakan hobi terkini aku. Oh ya, aku dah habis baca Kasino. Endingnya membuatkan aku rasa macam "Damn! menyesal aku tahan kentut dari semalam...". Tak nak cerita, korang nilaikan sendiri. Tahniah Saifullizan! novel tu memang menarik. Mohd Narcissus Yussof, nama pun dah bunyi macam narcissism. Ya, dia memang narcissism. Bahkan sebenarnya aku meluat dengan karekteristiknya. Serius! tapi dia hebat, pandai menawan wanita. Bila aku kata menawan, ianya sememangnya bermaksud 'menawan', literally.

Tak nak cerita panjang, korang bacalah sendiri. Nanti tak pasal-pasal aku spoil pulak. By the way, Ajewan minta aku review. Hurm. tengoklah nanti brada. Kalau aku rajin. Heheh. Aku tak janji ok. Sebab bila aku review, aku susah untuk tak menspoilkan cerita tersebut. Dengan kata lain, feel korang dah dicabul, tak virgin lagi. Korang nak ker? fikir-fikirkan lah.

Oh, sambil aku membaca novel tersebut aku juga buat kerja lain. Calling bersama Miss S, bermain The Sims 3 Supernatural (serius banyak lagi yang aku nak explore) dan melukis. Melukis? ya, melukis. Bukan melukis plan bangunan walaupun aku seorang draughtsman. Err... bakal draughtsman I must say. Besok aku mula kerja baru. Tempat yang sama tapi persekitaran baru. Eh, lupakan pasal itu. Bukan itu yang aku nak cerita.

Aku kata tadi aku melukiskan? ya, melukis nie sebenarnya merupakan hobi lama aku. Kalau dulu, pantang jumpa kertas puteh, aku akan cari pen atau pensel untuk aku lukis. Biasanya aku akan lukis muka orang. Orang mana? orang yang aku tak kenal laa. Mula-mula dulu, lukisan aku banyak dipengaruhi oleh karekter animasi Dragon Ball. Dari situ aku minat melukis. Even dari satu garisan yang random, aku boleh buat masterpiece. Masterpiece yang aku maksudkan adalah untuk level aku masa tu laa.

Lebih kurang macam nie laa sketch aku duluuu...

Aku ingat lagi dulu aku ada sebijik buku (buku latihan yang sederhana tebal) dan didalamnya penuh dengan sketch dan lukisan-lukisan aku. Dalam buku tu, boleh dikatakan hampir semua lukisan adalah karya masterpiece. Untuk pengetahuan korang, kualiti lukisan aku ada beberapa jenis. Jenis yang pertama, jenis buang boring. Yang nie biasanya lukisan agak huduh dan tak mementingan ketelitian. Janji aku gembira dan have fun, itulah motto yang aku pegang. Jenis yang kedua adalah lukisan yang orang minta aku lukis. Untuk jenis nie bercampur laa depend dengan apa yang dieorang minta. Kalau yang aku minat or suka, maka senang laa nak lukis. Tapi kalau benda yang remeh, leceh jadi huduh jugak sebab aku malas. Yes aku malas. The only reason why aku tak jadi pelukis profesional atau mangaka.

Nak jadi macam beliau, boleh? 

Jenis yang ketiga pula adalah jenis ditangan kanan aku ada pen @ pensel dan aku jatuh 'cinta' dengan pen tersebut. Perasaan kagum dan obsesi terhadap pen tersebut akhirnya mendorong aku melahirkan masterpiece. Jatuh cinta itu depend, sama ada dengan perasaan memegang pen @ pensel itu atau kualiti pen @ pensel tersebut. Kalau 'feel' itu datang, maka get ready lah. Masterpiece boleh aku hasilkan dimana-mana. Diatas kertas, permukaan meja sains, dinding kelas, buku teks mahupun dibalik kertas ujian. Semuanya boleh selagi pen @ pensel itu mampu mengukir garisan.

Sampai dinding pun aku kerjakan. Huh!

Tapi itu dulu... sekarang masih lagi aku gemar melukis namun agak jarang laa. Sebab tu masa aku layan Kasino, entah macam mana aku boleh terpegang pen. Nasib baik bukan buku Kasino yang menjadi tempat aku melunaskan nafsu. Kepala aku ligat mencari kertas, mataku juga meliar sama. Akhirnya kertas yang paling dekat aku rampas dan mula menconteng ibarat kuda kegersangan dan dah lama tak melampiaskan nafsunya.

Aku tak tahu sampai bila habit ini akan berakhir...

Ok lah, aku nak gi berak jap sambil membawa pen. Hopefully aku dapat conteng dinding jamban. Kalau tak, aku conteng atas tahi sendiri. Bye~

Ads : Plan yang menguntungkan?

Ahad, 30 September 2012

Apakah personaliti kamu?

Dulu, aku selalu main kuiz didalam fesbuk. Dikala itu aku selalu jer bosan sampaikan aku buka fesbuk hanya semata-mata nak main kuiz sahaja. Ada bermacam-macam kuiz dan rata-ratanya semuanya lucu. Sedangkan masa menjawab pun dah lucu apatah lagi masa baca result. Rasa nak berak dan mengalirkan air mata pun ada. Hik3. Kelakar ah.

Tapi itu fesbuk suatu ketika dahulu. Lepas tu fesbuk dah berubah, sangatt. Takde lagi kuiz yang gila-gila macam tu. Aku tak tau laa kalau masih ada tapi recently aplikasi fesbuk sangat annoying. "Berapa persen kacak kah kamu hari ini?", "berapa ketul tahikah bakal kamu keluarkan" dan "siapakah yang bakal menjadi pasangan anda", semua tu sangat laa annoying dan tak menarik. Ptuih! rasa nak kentut jer muka orang yang buat aplikasi tu. Tak kreatif, bosan dan takde humour langsung.


Antara kuiz yang aku suka layan adalah kuiz mengenai personaliti diri. Sies, jawapan die memang kelakar. Aku sampai jawab 3, 4 kali semata-mata nak baca result die. Hahah. Korang tak pernah try ker? aku bet yang buat akaun dalam tahun 2009 dan layan kuiz gila-gila macam aku nie mesti pernah melalui benda yang sama, kan?


So, pagi tadi aku dapat tahu mengenai benda nie, what's your personality. Aku tak tau best ker tak tapi yang aku tau bile join, kita berpeluang memenangi lenovo IdeaPad. Kalau korang tak percaya, korang klik laa link tu. Jum aa cuba. Mana tau dapat IdeaPad tu. Aku tau korang tak berminat, tapi kalau dieorang nak bagi, apa salahnya mencuba, kan? huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...