Ptuuih! macam laa ada orang yang baca dan singgah disini (ader kerr?). Seken day permulaan baru blog aku. Tak banyak perubahan dari semalam. Tengah nak repair2 pintu jamban dan pasang lampu lip lap jer. Aku doubt yang ada makhluk menyinggah dan baca entri disini. Takpe2, kesabaran itu perlu, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Eh? ter-ombak rindu laa pulakk. Haduii~
Bercakap pasal rindu, hmm... *termenung seketika sambil terkentut* ...sebenarnya aku sedang merindu. Merindukan seseorang itu sememangnya pasti. Aku rindukan dia. Tapi malangnya sekarang dia tengah dalam mode merajuk. Siesly aku tek reti nak pujuk. Memujuk is not my style tapi aku tahu aku perlu gak belajar ilmu memujuk sama macam aku perlu belajar matematik tambahan. Tak suke tapi perlu. Eh, bukan perlu tapi mesti. Korang yang ada pengalaman bercinta dan dah putus cinta sebanyak 18 kali ke atas tu, sila-sila laa bagi tips kat aku macam mana nak memujuk. Jangan bagitau aku suruh kasi minyak pengasih sudah. Aku bagi ko minum minyak M nanti! heh!
Apart from that, aku rindukan kenangan-kenangan lama dalam kes ini rindu masa saat-saat aku mula bekerja dahulu. Masa tu aku baru habis SPM. Nak tunggu result SPM, daripada duduk dirumah menghabiskan beras dan gula (harga gula dah naik woa~), baik aku tanam gajus. Ada juga hasilnya. Ada laa jgak side income, ye tak? tapi... aku tak jadi tanam gajus sebab aku takde kemahiran dalam bercucuk tanam. Benda terakhir yang aku tanam, adalah kucing jiran aku. Kesian, terbiar dirumah itu sampai laa saat die mati. Ape? ko ingat aku tanam kucing tu hidup2 ker? agak2 laa weyh! aku tak sekejam tu. Tengok muka aku yang jambu, manede kejam. Aku suwit aper (ok, sila muntah).
Tadi aku baru jer lepas submit form untuk inspection on monday. Siesly, aku tak sabar nak berhenti dari kerja aku sekarang nie (sebab aku dapat offer kerja lain). Kerja sekarang nie bukan tak best, tapi selalu sangat kena push, push, push. Push-up bra pun tak macam tu (apa kaitan?). Plus, aku tak berapa nak suka deal dengan certain people yang aku takde choice tapi terpaksa gak kene berdepan dengan dieorang. Aku terpaksa fake-kan senyuman dan tahan kentut demi menjaga hati dieorang (baikkan aku?). So, aku tak sabar laa nak berhenti which is dalam masa 2 minggu jer lagi. Masa aku tengah nak submit form tu, secara tiba-tiba kenangan lalu mengusik jiwa. Pergh! ter-KLMJ laa pulakkk. Entah macam mana, aku bole kepala hotak aku re-flash kembali scene2 semasa aku bekerja sambil tunggu result SPM dulu.
Oh, aku tak mention lagi aku keje ape. Heheh. Aku keje sebagai pump attendant jer dekat stesyen minyak Petrosains. Hamek kau Petrosains. Petronas lah! aku dulu mula sebagai pump attendant, alaa yang berdiri dekat pam sambil buat tarian bogel tuu. Tu aa keje aku. Amek duit customer, pastu bagi cashier dan tolong customer isi minyak. Kalau ada rajin ckit, tolong cuci dieorang punya windshield dan bontot (eh?). Tapi itu depend jgak dengan tahap kerajinan tatkala itu. Keje tu best! simple cuma agak bosan laa bila menunggu. Kalau takde kenderaan, tak tau nak buat ape. Baring diatas jalan, jilat minyak yang tumpah takpun korek-korek bakul sampah, mana tau ada duit syiling yang dibuang. Itu laa yang aku buat.
Nie laa pump attendant. Hot x? |
Itu baru first day. Seken day pun masih short jgak. Sekali lagi rasa nak pitam. Nak jer rasa aku cover muka pakai bulu ketiak. Tak tahu nak letak mana. Tapi still, kakak2 cashier dan supervisor tu tak mara aku. Bos pun tak marah. Maybe sebab aku kiut agaknya. Ish. *malu2 tapir jap*. Aku rasa masuk hari ke-4 baru aku dapat extra (untung). Itu aku tak tau macam mana. Mungkin ada customer yang bayar lebih dan lupa nak amik baki lepas beli tuala wanita. Tapi still aku tak puas hati. Aku belajar dari seorang cashier neyh. Patut aa aku selalu tengok die bawak kertas dan calculator bersama. Aku ingat machine tu tak pandai calculate. Rupanya die buat backup, kira nak make sure aa takde short yang berlaku. Lepas aku belajar dari beliau, aku dapat maintain dan neutral kan duit dimana jumlah barang yang dijual bersamaan dengan duit yang masuk. Takde short, takde extra. Masa tu bahagia tak terhingga rasanya sampai aku beli eskrem belanja staff2 yang keje shift malam (sebab aku keje shift petang so abes malam). Nak belanja kakak2 cashier yang sama shift tak dapat sebab dieorang semua dah balik. Sekelip mata jer dah hilang. -.-'
Tapi tu aa pengalaman kan. Sies aku enjoy keje tu dulu. Tak kena push, keje pun senang eventhough gaji pun tak aa besar mana. Kadang2 terfikir laa pulak asal aku tak sambung jer keje tuh. Hak3. Tapi sampai bile nak keje macam tu, ye tak? keje aku sekarang nie langsung aku tak enjoy. Eh, tipulah. Ada laa enjoy tapi hati dan mud nak bekerja tu kureng dah. Ishh, macam mana laa aku boleh teringat balik zaman-zaman tuu. Huu~
Dah aa, aku nak gi jamban jap. Nak nanges puas2 sampai keluar tahi. Until next tyme bebeh! babai~ T^T
aku mula2 nak report blog ni, sebab aku ingatkan ini adalah akaun palsu yang digunakan untuk menyamar menjadi miziey.. tapi selepas membaca setiap gaya penulisan, baru aku tau yang ini memang milik owner yang asli.hahaha. pergh. terkejut aku. rupanya ko dah delete akaun lama. mengapakah ia terjadi sebegitu????
BalasPadamp/s : kalau dapat offer baru yang lebih best, lebih mantop, lebih raggi, ko terima je.hehehe
p/s ke2 : kalau ko nak belajar pujuk, ko search kat google. 'tips memikat wanita sombong' .. ikut step yang diberi satu persatu. pasti akan berjaya. sebab sama je tips tu nak memujuk dengan memikat wanita sombong
@boni kacak Hahah. Defakk?! nie akaun sebenar lah! hihi. Ade laa disebabkan oleh perkara-perkara yang tak dapat nak dielakkan. Huhu~
BalasPadamp/s : Yup. Dah dapat offer yang lagi best. Hopefully keje pun enjoi. Itu yang penting.
p/s : takde ponn. Tips membuka bra menggunakan satu tangan tu ade laa. Eh? lalalalala~
bila masa kawu keja pump attendant x tawuk pun aku ~ hahhahahha
BalasPadam@Azreen (ONN) Abdul Rani Lekak form 5. Da 4 bulan ku asa. Kawu sik tauk kaa? time ya kawu ngan aheng keja sing kwong nak?
BalasPadam