Mangkok Jamban 2.0 |
Baiklah, lets go straightforward kepada soalan, kenapa mangkok jamban?
Well, seperti yang kita sedia maklong, mangkuk jamban merupakan ciptaan yang sangat unik. Pelbagai perubahan dan transformasi telah berlaku dari mangkuk jamban pertama dicipta sehinggalah mangkuk jamban yang paling terkini yang baru sahaja siap dibuat dikilang tadi. Bukan setakat dari rekabentuk akan tetapi dari segi penggunaannya. Dan apa yang paling penting, tujuan mangkuk jamban itu dicipta. Bukan setakat menjadi tempat untuk kita menayangkan bontot, bukan juga setakat tempat duduk semasa membaca surat kabar dan bukan juga setakat tempat untuk membuang puntung rokok (kebiasaannya ini berlaku pada jamban sekolah). Malah, mangkuk jamban ini sebenarnya tempat untuk mengumpul dan menyimpan segala sisa kumbahan dan hasil cernaan yang diproduce oleh badan kita yang juga dikenali sebagai najis atau dalam panggilan manjanya, tahi.
Apa kaitan tahi dengan mangkok jamban 2.0 the blog?
Haa... disinilah sebenarnya point yang korang tak nampak. Aku ada satu soalan, bagaimanakah tahi dihasilkan? dan siapakah yang mencipta tahi? jawapannya mudah, yang mencipta tahi adalah kamu, kamu dan kamu (semua jari tunjuk kat korang) dan ianya dihasilkan melalui apa yang kamu minum dan makan. Dan tak lupa juga sumbangan bakteria didalam penghasilan tahi. Dengan bahasa mudahnya, tahi ni terhasil dari apa yang kita makan. Kemudiannya tahi itu diberi kepada mangkuk jamban untuk disimpan dan diproses untuk prosedur yang seterusnya.
Begitulah jgak halnya dengan mangkok jamban 2.0 the blog ini. Blog ini akan aku jadikan tempat simpanan yang kemudiannya akan diproses oleh korang. Apa yang aku 'makan' (input yang aku dapat) aku akan kongsikan disini bersama korang. Bagaimana nak proses, terpulang kepada korang termasuklaa nak terima atau tak. Walaubagaimanapun, aku akan pastikan entri blog ini tidak terlalu berat untuk korang proses. Kita buat yang santai dan rileks, sudah. At least kau dan aku faham. Ecececeh, kau dan aku laa pulakk.
Tapi... kenapa 2.0? sudah ada yang 1.0 kah?
Oh ya. Soalan yang baik. Sebenarnya 2.0 ini hanyalah nombor dan ianya dipilih secara rawak since 2.0 sentiasa dijadikan bahan lawak dari masa ke semasa especially ketika dipergunakan secara meluas untuk kempen bersih suatu ketika dahulu (which later on diupgrade ke 3.0). Sungguhpun begitu, seperti yang aku katakan tadi, ini merupakan blog dengan nafas baru. Maknanya sebelum ni aku memang dah pernah berblog (kalau yang tahu tu, faham laa) dan aku percaya 2.0 ini adalah versi yang direboot semula namun masih mengekalkan konsep yang sama. Upgrade version lah senang cakap.
Oh, jika ini 2.0, akan adakah 3.0, 4.0, 5.0 dan 15 juta .0?
Err... untuk itu aku tak berani cakap. Sebab semuanya bergantung kepada mood dan sudut pandang aku. Macam angin jgak, tak menentu. Kalau aku rasa ok, insha Allah ianya akan kekal 2.0 sahaja. Kalau tak, mungkin akan dipertimbangkan untuk menghasilkan 3.0. But still macam aku cakap, 2.0 atau 3.0, ianya hanya lah nombor dan angka sahaja. Tiada yang signifikan. Lain laa umur ko, signifikan. Dah tua tapi takreti nak sembahyang takde gunanya (tetiba).
Apakah harapan untuk mangkok jamban 2.0?
Aku mengharapkan ramadhan tahun depan penuh makna (tahun nie dah lepas, so doa untuk next year jer lah). Eh, aku berharap blog ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan atau meransangkan. Harap-harap mendapat sokongan dikalangan korang semua. Tanpa korang, blog ini hanya akan kekal ibarat diari. Oleh itu, ringan-ringankan lah diri untuk mengomen.
Ada apa lagi yang nak ditambah?
Takde. Aku nak kena balik nie. Mangkok jamban aku kat rumah dah bising dah. Rindu dekat aku kot. Lagipun aku dah janji nak cuci mangkuk tu malam nie. Ok lah, aku gerak dulu. Bye~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan