Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mac 2017

Tuka pikiran...

Itu hari dikala guwa tengah termenung berseorangan, diiringi sehela duwa kentut diudara yang guwa lepaskan, jauh disudut hati guwa, guwa punya satu keinginan. Bukan nak cakap ingin sangatlaa kan, nak kata hendak tu pun boleh juga lah sebenarnya. Atau lebih mesra lagi "guwa ada menyimpan secubit hasrat..."

Nak pinang awok mende nyeee~ itu kiter maseh lagi dalam proses kira², awok sabar lerr. Buat sementara waktu, awok rijek lah pinangan orang biarpun Patah Amin yang meminang. Lain laa kalau awok berkenan dengan Patah Amin tu, awok pergi lerrr~ Warda ade sudi menanti kiter.

Udah-udah, jangan kita sama-sama terjun kelaut. Bukan kisah cinta yang aku hendak kongsikan disini. Sudut cinta ada dihujung sana (sambil menunjuk ke arah satu sudut yang paling jaoh, berdebu, dihurungi bakteria yang buas tak lupa juga, malap kerna kurang cahaya).

Bila guwa hitung hari-hari yang sudah guwa lalui, sudah kurang lebih 2 tahun 5 bulan and some few days (plus minus) insiden "itu" berlalu. Insiden berdarah dimana menyaksikan guwa terbaring diatas jalanan, mulut berdarah, lidah terkoyak sedikit (3cm), nafas berbau, ketiak basah dan baju-T kegemaran guwa digunting oleh misi-misi di wad kecemasan. Bak kata pepatah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Namun begitu, yang pecah dieorang tak khabar pun apa jadi. Persoalan ini penting tuan-tuan, kerna pergelangan tangan kanan guwa pecah. Bukan patah, bukan hilang tapi pecah.

Bagai pepatah yang femes di supermarket terutamanya bahagian barang-barang kaca, "nice to see, nice to hold, if broken, considered sold..". Hah, mampu kau translate? jikalau mampu, syukur lah. Tiada gunanya guwa bazir ink,  explain semua jadah nie dekat kau orang semua.

Ouh ya. Berbalik kita kepada "hasrat" guwa tadi. Arakian lamanya masa berlalu. Hendak dijadikan kisah dan tauladan, guwa telah dipesan oleh tabib² hospital kerajaan dari pelbagai sektor terutamanya sektor pakar tulang, pakar fisioloji dan sektor clear, bahawasanya bendasing yang digelar dengan panggilan manja, "titanium" boleh lah dikeluarkan dari tubuh badan guwa setelah 24 purnama berlalu bermula sejak purnama pertama yang muncul setelah selesai operation memasang besi tersebut kedalam badan guwa. Dengan kata lain, lepas 2 tahun, mengikut teori yang diiktiraf oleh doktor-doktor gigi dipersisiran Jepun, serta penggemar Yakult tempatan, besi itu boleh lah dibuka. Okay, mungkin susah nak hadam ayat tersebut. Tadi pasang, kan? kita gelar "install" lah ek? haa... lepas dua tahun, dah boleh "uninstall". Capiche?

Secara teorinya, Sir Issac Newtown dan Elbert Einstein juga boleh bersetuju bahwa tulang tersebut diyakini sudah meningkat remaja dan boleh hidup berdikari tanpa ada besi titanium platinum aluminium magnesium cium-cium segalalah. Itulah secubit "hasrat" guwa tadi.

Perghh~ bukan main lagi karangan guwa. Nie dah perenggan ke berapa nie? 32 ek?

Akan tetapi... haa... get ready... plot twist dah nak mai dah. Yang nak terkucil, terkentut, pitam, pengsan dan buang appendik digesa settlekan dulu baru sambung baca entri nie. Guwa tak hingin dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kecemasan. Mana yang normal, steady dan stabil digesa tarik nafas sepanjang yang mungkin, bersamaan dengan ukuran satu π. Itu simbol Pi. Kalau tak boleh baca, mohon beli satu hempon baru. Apa jadah smartphone tak kenal Pi. Hang Pi Mana selama nie? (okay, nie abaikan).

Semalam, ada brader X cerita kat guwa dua tiga tahun lepas adik dia pun nak buang besi kat kaki. Mohon jangan nak perasan lebih naa... adik dia bukan Ironman, tapi adik dia ada besi jugak dalam kaki. Biasalah eksiden jugak macam guwa. Nak dijadikan cerita, brader X bagitau guwa adik dia pergi hospital kerajaan di Melaka (mohon maaf zahir dan batin kiranya ada petugas yang bertugas dimana² hospital di Melaka yang terasa hati takpun terasa appendik bila guwa mention cenggini). Guwa cerita balik apa brader X nie cerita. Kalau dia tipu, guwa pun ikut tipu sama laa. Mana yang nak bagi pencerahan, boleh isi form diruangan komen dibawah.

So, adik dia nak buang besi kat kaki. Ikut cerita, ada laa beberapa bijik skru (guwa tak ingat berapa, guwa dah lupa sebab skru tu kecik sangat, haluisss). Berdasarkan pengalaman guwa, prosedur memasang besi pada bahagian kelamin. Opss!! maksud guwa pada pergelangan tangan guwa memakan dan meminun masa selama 4 jam kurang lebih. Sebelum operation mula, dieorang siap bagi pil dan tanya sama ada guwa nak high alang² atau nak sampai ke bulan terus. Korang tau lah mana pilihan guwa, ye tak? so brader X bagitau guwa, adik dia pun samaaaa. Itu pasang braderrr~ segalanya indah. Masa bukak a.k.a keluarkan besi tu? dieorang tarik hidup² derrr. Tak sempat nak cari bius, tak sempat nak pesan kat adik brader X selawat banyak² dieorang teruih main tarikk. Rasanya guwa cerita nie over exaggarated laa tapi part tak bagi bius tu betul. Bayangkan kesakitan nya tuan². Lepas dengar citer tu, guwa ingat nak kuburkan "hasrat" guwa. Seramshialll!!

Nie guwa cerita bukan nak takutkan sesiapa. Sekadar nak berkongsi jerr. Macam guwa kata tadi, kiranya ada pihak yang bertugas dihospital mungkin boleh tampil bagi pencerahan. Mungkin tu memang prosedur dieorang ker, caner ker, kiter tak tahu, kan? kalau boleh mohon komen diruangan komen kat bawah. Guwa selaku penulis entri nie, berbesar hati gak nak tahu sejauh mana kebenaran akan hal ini. Guwa tak salahkan brader X, mungkin dia salah faham atau adik dia saja nak kasi suspen lagi dia punya cerita, mana tahu. Pendek cerita, panjang tak cerita apa², kita bukan nak menyalah atau menuding jari, kita nak kan pencerahan. Ilmu yang korang ada, jikalau dikongsi bersama, tak luak dari fikiran korang, ye tak? pandai juga guwa bermadah rupanya.

Baiklah semua~ sehingga kita berjumpa lagi dilain entri. Ingati aku dalam doa mu. Eceyyy~ assalamualaikum~😊😊😊

Rabu, 10 Ogos 2016

Berlatih mengarang

**Terus-terang aku katakan, mengarang bukanlah kekuatan aku**

Semenjak aku mula berjinak-jinak dengan dunia blogging, dari masa ke semasa aku dapati teknik dan gaya mengarang aku tidak menentu. Tidak statik dan umpama gelombang Tsunami. Ketepikan kepelbagaian kata ganti diri kerna bagi aku ada kalanya bertujuan untuk memberi "mood" yang tertentu selari dengan intipati entri. Pun begitu (cewah~), intipati entri itu sendiri yang membuatkan aku tertanya-tanya dimana punca kesilapannya.

Nak dijadikan cerita, tempohari aku ada menghadiri satu ujian. Ujian yang dikenali sebagai UPLB (Ujian Pengambilan Lantikan Baru) untuk beberapa orang individu terpilih (merangkap calon) duduki sebelum disenarai pendek menghadiri temuduga merebut jawatan sebagai Penolong Jurutera bergred JA29. Ujian dibahagi kepada 5 bahagian iaitu bahagian A, B, C, D & E. 3 bahagian pertama A, B & C dijalankan pada sebelah pagi, manakala dua bahagian lagi pada sebelah petang (Bahagian D & E). Rasanya tak perlu aku cerita dengan penuh detail ujian tersebut. Secara ringkasnya kertas sebelah pagi berbentuk objektif melibatkan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah (matematik) dan penguasaan kefahaman esei manakala kertas sebelah petang pulak merupakan kertas berbentuk esei; Bahasa Melayu (Bahagian D) & Bahasa Inggeris (Bahagian E). Menjawab soalan esei, membuatkan aku terkedu, tergamam, terkaku dan yang seerti dengannya. Disitu bagaikan sudah benderang lagikan terang bahawasanya aku sangat lemah dalam mengarang. Boleh dikatakan nasib baik yang aku mahir dalam mereka kata-kata yang manis bagaikan gula kapas serta bermadah helah dalam memberi contoh dan misalan. Itu sedikit sebanyak membantu aku memanjangkan karangan (seperti entri yang dibaca ini, kurang isi bukan? tapi.. nampak panjang).

Bila aku renung dan imbas semula zaman persekolahan, aku cuba mengingati semula bagaimana aku dikenalkan dengan makhluk dipanggil "karangan" tersebut. Terlintas difikiran aku akan zaman "PTS" (mana yang lahir generasi Y2K dan yang terkemudian, memang tak akan nak kenal lah dengan objek dipanggil "PTS" nie). PTS adalah Penilaian Tahap Satu yang mana diduduki oleh kanak-kanak sewaktu di darjah 3. Barangsiapa yang lulus dengan cemerlang dan jayanya, akan diberi kesempatan untuk meloncat ke darjah 5 tanpa perlu memijak walau sebelah kaki pun ke darjah 4. Aku seperti kebanyakkan yang lainnya haruslah memikirkan nilai-nilai murni dalam persahabatan dimana aku tidak sanggup berpisah dengan rakan sekelas yang ku kasihi (kononnn). Lalu kami memutuskan untuk bersama-sama mengharungi satu tahun sebagai kanak-kanak darjah 4 biarpun ada 2~3 biji lagi rakan kami yang berjaya bergaul mesra, serasa diri senior dan makan ayam goreng dikantin dengan sebelah lutut "berdiri" sambil menjeling rakan (yang sewaktu ketika dahulu seperjuangan) dengan pandangan hina lagi dina. Jujur aku kata, itu aku tokok tambah untuk memberi kesan ke atas emosi pembaca sekarang. Aku tiada mahu entri ini dibaca dengan wajah yang kusam dan sugul. Kurang-kurang, wajah yang menahan cirit yang tinggal "hujung-hujung" saja lagi pun jadilah kiranya.

Lihat sahaja entri ini, hingga ke perenggan ini aku mulai menuju ke laut. Bukan main entri ini aku garap untuk menyatakan kelemahan diri untuk dijadikan pedoman dikalangan pembaca, pun begitu, masih lagi ke laut. Intipati sungguh basi, kurang isi dan bergred C. Oleh itu, sepuluh jari aku susun memohon ampun kerna aku harus pergi sekarang jua. Tiadalah daya dan kemampuan ku lagi menahan cirit ini. Tiada juga ku mahu ianya berpeleseran meninggal jejak. Malulah aku suatu masa nanti.

Doakanlah aku berjaya untuk UPLB kerna nampak sangat yang sekarang nie aku tidak layak jadi penulis. Berblog mungkin boleh, sekadar santai-santai, ye dak? bergerak-gerak lah hamba dahulu sehingga kita berjumpa lagi, simpan (jarum yang patah) sahaja didalam peti. Ehh??

Ahad, 17 April 2016

Setiap pertemuan ada...?

Dua hari lepas aku jumpa kawan baru, Tony. Orang kata setiap pertemuan itu ada hikmahnya. Aku tahu mesti ada sebab mengapa aku dipertemukan dengan Tony, dan pastinya bukan kerna cinta. Mana mungkin aku boleh jatuh hati pada Tony sedangkan hati aku dibawa oleh kekasih hati *uhuk uhuk* (dibaca: Miss S). Lagipula, bukankah Tony nama seorang laki-laki? bagaimana mungkin terbitnya perasaan cinta dicelah itu. Dan yang paling penting sekali, above all and everything, Tony adalah seekor cicak. Ya, cicak. Ada masalah? kalau tak ada, teruskan baca.

Tony, cicak yang terkurung didalam botol Pepsi Twist bersaiz besar merupakan satu penemuan yang mikro-memeranjatkan aku. Nampak tak aku guna perkataan "mikro" disitu? maknanya aku terkejut pada skala yang teramat kecil sekaligus membuktikan aku bukanlah seorang yang penakut. Dikala itu, aku diberi dua pilihan. Pertama, kutip botol tersebut dan throwfront far-far away dan yang kedua, gunakan peluang ini mengenali dengan lebih dekat binatang yang dipanggil dengan panggilan mesra, chee-chak. Pada saat dan ketika ini, mengetahui aku bukanlah seorang penakut, sangkaan kamu semua memang tepat. Sudah semestinya aku memilih pilihan yang kedua. Aku jalankan beberapa eksperimen ke atas Tony disamping membuat pemerhatian dengan lebih dekat ke atas beliau.

Ouh, kenapa "Tony"? ya, soalan ini sangat menarik untuk dijawab. Well, sejujurnya nama tersebut datang dengan sendirinya. Beberapa bilion sel otak aku bergabung dan auto-generate nama tersebut. Itu pun, dikala itu, aku pun tertanya soalan yang kamu semua tanya tadi. Kenapa "Tony"? kenapa macam familiar nama tersebut? tak semena-mena, 3 saat kemudian aku teringat akan "Anthony Stark" a.k.a Ironman. Tony itu juga bernama "Tony Stark" namun, bunyi "Stark" sahaja sama akan tetapi ejaannya adalah S-T-U-C-K (pun intended).

Rasanya, tak perlulah aku cerita dengan terlalu detail disini, eksperimen apa yang aku lakukan. Kalau aku cerita, sudah tentu kamu semua fikir aku seorang yang gila mahupun seorang freak. Apatah lagi kalau lihat sendiri apa yang aku telah lakukan. Urghh. Kasihan juga dengan Tony. Namun, semuanya seperti sudah terlambat. Aku kejam. Maafkan aku Tony...

Tak adalah. Aku bergurau sahaja. Tony tak mati pun (jikalau kamu semua fikir Tony telahpun aku bunuh). Tak, aku tak bunuh dia. Aku tiada bakat seorang pembunuh. Rupa lagilah tiada. Siapalah diriku ini untuk membunuh cicak yang tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi denganku. Pun begitu, aku ada google laa sedikit sebanyak mengenai spesis Tony. Dari kajian itu, aku boleh kata aku kagum dengan Tony dan tak sangka banyak lagi fakta yang aku tak tahu mengenai spesis beliau sungguhpun spesis mereka memang sudah biasa berlepeseran dikawasan luar rumah terutamanya pada waktu malam. Kalau kamu nak tahu, kamu google lah sendiri. Tidak ohsem lah kalau aku cerita disini. Lagi juga, ini jari suda penad taip ini yentri. Sakid woa~

Wokaylah. Dilainkali sambung lagi.

I you like,
Please click Like,

Haa... pantunnn.

Selasa, 1 Disember 2015

Tak gembira...

Harini aku tak mampu nak apdet panjang-panjang. Iya hari ini 1hb Disember. Kepada yang wish sempena ulang tahun hari lahir, terima kasih aku ucapkan.

Malangnya... sekarang aku tak gembira. Aku tak suka nak macam nie sebenarnya tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa down. Mood aku hilang. Aku keliru.

Sorry, aku tak dapat nak carry on lagi. Aku benti setakat nie. Maaf!

Isnin, 30 November 2015

Kembali Kepada-Nya...

Baru nie tadi aku layan Whatsapp. Buka group family, ada 3 post belum dibaca. Uncle aku share something, pertama sekali mengenai berita Pak Yus meninggal dunia. Al-Fatihah buat allahyarham. Dikatakan meninggal disebabkan oleh sesak nafas dalam perjalanan pulang ke rumah. Surely berita nie viral dan semua dah maklum.

Post yang kedua nie pun aku yakin dah pernah viral sebelum nie. Cuma, mungkin ada yang sama kes macam aku. Dulu rasanya pernah member share dalam group. Aku tak ingat siapa dan dari group mana. Biasalah kalau dah berwhatsapp, mana mungkin cuma ada satu group jer. Tapi masa tu aku tak ambil kisah dan tak berani nak buka video (post ketiga adalah video untuk post kedua tu laa). Sekarang baru aku nak terhegeh-hegeh ambil tahu. Tak sengaja sebenarnya buka. Heheh.

So, ianya mengenai KOS. Tahu? aku bukan cerita pasal kos/kewangan/cost/costa rica. Bukan! tapi mengenai Kristian Ortodoks Suriah / Syria. Tak tahu? haa... jom baca.

Oleh kerna aku baru tahu, jadi pengetahuan aku terbatas. Feel free kalau nak share lebih lagi (bagi yang tahu). Aku hanya share as brief as I could. Dan betulkan aku kalau aku salah. Okay? alright. KOS, Kristian Ortodoks Suriah (Suriah nie Syria laa) berdasarkan apa yang aku baca sebenarnya dah pun lama ujud. Pun begitu, dalam lingkungan tahun 2009-2013 KOS nie mula dikenali. Ajaran ini berleluasa di Indonesia (based on my info, okay?) tetapi sebenarnya jika diselusuri, datangnya dari India. Asalnya ya, probably Syria. Sebab nama ajaran pun ada nama Syria (nak kena cari info lagi nie).

Tak apa, yang penting aku share mana yang aku tahu. Pertama sekali, ajaran ni mirip Islam. Dari segi penggunaan istilah, cara beribadah, sembahyang mirip solat kita, cara pemakaian, puasa, zakat dan sebagainya. Cuma perbezaannya pada pegangan tauhid. Mereka masih lagi Kristian (Hence, nama ajaran bukanlah Islam Ortodoks. Durhh~) dimana berpegang kepada konsep Trinity. Lagipula, mereka menganggap Jesus/Yesus/Isa ibnu Maryam a.s sebagai tuhan (anak tuhan) sedangkan kita menolak sama sekali pegangan tersebut.

Kalau tengok vid (malangnya aku tak dapat tepek kat sini, mana yang ada terima video viral tu, dapatlah tengok), suasana memang macam dalam gereja. Ada sorang lelaki (pakaiannya... aku tak tahu nak komen macam mana. Something about pemakaiannya) sedang membaca ayat dari kitab dieorang. Macam bacaan dari Al-Quran since dieorang guna bahasa Syria kuno (macam Arabic laa bunyi nya. Tak silap aku Armenia something laa). Diiring pula dengan alunan biola serta few other instrument (siap ada koordinator lagi) dan ada audience yang pada masa yang sama juga memegang kitab masing-masing dan mengikut bacaan lelaki tadi. Oh, dieorang bermula dengan basmallah (ini bukan typo, harap boleh faham). Serius meremang rasanya bila tengok. Serasa luar dari kebiasaan aku.

Bila fikir balik, buat aku rasa malu pun ada. Sebab mengaku diri Islam tapi tatacara hidup tak macam seorang muslim yang sejati (muhasabah diri). Bila melihatkan keadaan macam nie, seolah boleh motivate kembali ke jalan-Nya. Sebab kita dah pun dipesan oleh Rasulullah S.A.W untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnahnya. Ya Allah. Dan sebab tu jugak, aku share. Aku rasa tergerak hati nak kongsi. Sekadar peringatan. Mungkin korang tahu, mungkin juga ada yang tidak. Mana yang belum tahu, aku harap sekarang korang dahpun tahu. Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh kaji sendiri.

Alright. Till next time.

Ahad, 29 November 2015

Cakar Permukaan Tak Sampai Satu Inci

28 November...

Semalam aku tak hadpet entri. Bukan takde idea, tapi gara-gara nak buat entri khas, ayat power, kaw-kaw punya. End up, dua entri aku separuh jalan, tak jugak menjadi nak dipublishkan. Hangat-hangat tahi ayam, hangat lagi tahi entri aku. Semalam punya date special bagi aku, kau tahu? itu pasal laa nak bikin satu entri khas yang power. Lagi power dari Power Ranger, tapi... tak menjadi pulakk. Nampak sangat kurang power nih.
Aku malaslah nak straightforward, biar aku sekadar mencakar permukaan (scratch the surface) jerr. Apa benda yang special tak payah lah tanya, biar ku simpan dalam lembaran hatikoo ini. Mana yang tahu dan faham tu, tahu lah.

*Termenung dua saat. Seiringan itu lagu Cinta Muka Buku dendangan Najwa Latif turut dimainkan*

Boleh tersenyum sendiri jugak aku dibuatnya. Macam mana pantasnya masa berlalu sehinggakan ±1461 hari boleh berlalu begitu sahaja. Segala episod suka dan duka turut diadun bersama. Bermula dari seutas komen di Muka Buku, kemudian beralih ke ruang chatting, bermastautin ke mesej dan seterusnya menetap dipanggilan telefon. Hahah. Kelakar rasanya bila ingat semula. Namun, disatu sudut hati, sudut yang paling deep, aku merasa gembira dan lega kerana ianya terjadi/berlaku. Kalau tak, dah tentu ±1461 hari aku yang lalu end up dengan cara yang berbeza. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan. Aku tahu, kau faham, dia mengerti, kalian yang lain blurr kepada siapa terima kasih itu aku tujukan. Sekali lagi, tak perlulah bertanya (macam laa korang hingin sangat nak tanya sampai aku perku nak ulang-ulang ingatkan pasal tu, kan? kan? kan??).

Satu tarikh yang mungkin sukar aku nak lupa kerana ianya terasa bermakna. Adakah ianya sekadar suka-suka mahupun sandiwara dunia, tiada siapa boleh kata apa. Aku gembira kernanya. Aku tak nak lupa, kalau aku bisa. Aku dah semacam gila sebab mungkin hanya aku saja yang merasakannya. Tapi aku harap dia pun sama. Kau pun nak juga? ikut kau lah, kau punya suka. Aku tak halang apa-apa.

Lain kali aku update lagi. Maaf lah kalau entri kali ni tak banyak isi. Aku lagi tertekan selagi mana entri tidak aku kemaskini. Lebih-lebih lagi mengenai apa yang aku nak cerita tadi. Aku faham, kau tak mungkin boleh selam dalam lagi. Sebab aku cuma cakar permukaan tak sampai pun satu inci. Oleh itu aku berhenti kat sini dulu dan sehingga kita berjumpa lagi... lain punya entri... nanti-nantilah aku kemaskini.

Jumaat, 27 November 2015

Dia Pun Nak Jugak Entri Macam "Adi..."

Anotha dedicated post. Abeh aa lepas nie sume nak dedicated post jugakk. Abeh aaahhhh.

Berikutan dengan post aku yang lalu, ade laa sorang member nie nak fefeeling dan tacink-tacink sebab aku tak mentioned beliau. Oleh yang demikian, aku nukilkan jua satu mahakarya demi menjaga hati member. Tambahan pula, aku pun selalu kekeringan idea ibarat padang pasir yang tandus. Since sudah diberi idea, maka aku bercadang untuk bina pasar gelap disitu. Aku refer entri nie lah maknanya... faham?. Kalau aku kata aku bina shopping kompleks mahupun menara 80 tingkat, bunyi nya sungguh gay dan terasa geli-geli dicelah ketiak. Ibarat Taj Mahal yang dibina oleh (tolong letak nama beliau disini sebab aku dah lupa namanya) demi untuk melambangkan cintanya pada isterinya yang lagi mencinta dan dicintai. Lagipula, kalau member lain baca pun akan menimbulkan hairan serta syak wasangka dalam diri mereka berkenaan hubungan kitorang. Jadi untuk mengelakkan hal sebegitu itu, reference "pasar gelap" itu memadailah rasanya... kot.

Nama tak payah bagitahulah. Dia ini lebih mesra dikenali sebagai "Own". Ada ceritanya kenapa dia diberi gelaran sedemikian rupa. Dari kajian tempatan yang telah dijalankan, ada dua versi kepada cerita tersebut. Tapi sekarang sorry lah, aku malas nak cerita. Hahah. Sangat banyak konflik, plot-twist, drama, suspen dan tak lupa juga aksi ngeri akan kisahnya. Aksi diranjang 18 tahun ke atas sahaja tiada (luckily). Kalau aku cerita, surely sama-sama peninglah kepala kita nak memahamnya. Lantaran itu, aku tak ceritalah. Okay? mohon insan yang dicerita ini tak lah berkecil hati disebabakan hal ini. Pundeyk lah sikit-sikit nak merajuk. Takkan lah sampai nak merajuk, kan? kan ker tak kan? ahhh sudahhh.

Berbadan sasa bagai beruang, berambut separa-ikal, berjanggut sejemput didagu, itulah dia. Maaf kalau perlambangan yang aku guna agak level metafora. Disebalik lagaknya seperti seorang nigga yang sesat ditanah borneo, didalam hatinya ada taman permainan. Karnival permainan to be precised. Menyayangi kanak-kanak, gemar menanam bunga-bungaan, boleh hidup sendiri walau dalam keadaan yang paling survival punya level, pendek cerita, memiliki ciri-ciri lelaki idaman didalam hati kecil para gadis-gadis yang sedang mencari calon suami. Dia single mingle and still available. Yes adalah jawapannya, jika ada gadis yang hopeless romantic sedang membaca entri ini.

Dia juga sangat menghormati orang tua, dan jenis yang happy go lucky. Bila kau pandang dia, macam belum pernah tempuh krisis atau masalah hidup, tapi percayalah... dia tak tunjuk pada semua orang. Haa.. tang tu dia memang jenis yang simpan untuk diri sendiri sebab dia tahu kalau cerita pun, bukan orang boleh buat apa. Betul, tapi ada kalanya ada jugak dia share. Tengok keadaanlah. Sebelum itu, jangan salah faham buat masa ini sebab kitorang bukanlah gay. Only buddies that used to hangout. Bukan aku seorang sahaja buddies beliau, yang lain banyak lagi cuma kekangan masa dan kerja sahaja yang membuatkan sukar untuk hangout seperti dulu. Since aku currently penanam anggur, sebab tu laa dia mudah nak lepak dengam aku.

Apa lagi aku nak cerita ek?

Aktiviti kitorang bila lepak? gossip (macam kaum hawa pulak). Hahah. Takdelah. Biasanya melepak sambil merokok. Maaf ye kepada gadis-gadis yang tak suka kepada perokok, kalau berkenan boleh ubah hati dia apa. Hahah. Kalau tak, layan kareoke sejam dua. Takpun menDoTA di cyber cafe berdekatan. Itulah secara ringkas aktiviti kitorang. Nak cerita detail, tak payahlah rasanya. Kau gila aku nak cerita semua?

Dahlah. Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi. Nanti kena bash pulak sebab salah dalam memberi fakta. Sebelum aku mengakhiri entri kali ini, biar aku tepek wajah happy go lucky belaiu untuk tatapan korang semua. Aku dah mintak izin dan dia kata okay kalau nak tepek gambar. Don't expect too much. Aku nak kabo yang dia nie sikit jer kurang hensem dari Adiputra. Percayalah korang semua. Tolonglah.

Tak percaya? nilaikan sendiri...

Khamis, 26 November 2015

Adi...

This entry were meant and dedicated for Adi... no reason, just kinda felt to appreciate people. Heheh.

Being penanam anggur begini membuatkan aku hanyut didunia sendiri. Serasa bagaikan sel otak tidak berhubung. Bukan tidak mampu, cuma tiada coverage. Pun begitu, rasa bersyukur itu ada. Kurang-kurangnya quality time bersama keluarga tersayang boleh bertambah (hah iye lah).

Sejak kebelakangan ini, aku rasa macam ada adik kecil baharu. As a matter of fact, kitorang memang memiliki darah yang sama. Tudiaaa... maksud aku tadi, dia memang ahli keluarga aku. Satu-satunya anak lelaki kepada Pak Cik (adik kepada mak aku) aku atau dengan kata lain, kitorang berkazen.

Semenjak dua menjak budak berikut tinggal bersama kitorang, aku belajar beberapa perkara dari dia. Membuatkan aku yakin akan kehadiran beliau bukanlah sekadar kebetulan mahupun saja-saja. Benar, setiap insan yang hadir dalam hidup kita memang ada sebabnya untuk kita (dan juga untuk mereka sendiri) saling mengenal antara satu sama lain. Oh ya, perkenalkan namanya "Adi". Nama penuhnya "Adidenno (I didn't know)" hahah. Oi kau dah kenapa? ketawalah!! aku gurau saja tadi. Tak perlulah korang tahu nama penuh beliau, bukan? takpelah... tak perlu.

Antara perkara yang aku belajar dari Adi adalah perasaan untuk handle budak kecik. Aku ada jugak anak buah dimana anak-anak kepada kakak-kakak dan abang aku, cuma perasaan dengan Adi nie sedikit berbeza. Anak-anak buah aku rata-ratanya tidak berapa nak akrab dengan aku gara-gara sikap aku yang seolah-olah allergic dengan kanak-kanak. Tambahan pula, usia aku masa dieorang lahir ke dunia masih lagi belum matang walau sudah aqil baligh. Generasi yang berikutnya pula dah pun ada abang / kakak mereka sendiri untuk jaga mereka. Therefore, dalam kes Adi, dia tiada abang atau kakak. Since adik-beradik aku yang lebih tua dari aku dahpun memiliki rumah sendiri dan tak lagi tinggal dengan kitorang, hanya ada aku dan adik aku (buat masa ini) selaku abang dan kakak kepada Adi.

Ini sangat kasihan, sebab Adi jadikan aku dan adik aku sebagai temporary role model beliau. Hahah *gelak jahat*. Ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga bagi aku. Namun sebenarnya tak. Adanya Adi, membuatkan aku dan adik aku nak taknak terpaksa berubah (sedikit) dari segi sikap dan tanggungjawab. See? aku belajar benda baru, bukan? memang tak ketara tapi aku boleh rasa perubahannya. Aku nak ungkapkan pun tak berdaya, apatah lagi gambarkan untuk korang (mende aku cakap nie??). Tapi itulah dia. Hahah. Aku tak tau nak kata apa.

Serius, aku asalnya mana gemarkan kanak-kanak. Adik aku pun sama (kalau dia baca ini, mohon dia mengaku, takyah nak deny sangatlahhh). Aku rasa pandangan aku terhadap kanak-kanak sedikit berbeza dari sebelumnya adalah kerana Miss S. Now, dengan adanya Adi, pandangan aku leboh positif terhadap kanak-kanak. Ingin aku tekankan disini, aku ada sedikit ciri-ciri bapa yang penyayang. Miss S dan adik aku kalau baca ini, komfem dieorang gelak punya. Jimbitlahh nak gelak-gelak!!

Ah sudahlah. Malu pulak aku rasa nak publish entri nie, tapi tak apa, aku tembokkan jua mukaku ini. Heheh. Choi~ aku sebenarnya memang determine nak dedicate entri ini untuk Adi. Sebab ini antara medium yang aku rasa aku ada sedikit kebebasan yang lebih dari biasa dan disini aku turunkan sedikit ego aku sebanyak 10% dimana aku terima bash orang (terutamanya insan yang aku kenal IRL) dengan tangan terbuka sambil muka aku pandang langit lalu redha. Malangnya, kelebihan ini tidak juga digunakan. Mungkin masib aku baik, atau memang aku syok sendiri blogging padahal tiada siapa pun tahu mende yang aku cerita disini. Hahah.

Apa-apa pun, lantaklah. Aku tak kesah. Sekurang-kurangnya aku puas hati. Aku suka begini. Kepada yang follow, trimass aku ucapkan. Korang tak tahu betapa aku sungguh-sungguh berterima kaseyh pada insan yang sudi buangkan masa membaca entri aku jni. *lap air mata*

Siapa setuju Adi dalam gambar diatas mirip seekor Doraemon? xD

Bukanku pinta jadi begini...

Menjadi lumrah kehidupan, bilamana kita memiliki sesuatu tetapi takkan pernah untuk menghargainya (sepenuhnya). Dan bilamana ianya hilang ataupun tak seperti dulu lagi, barulah kita terhegeh-hegeh nak mencari. Tak perlulah nak tuding jari mahupun menegakkan benang yang basah, cermin sahaja diri sendiri, mesti pernah alaminya punyalah. Bahasa apa aku gunapakai ini pun entahlah. Pedulilah bahasa yang tunggang-langgang ini dan selamilah isi yang hendak daku curahkan pada kalian. Iya, benar sekarang jam tepat pukul 2 pagi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika insan seperti aku berpuitis serta bersusastera dikala ini. Sedangkan semut bawah batu lagikan mudah mencari makan (apa kaitan??!).

Oh sebelum aku terlupa, mohon lagu "Let Her Go" dendangan artis barat "Passenger" dimainkan tatkala membaca nukilanku kali ini.

Hal ini kerana lagu tersebut memang kena benar dengan tema ini kali. Ini kali sahaja lah. Bak kataku tadi, abaikan bahasa yang tunggang-langgang ini menjadi penghalang antara engkau dan entri ini. Abaikan. Faham? mudah sahaja. Bak kata saudara Cypher didalam wayang gambar beliau bertajuk "The Matrix", "Ignorance is a bliss". Rujuklah kamus jika tidak mengerti apa itu "bliss". Jangan sahaja terkeliru dengan "iblis" mahupun "bilis", sudahlah.

Sudahku bilang tadi, aku ingin kalian semua selami perasaanku. Aku menaip entri ini sepatah demi sepatah dengan halaju yang rendah atau lebih dikenali sebagai 20km/j. Kerna, telefon pintarku agak tenat dewasa kini. Melihat skrin nya sahaja sudah tahu. Orang bilang, "berat mata memandang, berat lagi (hah, engkau sambunglah sendiri)...". Kalau dihitung, beribu agaknya keretakkan yang ujud pada paparan skrinku. Disebabkan aku malas menghitung, aku anggapkan saja begitu. Jikalau benar-benar hendak dihitung, tuhan saja yang tahu. Hendak aku screenshot, tiada daya upaya. Kerna, yang retak itu skrin nya. Mana bisa aku tangkap gambarnya disini menerusi screenshot. Apa kau sudah gila? apa kau hilang warasmu? nahh, oleh itu tiadalah dapat ku tepek gambarnya disini. Tangkap gambarnya melalui gajet lain? iya itu aku malas, pendek cerita.

Mengapa jadi begini? bagaimana bisa ianya terjadi? apa yang sudahku perbuatkan sehingga menjadi sedemikian rupa? benar, memang akan timbul 1001 soalan dari akal fikiran kalian. Akan tetapi, biarlah aku menjawab dengan selamba, "biarlah rahsia~". Tak perlulah kalian tahu akan sebabnya kerna itu tidak akan bisa merubah apa-apa. Cuma satu sahaja pintaku dari kalian, simpatilah... dan doakan aku mendapat telefon pintar yang lebih baik dari ini (uhuk *batuk*.. iPhone 6.. uhuk *batuk lagi*). Dengan harapan, akan ku jaganya lebih dari ku jaga telefon pintarku sendiri (iya, yang retak beribu ini). Justeru itu, berdoalah kalian. Sampaikan juga pada angin yang lalu, agar permintaanku ini menjadi viral. Harapanku agar ianya makbul. Aaminn~

Nukilan benar olehku... *menangis sambil mukanya (muka ku lahhh) ditutup dengan bantal* :'/

Jumaat, 17 April 2015

Lupakanlah...

Jangan minta pada yang tak sudi

Benar bak kata pepatah lama seperti tertera di skrin kaca laptop anda diatas. Kenapa orang tua-tua dulu kata begitu? mungkin ada sebabnya tersendiri (memang sepatutnya semua benda bersebab, kan?). Bagi aku, salah satu sebabnya adalah kerana nak jaga hati si peminta. Ye lah, supaya dia tak frust menonggeng dan tertonggeng, kira macam tu laa.

Tak kenal, maka tak cinta. Dah cinta, tak tahan lama pula. Kemudian, tanpa panjang cerita kena tolak mentah-mentah begitu saja. Bagaikan habis madu, sepah dibuang. Ini berlaku bukan hanya kisah dalam novel sahaja, bahkan dalam realiti. Oh, ini tiada kaitan antara aku dan Miss S. Bukan secara langsung (sekurang-kurangnya).

Jadi, untuk itu saranan yang paling baik adalah untuk lupakan saja segala kenangan yang ada. Ye lah, kalau dari gayanya bagaikan tak suka dan tak berapa nak melayan, apa lagi maksud yang dia nak sampaikan, betul tak? jadi, kepada yang diluar sana, yang berada didalam situasi ini (atleast member aku kena), aku harap korang tabah, cekalkan hati biarkan masa yang merawat "luka" tersebut. Jangan PAKSA diri lupakan dia, jangan benci dia kerana dia mungkin ada sebabnya sendiri, dan perbanyakkan muhasabah diri. Harap kau baca entri nie, bro. Aku doakan kau tabah dan beroleh kebahagiaan dikemudian hari.

P/S: Asalkan kau berubah, tak payah nak terlalu sangat kenangkan dia. Iblis / syaiton ni memang suka memainkan perasaan kau bilamana kau jadi macam tu. Mengusik jiwa, menggoyah qalbu. Just be strong, bro!

Khamis, 16 April 2015

Kawal Diri

Silap aku jugak senanya

Awal pagi lagi dah bikin panas. Ada seekor mat rempit terlepas disini. Aku baru nak turun kerja, jadi sakit hati pulak dibuatnya. Memula tu aku tak kisah dia pecut. Bagila dia pecut, dia lagi super-power hebat lagi da boom dari aku kott.

Tak cukup dengan itu, dia memain pulak kat jalan besar. Sengaja mengapi-apikan aku yang cuba menenangkan diri dan berlagak cool dipagi hari. Sungguh, hilang kemachoan aku bila diperlakukan sedemikian rupa.

Disaat ini, nilai-nilai kejantanan aku mula tercabar. Aku bukan rempit, tapi time-time "gila", aku memang suka memecut dijalanan. Tak serik dengan kejadian eksiden beberapa bulan yang lalu gamaknya. Ini memang aku tak nafikan. Adakalanya aku memang menggila bila dah menunggang motor. Sebagai contoh, kejadian pagi tadi.

Bilamana dah jadi macam tu, aku yang pissed-off tak tertahan dan tak dapat kawal diri, mula memecut mengejar budak hingusan tu. Dia ingat ceruk mana dia cilok, aku tak boleh nak kejar. Malangnya, mode aku masa tu dah mula menggila bersama. Penuh thrill tapi bila kesedaran mula menerpa, memang aku tak suka dan kadang-kala membenci diri sendiri sebab bersikap sebegitu. Tapi itulah.. kesedaran tu takkan datang bila aku tengah syok menunggang. Betul! tak tipu.

Sedar tak sedar, dah nak sampai ke tempat kerja aku pun. Budak tu dah kali ke-berapa ratus asyik toleh ke belakang (eceyy~ macam riak laa pulak sebab berlagak hebat. Puii la kat diri sendiri) sebab nak tengok aku tinggal jaoh mana. Padahal aku beberapa inci (sekali lagi berlagak) belakang dia. Last-last aku biarkan dia kat depan even aku dah boleh potong. Nak kata tipu, tayar depan aku boleh sentuh tayar belakang motor dia. Cuak atau tak, aku cukup terharu dan bangga sebab boleh buat dia toleh banyak kali (hishh. Ni kena istighfar ratus kali ni, belagak kemain).

Dah lah. Ingat balik pun tak guna. Menang lumba tadi pun bukan dapat duit. Akhirnya kitorang split sebab aku nak gi opis, die pun mungkin turun keje agaknya. Tapi, terima kaseh kat dia sebab kalau die takde, takdenya aku nak sampai opis secepat itu. Hahah

Okay, cukuplah sampai sini. Saje nak apdet entri. Ciao!

Jumaat, 10 April 2015

Belajar ilmu yang tak berapa nak dilarang

Salam Jum'at semua...

Dipagi yang penuh barakah ini, aku nak buat sedikit perkongsian. Aku cuba yang terbaik untuk tidak mengarang sekeping (atau berkeping-keping) karangan yang panjang bak umpama kertas jawapan calon SPM 2006 (bukan aku, hishh).

Rabu, 8 April 2015

Bidan Terjun dan RTP Project

Perasaannya sungguh tak best, tahu!

Jadi hari ini ada taklimat untuk para kontraktor - kontraktor bumiputera mengenai projek pembangunan kawasan luar bandar (Rural Transformation Project, RTP). Sepatutnya, pemilik @ rakan kongsi yang datang untuk menghadiri taklimat tersebut. Nak dijadikan cerita, pemilik syarikat @ majikan aku menyangka bahawa taklimat tersebut berlangsung pada pukul 10:30 pagi. Ya, taklimat tersebut berlangsung pada pukul 10:30 pagi bukan waktu tempatan, tapi waktu Melbourne (ini sekadar rujukan sahaja, tiadaa kaitan pun sebenarnya) dimana waktu tempatan adalah pada pukul 8:30 pagi. Sejajar dengan tajuk entri, aku yakin kau boleh kaitkan kenapa aku tekankan mengenai jam dan menggunapakai istilah "Bidan Terjun" pada tajuk.

Persoalannya sekarang, siapa?

Tepat pukul 8:36 pagi, kedengaran bunyi tapak kaki, berlarian dan saling berkejaran (dengan masa, mungkin) menempuh liku-liku anak tangga untuk menaiki aras yang lebih tinggi. Bunyi tersebut terhenti sebaik sahaja ianya kedengaran semakin menghampiri depan pintu pejabat. Ada dalam kurang lebih 2 saat tanpa ada tanda aktiviti dari "entiti" tersebut.

*masukkan bunyi pintu diselak / dibuka dengan tergesa-gesa (sebab aku tak tahu nak mainkan bunyinya bagaimana) disini*

Dengan suara termengah-mengah, kelihatan susuk tubuh jurutera muda (mohon kalau anda yang dimaksudkan membaca, jangan kembang dan kempiskan hidung anda) menyusun kata sebelum mengeluarkan ucapan ringkasnya.

"Jie, kawu dengan Yus lak gi taklimat dekat Pejabat Residen ah... boss sik jadi pergi, nya piker taklimat ya pukol 10..." katanya. Aku dalam cubaan untuk memahami tujuan makluman itu sebenarnya disamping sedikit keliru sama ada dia sedang memberi arahan atau meminta bantuan. Oleh kerana merasakan diri sedikit tampan dari biasa, walau dengan berat hati, aku turuti juga permintaan / arahan ini.

Aku tahu mengenai taklimat tersebut, namun hanya acuh tak acuh sahaja. Kerana aku tahu, taklimat tersebut tidak memerlukan penglibatan aku secara langsung. Akan tetapi, hanya sekadar untuk tahu sudah cukup bagi aku. Tapi bilamana jadi macam ni, rasa menyesal pulak tak ambil lebih tahu. Perasaannya... aarghhh!! membesar kemaluan dibuatnya (eh??).

Aku baru balik dari taklimat tersebut sebenarnya tapi malas nak cerita, sekurang-kurangnya bukan sekarang. Ada masa nanti, kalau rajin aku buat satu entri yang baru. Secara ringkas sahajalah perjalanan taklimat tersebut. Tak rugi sebenarnya aku jadi bidan terjun tadi, dapat juga tengok muka-muka kontraktor dari syarikat-syarikat tempatan yang lain. Lagi penting, berkesempatan duduk sebelah awek cun, setiausaha dari salah satu syarikat kontraktor tersebut aku percaya. Pegawai yang bertugas pun tak kurang juga comel dan menawan. Nampak sangat rambang mata, tapi aku tak lah berani nak tenung lama-lama pun. Curi-curi ambil gambar apatah lagi. Aku seorang yang pemalu, ini jujur.

Tetapi betul yang aku kata tadi. Tak rugi. Intipati taklimat walau tampak ringkas tetapi cukup padat dengan maklumat.

Aku berhenti sampai sini dulu. Tak larat dah jari-jemari menari-nari menekan-nekan papan kekunci. Lenguh, letih, tired, period dan sebagainya. Hingga jumpa muka kau lagi lain kali (kat sini.. ;P).

Selasa, 7 April 2015

Handphone pt. 3 (FINAL)

Kisah yang paling laris dalam blog... meletup sepanjang zaman... atas permintaan ramai... aku tampilkan... siri terakhir... pelengkap segala siri kisah ini... DAH!! DAH!! DAH!!

Citer pasal handphone jer kott. Kemain lagi nak ayat power. Ceh!

Bagi pembaca baru:

Siri 1 --->[KLIK]
Siri 2 --->[KLIK]

Prakata:
Kedua-dua bahagian diatas adalah pra-siri untuk entri kali ini. Aku cadangkan baik pembaca baru mahupun pembaca veteran dan sedia ada, ulang baca untuk entri tersebut. Mesti dah lupa, kan? tak payah malu nak mengaku. Aku faham. Lebih baik baca kedua-dua bahagian diatas sebelum melanjutkan pembacaan kali ini.

Ahad, 25 Januari 2015

R.A.P.U.H

"Cuba de-code gambar diatas kalau mampu"

Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku even tak tahu bagaimana ianya bermula. Aku hanya sedar bila ianya dah terjadi. Perasaannya sama seperti ibarat perut yang masuk angin. Kau tak tahu bilamasa perut kau masuk angin, kau hanya sedar bila kau dah "sakit". Ya, aku akui, aku sedar bila aku "sakit".

Tapi aku tak faham, kenapa egoku menebal didalam diri ini. Lebih tebal dari kanta cermin mataku. Sangat teguh dan utuh (ape ale uto? kuajaq!!) sampaikan tapaknya telus menembusi "strata" hati hingga ke lapisan yang paling keras dalam hati aku. Tiada ruang untuk bersimpati dan tiada ruang untuk membiarkan hati ini dilukai lagi. Aku tak tahu, tapi macam lirik lagu pun ada juga. Ianya bagus sebenarnya, ibarat sistem pertahanan sendiri untuk hati aku.

Cuma... ianya berfungsi seakan-akan "Blademail". Kau tak main DoTA, mana kau tahu. Bila mana ianya dilontarkan "damage", ianya akan "terima" dan membalikkan sejumlah damage yang sama kepada si penyerang tadi. Sehinggalah dalam situasi tersebut, hanya bergantung kepada "perisai" mana yang lebih kuat. Sama ada milik si penyerang, atau milik yang diserang. Dalam situasi aku nie, memang sama dan sebijik.

Bezanya, tak tahu mana satu penyerang dan mana satu diserang. Sekarang, hanya tinggal untuk lihat perisai siapa lebih kuat. Aku hanya dapat kata... "perisai" aku dah mula nak "lumpuh". Bila-bila masa saja boleh dikoyakkan bagai kertas A4.

P/S: Agak sukar sebenarnya menafikan perasaan dalam diri, bilamana "sayang" itu hanya untuk kau miliki. Aku rapuh... tolonglah, aku cuma nak keadaan kembali seperti sedia kala. Aku lagi "sakit" begini. Terasa kosong bila kau tak bersama lagi.

Khamis, 16 Oktober 2014

Eksiden

Whoa~ tak terasa, sebulan lebih dah berlalu atau lebih tepat lagi, sebulan enam hari sejak berlakunya insiden tersebut. Insiden yang mana meletakkan guwa dalam keadaan yang tak akan sama seperti dulu lagi. Itu secara teori lah, tapi guwa rasa normal jer (atau hampir normal lah boleh guwa katakan).

Korang baca tajuk, korang paham la kan apa isi entri guwa. Guwa eksiden beb. Terok? erm, guwa tak reti nak klasifikasikan macam mana tapi senang cerita pergelangan tangan kanan guwa pecah serta lidah guwa koyak 3cm. Guwa eksiden hari rabu, 10-09-14, pagi, jam 9:30. Ceritanya panjang, guwa cerita detail bukan korang boleh imagine pun. Masa tu guwa plan before guwa turun kerja, guwa ingat nak bankin duit (kira penting jugak nih senanya, top prioritize task hokay) then balik rumah ambik la apa-apa yang patut pastu baru la direct ke site. Nak dijadikan cerita, pagi tu memang guwa ada gelisah sikit. Bukan gabra, bukan nervous, cuma gelisah tanpa guwa tawu pun pokok pangkalnya. Guwa macam 50-50 arr. Sebab guwa tak tahu mende yang guwa gelisahkan sangat, guwa pesan kat diri guwa, jangan memparanoidkan diri sendiri. Guwa bulatkan tekad, guwa kuatkan semangat, dan start motor guwa lalu memecut terus menuju destinasi.

Macam guwa kata tadi, guwa nak bankin duit, jadi mana lagi guwa pergi kalau bukan ke bank, betul? takkan la guwa singgah mamak, mengeteh pulak (eh, boleh jadi jugak senanya tapi bukan haritu laa..). Story cut short, guwa tak jadi bankin ke acc yang guwa nak bankin sebab ada problem dengan atm machine. Disebabkan malas nak beratur dikaunter, tambahan pula dengan rasa tanggungjawab guwa terhadap profesyen guwa (pale hotak..), guwa batalkan niat tapi guwa kene gi bank satu lagi lah (bankin ke acc guwa sendiri). Settle bankin, guwa nak balik ke rumah sebab guwa nak ambil equipment guwa (leceh kalau nak bawak sekali...).

On the way balik ke rumah... (haa.. part ni korang boleh ambil reference dari drama melayu.. alaa.. yang biasanya scene slow-motion kenderaan yang dah nak eksiden serta muka penunggang / pemandu dizoom beberapa kali bagi menghadirkan rasa cemas dikalangan penonton).

Lepas tu apa lagi, guwa blackout. Tak pasti berapa lama. Scene-scene lepas tu pun guwa antara sedar dan tidak. Dari lokasi kemalangan berlaku, hingga ke hospital, bilik kecemasan, bilik x-ray, bilik ct scan, wad surgikal dan akhir sekali wad orthopaedik (betul ker ejaan guwa nih?), scene sedar dan tidak tu saling berganti-ganti. Berapa pain darah guwa hilang, berapa banyak tulang yang retak, berapa banyak air IV dah masok, guwa tak tahu. Sedar jer guwa dah terdampar atas katil dengan bau hospital yang bukan menjadi feveret guwa serta tangan kanan guwa yang berbungkus kemas.

Eh, panjang pulak guwa cerita, ye dak? patut la tangan guwa berdenyut-denyut. Guwa stop sini lah kali ni. Ada masa guwa update lagi. Tak larat dah nak sambung. Sori la~ huu~

Isnin, 21 Julai 2014

Insomnia, OCD & mood swing

Badan terasa lemah. Tekak kian mengering. Bibir merekah-rekah. Terasa haba merangkak-rangkak dipermukaan kulit. Aliran darah bergerak dengan kadar perlahan. Serasa bagaikan anggota badan cuba mengisyaratkan sesuatu pada diri. "Keletihan, mungkin... biasalaa... bulan aRommadhonn.. dugaan jadi double triple mencabar" ujarku pada diri sendiri. Bukan kurang waras mahupun gila, cuma sekadar bermonolog biasa.

Soalnya sekarang, aku dahpun berbaring menghadap siling selama 15 menet. Bila flight nak take-off? asyik delayy jer nie.

Ahad, 26 Januari 2014

Tak berjaya nak publish...

Damn! rasanya dah dua tiga kali percubaan untuk publish entri thru Blogger Droid tapi tak berjaya. Rasanya ni entri ketiga yang Blogger Droid tak berjaya nak update. Bukan entri yang sedang dibaca, tapi entri tu entri lain. Dah siap taip panjang, berkias-kias, ayat berbunga-bunga tapi yang sangat menyepoilnya adalah Blogger Droid buat palat. Kencing aku, kata entri tu dah siap dipublished. Aku tak tahu macam mana nak copy isi dari apps tu masuk ke sini (sebab kalau aku tau, mesti dah buat dah), jadi aku decide untuk taip entri baru.

Bukannya first time aku guna Blogger Droid. Berapa banyak entri dah dia tolong aku update. Cuma aku kesal sebab masih tak jumpa dimanakah puncanya. Aku sayang nak buang apps tu (sebab apps tu simple dan boleh diharap not till dia buat palat). Kalau nak harapkan apps dari Blogger sendiri (sebab Blogger Droid ni third party apps), memang tak jalan lahhh. Sebab.. sebab.. err.. Blogger punya apps macam haromm. Senang cerita kau anggap Blogger Droid as Google Chrome manakala Blogger (apps for android) adalah Internet Explorer version zaman Jepun dulu. Faham? good! tak perlu la aku nak explain panjang-panjang lagi.

Sebenarnya aku nak cerita apa nie? aku tak nak cerita apa-apa lah. Datang sini nak bagitau yang aku tak leh update entri guna fon haku. One of the reason kenapa aku pilih nak update thru fon adalah sebab fon nie lagi mobility compare to others gadget. In terms of size, fon kan kecik, so lagi senang laa. Kecik, susah nak taip? well, aku tak rasa aku ada masalah kat situ sebab so far, aku memang puas hati dengan prestasi dan performance Xperia L (ehem, tepuk sikitt~). L dah bagi aku yang terbaik. Kalau nak kata L paling the best in the world tu tak laa. Cuma nak kata, L pun dah enough. Kau yang mentaliti asyik nak terbaik dari ladang lah, best in the world lah, better setting balik sasaran ko tuh. Kalau yang sedia ada dah cukup, kira okey laa tu, kan? belajar tanamkan sifat bersyukur nie penting tau.

Dah ah. Maghrib oi. Chaow!

Rabu, 31 Julai 2013

Terlajak perahu boleh undur, terlajak tidur, tak turun kerja. :/

Silap. Sungguh silap.

Jam menunjukkan pukul 9:48 pagi waktu tempatan. Guwa baru buka mata. Kepala guwa kepeningan seolah-olah baru ditanduk dan diterajang oleh anak rusa Nani. Guwa cuba ingat apa yang berlaku.

Kenapa guwa masih disini? bukankah sepatutnya guwa berada didalam ruangan pejabat? kenapa keadaan sekeliling sama macam bilik tidur guwa? adakah guwa bermimpi disiang hari? atau bermimpi dimalam hari tapi dalam mimpi itu siang? kepala guwa mula sarat dengan soalan-soalan yang guwa pun tak dapat nak jawab.

Mata guwa melilau mencari telefon pintar guwa, L. Guwa nampak ada 3 panggilan terlepas. Semuanya dari "Syg". Owh, Cik S rupanya. Itupun jam 4 lebih kalau tak silap. Seingat guwa memang guwa ada angkat telefon awal pagi tadi. Cik S kejutkan bangun sahur. Oh, calon isteri contoh. Selain dari tu, tak ada panggilan terlepas dari mana-mana pemanggil lain. Sebenarnya guwa syak takut-takut mana tahu ada rakan sekerja yang buat panggilan tapi guwa tak sedar. Namun, tak ada.

Ini L

Guwa pergi dapatkan telefon pintar guwa yang satu lagi, X8. Kebiasaannya rakan sekerja guwa memang akan hubungi nombor kat telefon ni sebab guwa pasang kad sim Celcom dekat X8. Sungguhpun begitu, tak ada jua. Oh, baru guwa ingat, sorang telefon rosak dan tak dapat dihidupkan. Seorang lagi telefon hilang. Macam mana nak buat panggilan kalau macam tu? kalau ada pun yang seorang lagi (orang yang ketiga) mesti sebab kehabisan kredit panggilan. Itu pasti. Sebab kalau guwa lewat 30 saat pun dieorang akan cuba hubungi guwa. Apatah lagi guwa ibarat mangsa kena culik, dah 4 jam tak ada berita bagi dieorang.

Guwa kembali kepada L. Guwa taip satu pesanan ringkas kepada rakan sekerja guwa. Meminta maaf bahawasanya guwa tak sengaja tak turun kerja. Guwa bagi alasan kenapa. Kemudian, guwa buka aplikasi Mukabuku. Guwa cari rakan sekerja guwa yang satu lagi. Memang guwa tahu sangat dia ni. Mesti ada layan Mukabuku tak kira samada ada kerja atau tak. Sebabnya, guwa pun 5 kali 2 dengan dia jugak. Heheh. Guwa cuba cari dan akhirnya guwa jumpa. Mesej guwa sama seperti pesanan ringkas tadi, sama jer fesyen ayat yang guwa pakai. Ini bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sama dan tiada berlakunya percanggahan maklumat disitu. Kalau maklumat bercanggah, maksudnya ada yang tak kena.

Setelah guwa pasti mereka-mereka ini dapat maklumat yang sohih dimana lokasi dan bagaimana keadaan guwa sekarang, barulah guwa boleh menarik nafas lega. Jadi, guwa pun tak la berasa ibarat bergantung tak bertali. Tahu tak macam mana perasaannya itu? kalau tahu takpe. Guwa pun tak tahu nak terangkan macam mana perasaannya. Baiklah, guwa rasa seperti nak menyegarkan diri terlebih dahulu. Ada baiknya guwa pergi mandi. Nanti, kalau ada masa guwa akan kemaskini lagi entri guwa. Oleh itu, sehingga berjumpa lagi.

Assalam~ dan selamat tinggal.

*pelik tak ayat entri guwa? guwa saje jer tak nak jadi warga Anglofill (betul ker ejaan guwa?) kali ini. Hehe.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 29 Julai 2013

Servis lambat punya.. -.-"

Semalam adalah dating berbuka bersama yang agak awful dan spoiled buat guwa dan Miss S. Ini adalah gara-gara servis yang agak lambat semasa nak berbuka semalam. Kitorang tunggu sejam lebih untuk makanan yang kitorang pesan. Air pun ambik masa yang agak lama nak sampai. ABC guwa apatah lagi. Guwa perati kiri kanan, ada beberapa orang customer dah mula muka berkerut dan resah. Tambah pulak dengan rengekkan budak kecik salah sorang customer kat situ.

Semalam bukannya first time guwa makan kat situ. Sebelum ni pernah gak member guwa bawak makan. Miss S pun baru lepas makan kat situ dua minggu lepas. Tapi dia kata tak la macam semalam dieorang punya servis. Paling guwa tak suka tu bila kitorang dah selesa duduk few minutes kat situ and kitorang tengah nak order, boleh pulak sorang brader yang keje kat situ bagitau awek yang amik order kitorang mintak kitorang pindah. Peh! padahal brader tu nampak jer kitorang nak duduk kat situ. Bile kitorang dah selese baru nak mintak pindah. Pokemon betul! atleast letak ler papan tanda ker takpun sehelai kertas A4 atas meja tu dan tulis kat situ "BOOKED". Takdela kitorang sibuk-sibuk nak duduk situ. Hish! guwa bukan apa, kat situ area pondok so kira lebih private la. Last-last kitorang duduk meja makan biase jer sebab semua pondok tu dah fully booked. :/

Guwa bagitau Miss S, ni first and the last la makan (dating) kat sini. Serious tak berapa best dan Miss S pun macam setuju gak. Die lagi kesian. Lama tunggu Ice Lemon Tea. Heheh. Sorry babe. Serious kitorang tak expect benda macam ni jadi. Kalau kitorang tahu, confirm la kitorang datang lagi awal. Semalam tu pun kitorang buang masa sebelum gi situ. Jalan-jalan shopping la kononnya.

Dah lah. Nanti tak pasal-pasal pulak guwa emo lebih bila ingat pasal kejadian semalam tuh. Hmm. Till next time y'all. Bye~
Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...