Isnin, 29 Julai 2013

Servis lambat punya.. -.-"

Semalam adalah dating berbuka bersama yang agak awful dan spoiled buat guwa dan Miss S. Ini adalah gara-gara servis yang agak lambat semasa nak berbuka semalam. Kitorang tunggu sejam lebih untuk makanan yang kitorang pesan. Air pun ambik masa yang agak lama nak sampai. ABC guwa apatah lagi. Guwa perati kiri kanan, ada beberapa orang customer dah mula muka berkerut dan resah. Tambah pulak dengan rengekkan budak kecik salah sorang customer kat situ.

Semalam bukannya first time guwa makan kat situ. Sebelum ni pernah gak member guwa bawak makan. Miss S pun baru lepas makan kat situ dua minggu lepas. Tapi dia kata tak la macam semalam dieorang punya servis. Paling guwa tak suka tu bila kitorang dah selesa duduk few minutes kat situ and kitorang tengah nak order, boleh pulak sorang brader yang keje kat situ bagitau awek yang amik order kitorang mintak kitorang pindah. Peh! padahal brader tu nampak jer kitorang nak duduk kat situ. Bile kitorang dah selese baru nak mintak pindah. Pokemon betul! atleast letak ler papan tanda ker takpun sehelai kertas A4 atas meja tu dan tulis kat situ "BOOKED". Takdela kitorang sibuk-sibuk nak duduk situ. Hish! guwa bukan apa, kat situ area pondok so kira lebih private la. Last-last kitorang duduk meja makan biase jer sebab semua pondok tu dah fully booked. :/

Guwa bagitau Miss S, ni first and the last la makan (dating) kat sini. Serious tak berapa best dan Miss S pun macam setuju gak. Die lagi kesian. Lama tunggu Ice Lemon Tea. Heheh. Sorry babe. Serious kitorang tak expect benda macam ni jadi. Kalau kitorang tahu, confirm la kitorang datang lagi awal. Semalam tu pun kitorang buang masa sebelum gi situ. Jalan-jalan shopping la kononnya.


Dah lah. Nanti tak pasal-pasal pulak guwa emo lebih bila ingat pasal kejadian semalam tuh. Hmm. Till next time y'all. Bye~
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. len kali ko kena booking dulu bro.hehehe. bulan puasa ni biasanya kebanyakan restoran full house

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergh!! aku baru perasan ada orang komen kat sini. Sorry bro~ jangan marah. A'ah, mungkin silap aku jugak laa. Tak booking dulu. Huu~

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...