Jumaat, 26 Julai 2013

Gara-gara secebis gambar

Kalau sebelum ni aku ada kongsi mengenai seramshit (baca SINI), ada lagi satu akaun twitter yang wajar untuk engkorang ikut kalau engkorang jenis yang gemarkan baca mengenai kes-kes atau kisah yang rare (kisah yang famous pun ada). Nama akaun tersebut adalah @twt_asasi. Sama seperti seramshit, twt_asasi pun jenis akaun yang bertukar-tukar curator. Cuma bezanya twt_asasi bertukar curator seminggu sekali. Jadi setiap curator akan curate akaun tersebut selama seminggu. Kebanyakkan curator adalah dari kalangan pelajar jurusan undang-undang. Jangan tanya kenapa. Kalau engkorang masih curious, sila tanya mereka.

Aku tertarik dengan kes yang dikongsi semalam. Mungkin ramai yang tahu pasal kes ni tapi yang pastinya aku antara sebilangan manusia yang tak tahu menahu langsung mengenai kes tersebut hinggalah twt_asasi kongsikan semalam. Ianya adalah mengenai satu kes yang dikategorikan dibawah kes jenayah siber. Kes Amanda Todd.

Kenal Amanda Todd?


Mengenai latar belakang Amanda Todd, tak banyak yang diceritakan. Pendek kata, Amanda hanyalah seorang pelajar normal seperti pelajar-pelajar yang lain. Kes ni bermula dengan sebuah perbualan kosong diruangan chat. Dalam ruangan tersebut, seorang lelaki yang tidak dikenali mula menyapa Amanda. Lelaki itu jenis yang memang pandai, bijak dan manis mulut. Setelah agak lama "berchatting", lelaki tersebut mula minta sesuatu. Dia minta Amanda tunjukkan buah dadanya (betulkan aku kalau aku silap). Amanda ni pula termakan la pujuk rayu lelaki tersebut. Dia pun bagi la tanpa memikirkan consequence yang bakal berlaku.

Ingatkan semuanya tamat disitu, namun ternyata tidak. Beberapa hari selepas tu, dia datang lagi kacau Amanda. Kali ni dia minta Amanda berdiri didepan kamera tanpa seurat benang pun. Tapi bukan untuk ambil gambar tetapi hanya untuk tayangan secara langsung sahaja. Webcam purpose only. Rasa macam pelik, Amanda tolak la permintaan lelaki tu. Macam aku kata tadi, lelaki tu bijak, dia gunakan gambar Amanda tempohari sebagai alasan untuk mengugut Amanda. Disebabkan takut gambar tempohari tersebar, Amanda terpaksa akur. Pun begitu, dasar memang lelaki jenis pembelit, dia tu tetap sebarkan gambar itu.

Sejak gambar buah dadanya tersebar, Amanda jadi tertekan. Ini kerana perkara ni dah sampai ke pengetahuan ahli keluarga Amanda serta rakan-rakannya satu sekolah. Disebabkan peristiwa tu, Amanda mula di-bash dikalangan budak-budak sekolahnya dan sering dilemparkan dengan panggilan nama-nama yang kurang menyenangkan, dicaci dan dihina. Bukan setakat disekolah, malah diruangan maya pun Amanda turut kena bash.

Terdesak dan rasa tertekan, Amanda cuba hubungi bekas teman lelakinya. Semua benda dia cerita. Dari A-Z. Malangnya buat Amanda, bekas teman lelakinya itu pun dua kali lima dengan lelaki yang sebarkan gambar buah dadanya. Bekas teman lelakinya cuba mengambil kesempatan diatas masalah Amanda. Dia minta Amanda untuk melakukan hubungan seks. Perkara ni bukan sekali dua. Mungkin lebih dari itu. Tahu mengenai hal ni, ibu bapa Amanda bawa dia pergi berjumpa pakar terapi (atau pakar kaunseling, aku lupa). Akhirnya selepas beberapa pertemuan, mereka disarankan untuk pindah dari situ dengan harapan supaya Amanda boleh menjalani hidupnya tanpa perlu berdepan dengan pelajar-pelajar sekolahnya sekaligus mengurangkan sedikit tekanannya.

Menjalani hidup ditempat baru, semuanya bagaikan kembali seperti sedia kala. Amanda tak lagi tertekan dan dia dapat bersosial tanpa diganggu oleh masalahnya sebelum ini. Tapi, rupanya masalah tersebut muncul sekali lagi. Lelaki yang mengugut Amanda dapat kesan lokasinya yang terkini. Kalau tak silap, dia cari menerusi rakan-rakan persekolah Amanda. Entah macam mana, perkara yang terjadi sebelum ni terjadi lagi sekali. Amanda mula dipulau dan disisihkan. Dicaci, dihina sekali lagi. Dia kembali tertekan.

Dipendekkan cerita, Amanda bertindak untuk bunuh diri. Tetapi sebelum itu, dia sempat rakam satu video berdurasi lebih kurang 9 minit, menceritakan bagaimana semuanya berlaku. Enkorang boleh cari di youtube. Rasanya video tersebut masih ada. Boleh juga guna wiki. Ada diceritakan mengenai kes Amanda ni. Amanda akhirnya menggantung dirinya sendiri dirumah kediaman mereka. 

Sadis, kan? jadi kepada engkorang yang suka sangat nak nganjing-nganjing, trolling dan bash orang kat internet, boleh jadikan kes Amanda ni sebagai teladan. Berpada-pada la kalau iya pun. Engkorang kena ingat, apa yang kita buat kat orang lain suatu hari nanti akan jadi menimpa kita sendiri.

"What goes around, comes around..." right?


2 ulasan:

  1. kesian amanda ni.. adeh.. tak patut lah jantan2 tu buat macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan bro. Sampai bunuh diri budak tu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...