Rabu, 31 Julai 2013

Terlajak perahu boleh undur, terlajak tidur, tak turun kerja. :/

Silap. Sungguh silap.

Jam menunjukkan pukul 9:48 pagi waktu tempatan. Guwa baru buka mata. Kepala guwa kepeningan seolah-olah baru ditanduk dan diterajang oleh anak rusa Nani. Guwa cuba ingat apa yang berlaku.

Kenapa guwa masih disini? bukankah sepatutnya guwa berada didalam ruangan pejabat? kenapa keadaan sekeliling sama macam bilik tidur guwa? adakah guwa bermimpi disiang hari? atau bermimpi dimalam hari tapi dalam mimpi itu siang? kepala guwa mula sarat dengan soalan-soalan yang guwa pun tak dapat nak jawab.

Mata guwa melilau mencari telefon pintar guwa, L. Guwa nampak ada 3 panggilan terlepas. Semuanya dari "Syg". Owh, Cik S rupanya. Itupun jam 4 lebih kalau tak silap. Seingat guwa memang guwa ada angkat telefon awal pagi tadi. Cik S kejutkan bangun sahur. Oh, calon isteri contoh. Selain dari tu, tak ada panggilan terlepas dari mana-mana pemanggil lain. Sebenarnya guwa syak takut-takut mana tahu ada rakan sekerja yang buat panggilan tapi guwa tak sedar. Namun, tak ada.

Ini L

Guwa pergi dapatkan telefon pintar guwa yang satu lagi, X8. Kebiasaannya rakan sekerja guwa memang akan hubungi nombor kat telefon ni sebab guwa pasang kad sim Celcom dekat X8. Sungguhpun begitu, tak ada jua. Oh, baru guwa ingat, sorang telefon rosak dan tak dapat dihidupkan. Seorang lagi telefon hilang. Macam mana nak buat panggilan kalau macam tu? kalau ada pun yang seorang lagi (orang yang ketiga) mesti sebab kehabisan kredit panggilan. Itu pasti. Sebab kalau guwa lewat 30 saat pun dieorang akan cuba hubungi guwa. Apatah lagi guwa ibarat mangsa kena culik, dah 4 jam tak ada berita bagi dieorang.

Guwa kembali kepada L. Guwa taip satu pesanan ringkas kepada rakan sekerja guwa. Meminta maaf bahawasanya guwa tak sengaja tak turun kerja. Guwa bagi alasan kenapa. Kemudian, guwa buka aplikasi Mukabuku. Guwa cari rakan sekerja guwa yang satu lagi. Memang guwa tahu sangat dia ni. Mesti ada layan Mukabuku tak kira samada ada kerja atau tak. Sebabnya, guwa pun 5 kali 2 dengan dia jugak. Heheh. Guwa cuba cari dan akhirnya guwa jumpa. Mesej guwa sama seperti pesanan ringkas tadi, sama jer fesyen ayat yang guwa pakai. Ini bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah sama dan tiada berlakunya percanggahan maklumat disitu. Kalau maklumat bercanggah, maksudnya ada yang tak kena.

Setelah guwa pasti mereka-mereka ini dapat maklumat yang sohih dimana lokasi dan bagaimana keadaan guwa sekarang, barulah guwa boleh menarik nafas lega. Jadi, guwa pun tak la berasa ibarat bergantung tak bertali. Tahu tak macam mana perasaannya itu? kalau tahu takpe. Guwa pun tak tahu nak terangkan macam mana perasaannya. Baiklah, guwa rasa seperti nak menyegarkan diri terlebih dahulu. Ada baiknya guwa pergi mandi. Nanti, kalau ada masa guwa akan kemaskini lagi entri guwa. Oleh itu, sehingga berjumpa lagi.

Assalam~ dan selamat tinggal.

*pelik tak ayat entri guwa? guwa saje jer tak nak jadi warga Anglofill (betul ker ejaan guwa?) kali ini. Hehe.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...