Sabtu, 27 Julai 2013

Terasa sebak bila...

Guwa paling pantang dan paling tak suke bila tengok rancangan Bersamamu kat tv3. Apa-apa jer rancangan yang seumpama tu guwa tak berapa nak berkenan. Bukan apa, disebalik ketampanan dan kemachoan guwa, hati guwa ni sebenarnya mudah nak tersentuh. Hati guwa ni lembut sebenarnya. Lagi lembut dari lintah darat (mende?). Bila guwa tengok rancangan seumpama tu, mula la lantai rumah guwa nak banjir. Mak guwa pun tak larat nak mop lantai tu. Sampaikan guwa sendiri hampir lemas dalam kolam air tangisan buatan guwa sendiri. Sebab tu la guwa malas nak layan. Kalau layan.. tsk.. tskk.. iskk.. hmm.
Tapi itu tak menghalang guwa dari mempromosi niat murni Lifebuoy ni. Guwa rasa terpanggil la nak ungkapkan sepatah duwa kata mengenai program yang dieorang jalankan. Guwa nak citer panjang lagi tapi apakan daya, tak tertahan dah guwa ni. Sebak sangat terasa didada guwa. Ni pun guwa tahan sebaik mungkin. Guwa perasan beberapa titisan air mata mula menitik atas meja guwa. Tsk.. tsk.. tsk..

Apa-apa pun, berita selanjutnya kat sini, Don't leave the less fortunate behind this Ramadan! Ianya mengenai pengorbanan seorang bapa tunggal dalam menjaga dan mendidik anak-anaknya serta cabaran yang diharungi menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma. 


Guwa nak masuk jamban. Nak nangis lama-lama kat dalam tu. T^T

6 ulasan:

  1. Dalam hati ada taman rupanya.. :p

    BalasPadam
  2. hana xtersentuh sangat pasal prgram bersama mu ni.. hehe entah kenapa pun xtau.. tengok tetap tengok

    BalasPadam
  3. ko janganlah menangis dalam jamban tak ajak aku!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom bro~ kita ketawa bersama menangis bersama. Huu~ T^T

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...