Aku ada member non-muslim. Non-muslim tak ada larangan untuk meminum arak sepertimana muslim muslimat semua ditegah (bahkan ada yang muslim tapi minum jugak. -.-"). Tapi dieorang tahu batas dan apa yang aku boleh makan/minum dan faham keadaan aku. Aku kira beruntung ada member macam tu. Bukannya jenis yang "aku minum relax jer, kau pun try la weyy". Spesis macam ni, kalau boleh dia nak tengok satu dunia pun ikut buat apa yang dia buat. Harap kita tak ada member macam ni. Kalau ada, sila ambil precaution.
Cuma, aku kurang respek (lama-lama boleh hilang respek aku) bilamana ada orang yang waktu bekerja pun dia minum. Kemaruk sangat ker apa? tak boleh tunggu malam ker? nak-nak lagi lepas tu kena berurusan dengan orang lain. Takkan nak guna bahasa isyarat, kan? kena juga buka mulut. Tapi... hanya Tuhan yang tahu. Mulut berbau arak dan buat orang lain rasa tak senang. Dah tu pipi kaler merah jambu. Haduiii~ korang nak hadap ker orang macam ni?
Tetiba teringat pulak masa zaman lepas SPM dulu. Masa tu memang innocent la aku. Bau arak pun tak kenal. Aku kerja sebagai cashier kat station pam minyak. Masa tu malam, pukul 7 lebih macam tu kalau tak silap. Ada sorang lelaki masuk ke dalam, tengah cari barang. Baju selekeh, aku expect mesti kerja dekat workshop. Nampak kesan minyak kat lengan serta kat baju dan seluar. Masa dia nak bayar, aku perasan la ada bau yang pelik. Aku tak tau apa-apa, tercari-cari mana datang bau tu.
Mamat tu pulak, tak cukup dengan mabuk, nak berlagak pulak. Masa tu duit dia bagi note kertas RM1, banyak. Mungkin dalam RM7 ada laa. Dah tu pulak duit tu buruk. Aku okay jer nak terima except ada satu tu yang macam dah koyak terbahagi dua tapi ada selotape yang menyatukan kertas tersebut. Aku reject laa duit tu. Aku mintak duit lain. Mamat tu dah high, dia gertak nak pukul aku. Aku nak kata berani sangat tu tak aa, tapi bila dicabar, mau tak panas jugak hati ni. Aku lawan la balik cakap dia. Aku kata kalau tak nak tukar duit, dia kena pulangkan salah satu dari barang yang dia ambik tadi. Masa tu suasana dah tegang. Aku rasa semua orang fokus kat kitorang berdua.
Disebabkan takut keadaan menjadi bertambah buruk, last-last supervisor (perempuan) kitorang suruh terima jer duit tu. Yang penting dia blah dari situ. Aku pun bengang aa. Mana fair macam tu. Lepas tu, supervisor tu tanya aku, "kau tak perasan ker mulut dia bau arak? dia tengah mabuk tu". Lepas tu, aku pun macam "oh ye ke? sorry~ tak tahu pun". Hahah. Cilake.
Sampai sekarang aku tak suka dengan bau tu. Sebab tu bila company ada buat party or celebration, aku berat hati nak attend. Sebab aku tau, memang akan ada air tu punya. Nanti tak syok la tengok dieorang mabuk. Dieorang pun rasa tak syok sebab aku tak minum sama. Thats why aku prefer tak nak pergi. Last time, ada sekali jer aku attend. Tu pun aku rasa gelisah dan tak selesa. Dieorang bila dah minum, high, memang personaliti pusing 360° laa.
P/S: Kalau aku dengan Miss S minum kopi susu, kitorang jadi aktif dan talkative. Adakah itu suatu kesalahan? :O
Published with Blogger-droid v2.0.10
Lain kali buat dunno je, okay? Part minum kopi takde salahnya pun hadoiii. :p
BalasPadamNoted. Thank you. Tak salah eh? baiklahhh. ;P
Padamamasya
BalasPadamsinop
çorum
sakarya
van
NİQ
3F5D6
BalasPadamçanakkale görüntülü sohbet canlı
bitlis ücretsiz sohbet siteleri
canlı sohbet et
parasız görüntülü sohbet uygulamaları
sohbet muhabbet
sesli mobil sohbet
van telefonda canlı sohbet
kars mobil sohbet sitesi
nevşehir kadınlarla görüntülü sohbet
BF5C3
BalasPadameigenlayer
layerzero
satoshivm
zkswap
shapeshift
pudgy penguins
dappradar
yearn finance
uwulend finance