Isnin, 16 Disember 2013

10 ekor semut hitam

Tahu lagu 10 budak hitam? guwa rasa nak gubah lagu tu jadi 10 ekor semut hitam. Pastu guwa akan rakam dan save dalam format mp3. Then, guwa pasang lagu tu kuat-kuat dengan harapan semua semut dalam bilik guwa (terutamanya semut hitam) dapat dengar lagu tu.

Guwa bukan apa, guwa sakit hati dengan kehadiran semut-semut dalam bilik guwa dan dieorang buat bilik guwa macam bilik dieorang sendiri. Apa kejadahnya sedemikian? binatang punya semut.

So, bila dieorang dengar lagu tersebut, ada la sedikit (atleast sikittttt pun jadilah) timbulnya ketakutan dalam hati dieorang terhadap guwa. Lantaran itu, mudah untuk guwa mengawal indeks kematian semut dalam bilik guwa sekaligus mengawal populasi semut-semut tersebut. Amacam? genius tak guwa?

Jangan tanya semut hitam ada telinga serta hati atau tak, nanti guwa tampar lelaju menggunakan spender basahan guwa. Mampu?

P/S: Miss S, mohon jangan gelak. Mohon sama-sama membantu membanteras isu semut-semut nie.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. Nak jadi penyanyi pulak dah? Hihi. Tukar bidang ke? :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sajeee. Nak tengok ada bakat terpendam atau tak. Hee~ :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...