Jumaat, 13 Disember 2013

Siapa aku?

Hari berganti hari, waktu berganti waktu. Hari yang serasa bagai semalam dah pun berlalu. Masa berjalan tak menunggu. Kadang membuatkan aku keliru. Dan end up aku sendiri pun buntu. Celaru, ya kau boleh kata begitu.

Berubah itu suatu perkara normal. Siapa yang tak pernah mengalami perubahan? bahkan kucing jiran aku pun berubah. Semalam, malu-malu kucing tapi hari ini, dah pandai sailang awek bestfriend sendiri. Pura-pura cari makanan dibelakang semak berdua, rupa-rupanya sedang... *ehem*. Kau faham-faham sendirilah. Segan pulak aku nak cerita. Hanya mampu geleng kepala sahaja.

Begitu jugak aku. Maksud aku berubah. Bukannya berdua didalam semak. Mohon jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin, aku berubah secara drastik. Opps, drastik itu mungkin agak terlampau, tetapi ya, aku akui sendiri aku memang berubah. Tapi jauh sangat ker perubahan tu?

Sampaikan aku sendiri tertanya-tanya, siapa aku? apatah lagi orang lain disekelilingku. Aku tak hairan kalau mereka kata, mereka makin tak kenal aku. Aku faham perasaan itu. Aku berubah, mungkin menjangkau waktu. Tak seiring macam dahulu. Padahal dulu aku tertinggal jauh dibelakang hinggakan sebatu.

P/S: Berubah itu memang sifat manusia. Itu lumrah dan fitrah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...