Kitorang pun mula la mencari-cari mana yang sesuai. Miss S suggest supaya aku angkat t-shirt tribal. Dah lama dah dia request nak tengok aku pakai t-shirt macam tu. Follow trend katanya dan mesti nanti aku nampak "macam comel jer, macam comel.jer..." (plan nak ambil hati ker apa ni?). Okay laa, tribal pun tribal laa. Finally, aku jumpa satu yang aku suka. Miss S yang tolong pilihkan (thanks Miss S). Then, aku minta dia pilih satu untuk dia sendiri. Tak syok la kalau aku sorang jer yang beli. Dia yang asyik temankan aku jalan dari tadi takkan nak tengok jer plus kalau beli dua, harga lagi murah.
Mulanya dia refuse. Biasa la, taktik. Ye tak, Miss S? hehe. Aku insist dan aku kata kat dia, kalau dia tak nak angkat satu, aku cancel beli baju yang dia dah tolong pilihkan tadi. Dia pun mula laa cari. Ada beberapa helai yang menjadi pilihannya dan agak makan masa jugak untuk dia nak decide. Sampaikan dia minta pendapat aku mana lagi yang lebih sesuai.
Memandangkan masa terbatas, aku pilih salah satu baju yang berwarna warna favourite dia. Dia diam dan berfikir seolah-olah keputusan yang bakal dia ambil akan menentukan masa depannya. Haduii~ then dia mula cari baju yang lain dan still, dia minta pendapat aku samada baju tu okay atau tak. Aku macam biasa, seperti typical boyfriend yang lain memang 80% akan jawab okay. Dia macam tak percaya dan sangsi dengan jawapan aku. Kononnya aku kata macam tu sebab nak ambil hati dan sebab aku nak cepat-cepat keluar dari kedai tu. Pulak dahhh. Tapi dah memang betul-betul okayy, aku nak jawab apa lagi? heh! girlsss~ -.-"
Selepas, tiga empat kali bertukar baju dan minta pendapat aku, aku dah mula rasa geram. Bukan fed up, cuma geram. Diibaratkan masa tu, aku rasa kalau ikutkan hati, memang aku dah gigit-gigit Miss S. Ye la, movie dah nak start beberapa minit lagi. Nanti terlambat pulak. Masa tu aku bagitau dia, better pilih satu yang dia betul-betul berkenan atau aku akan tarik dia straight pergi tengok wayang dan cancel beli baju, termasuk la baju yang aku nak angkat.
Lepas tu dia gelak dan buat senyuman keji plus manja. Aihhh. Rasa hati nie geram dan cair pun ada at the same time. Ishhh. Paling aku rasa tak boleh nak terima, dia akhirnya pilih baju lain (yang bukan among yang dia pilih awal-awal tadi). Aku macam.. "whaa...ttt?? biar betul?". Dia pilih baju t-shirt warna putih dengan corak rama-rama bersaiz besar. Biar betul Miss S nie. Masa tu aku macam "Eeeiii~ ggrrr aummm. Ehhh?.;P". Sebelum dia tukar fikiran buat sekian kalinya lagi, aku cepat-cepat rampas baju tu dari dia dan terus tuju ke kaunter. Then cepat-cepat aku bawak dia keluar dari situ.
On the way nak pergi tengok wayang, aku mula la membebel. Dia senyum jer. Hisshh.
P/S: Dia kata dia sengaja buat aku geram on purpose so that nanti aku akan ingat kat dia. *speechless* Hee~ ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10
Just smiling. Hehe ;3
BalasPadamSuke letteww~ ;P
Padam