Bila menjelang petang hari, baru aku mengerti. Berita yang aku terima, aku cuba hadamkan. Terkejut sebenarnya kerana tak pernah menyangka itu akan terjadi. Heh, salah sendiri juga. Terlalu bersenang-lenang didalam zon selesa hinggakan pandangan hadapan menjadi kabur. Bila perkara sebegini terjadi, mula la menggelabah tercari-cari tempat untuk bersandar dan berpaut. Jujur, rasa bagaikan nak rebah. Bukan fizikal, tetapi mental. Tapi aku sedar aku harus kuat. Ini baru sedikit. Belum apa-apa lagi.
Hurmmm.
Setahun lebih... setahun lebih dah pun berlalu. Banyak benda yang dah aku kutip. Kenangan, perasaan, pengalaman, pendek kata segala-galanya. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut walau mental dan emosi aku mulai stabil, lantas aku tak tahu nak kata apa. Benda yang mungkin paling waras aku ucapkan sekarang adalah terima kasih. Ya, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana bagi aku peluang. Terima kasih kerana bagi aku kepercayaan. Terima kasih untuk masa-masa yang diluangkan bersama. Itu mahal. Tak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan dan... arghh!! aku dah kehabisan dengan kata-kata. Tak tahu lagi nak susun macam mana.
P/S: Aku tak clash dengan Miss S. Mohon tak ada yang salah faham. Aku sayang dia. ;')
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan