Walaubagaimanapun, guwa berasa gembira dan sedikit lega even selepas ni guwa memang akan sibuk mencari "lubang" baru. Lega sebab buat pertama kalinya guwa berjaya menamatkan kontrak kerja guwa. Pengalaman sebelum-sebelum ni guwa mana ada official contract. Ini la yang pertama kali dan alhamdulillah guwa berjaya menamatkannya. Perasaannya sukar guwa nak gambarkan. Rasa macam tamat sekolah (selepas tingkatan 5) pun ada. Lu orang yang bekerjaya tu faham laa perasaan guwa.
Sebenarnya kontrak guwa dah pun tamat pertengahan bulan 10 yang lalu. Boleh rujuk entri guwa bulan oktober. Namun masa tu kontrak guwa disambung semula (extent) sehingga hujung tahun which is hari ini. Guwa ingat tadi nak bagi ucapan farewell sepatah dua kata, akan tetapi guwa takut guwa yang rabak. Dah la dua hari yang lalu, rumah guwa dilanda banjir, tak pasal pulak ofis guwa banjir gara-gara penuh dengan tangisan air mata guwa. Tsk.. tsk.. tsk... Jadi, guwa decide tak jadi laa nak bagi ucapan. Tadi sebelum balik, boss guwa pun ada buat meeting, berucap sepatah dua kata. Sedikit hiba jugak masa tu namun perasaan tak sabar nak balik agak mengaburi perasaan yang hiba itu. Baru jer nak fefeeling. Ishhh. Scumbag brain.
So thats pretty much sums it all up. Guwa tengah berkira-kira ni, balik nanti nak buat apa. Heheh. Okay lah, till next time okay. Cerita banjir tu guwa hold dulu lah. Insya Allah ada masa dan idea nanti guwa update. Just stay tuned orite. Till then, bye~
P/S: Guwa bagitau Miss S guwa nak apply kerja kat McD (temporary) tapi dia tak bagi sebab dia kata dia rasa lebih insecure kalau guwa kerja macam tu. Heheh. Saje jer guwa nak usik dia. Sorry babyy~ ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10
hello mr. semoga happy di tahun baru 2014. Jangan sedih2 maa :)
BalasPadamHeheh. Okay. Same goes to you. Happy new year 2014. Don't worry be happy. Okay? :)
Padam:)
BalasPadam;3
Padam