Ahad, 8 Disember 2013

Kebasahan

Perghhh!! lama dah tak berhujan sambil ride CT100 guwa. Tadi guwa tak dapat mengelak lagi. Kena pulak dengan hujan lebat. Member guwa siap tanya, "nak redah hujan ker tak? aku mana-mana pun okayy". Peh! guwa pun tak kisah la kalau kena basah hujan sekalipun. Kata gangster, kan? hujan lagi buat guwa cool apa. Tapi yang guwa risaukan jalan yang kebasahan, penuh dengan keairan. Dah la jalanraya bukannya cantik macam Nora Danish mahupun Neelofa. Lopak ada dimana-mana. Nak-nak lagi CT guwa nie memang ganas sikit bila membrek. Itu yang guwa risau. Walaupun gangster, tapi safety harus dijaga. Safety first tahu.

Jadi, sambil menunggu hujan slow down, kitorang redah la sekejap mencari port yang cantek sikit. Ye la, tak macho aa lepak depan kedai, berdiri sambil merenung awan seolah-olah sedang membaca aliran hujan bila nak berhenti. So, member guwa bawak guwa singgah dekat open area food court tak jauh dari lokasi kejadian. Okay laa. Ada tv. Boleh layan movie yang dipasang walau tak dengarpun mende yang dieorang cakap.

Guwa order teh tarik. Ingat nak minum jer. Tapi member guwa suggest pulak nak pekena sup tulang. Aahh, sup tulang pun sup tulang ah. Tulang guwa pun dah menggigil kena hujan sebentar tadi (perghh!! kata gangsterrr). Lepak punya lepak, tak sedar pulak masa berlalu. Hampir 2 jam kitorang lepak situ. Member guwa layan syok punya. Bukan sebab layan tv. Tapi sebab "cuci mata" melihatkan awek-awek indon yang sedang ambil order. Parahh, member guwa yang sorang nie memang parahh. Pantang tengok awek sikit. Guwa tak macam tu (kononnya). Hee~

P/S: Miss S jangan marah please. Mata I tengok tv jer. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 ulasan:

  1. Tapi tak sah kalau tak menjeling tengok awek kan? Tipu kalau tak tengok.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...