Isnin, 9 Mac 2015

Romancinta

Aku akui, aku dah mula "hilang" dari kehidupan yang serba fana ini. Bunyi seperti kera yang kechewa setelah ditinggalkan bagai habis madu, sepah dibuang tapi sebenarnya tak. Tidak sama sekali. Aku tak pasti bagaimana atau apa puncanya, tapi hari-hari aku terasa kosong dan "aku" yang dulu tak sama lagi dengan "aku" kini.

Dah lah, aku malas nak melayan perasan cenggini, berdrama tak sudah-sudah so let's cut the chase.

Nah gambar. Pinjam dari Google. 
Romancinta, bunyinya kedengaran seperti pertembungan bahasa bahkan bila aku dengar, aku tak tahu apa pun maksudnya. Aku mula tertanya, apa definisi perkataan tersebut.

Aku mula dapat tahu perkataan "Romancinta" dari member. Ianya tajuk lagu kumpulan Mojo yang sebelum ni femes dengan lagu Andai Ku Bercinta lagi. Seriously, dah kenapa dengan band nie? memang tema lagu bagaikan merpati yang patah sayap ker aper? macam frust jer. Tak apalah, engkorang lagi lebih faham dari aku. Aku tak tahu pun samada ianya ada genre sendiri ataupun tak. Entah. Rock? rock-jiwang? sentimental? urghhh... nevermind me.

Walaubagaimanapun, seperti Andai Ku Bercinta lagi, lagu Romancinta nie memang meng.. meng.. meng.. apa eh? hurm.. aku cuba nak kata yang aku "jatuh suka" dengan lagu nie. Dengan liriknya, vokalnya (well, biasalah.. Aweera kan..), muziknnya, pendek kata (panjang tak kata apa-apa..) aku cukup suka dengan lagu nie.

Haritu, member bawak karok dan lagu nie adalah lagu pertama yang dipilih. Sejujurnya masa tu aku tak tahu apa-apa pun pasal lagu nie (except sebelum nie pernah dengar tajuk ni, lepas tu AJL29 lah.. blablabla.. blablabla..). Bila dengar jer member bawak lagu nie, agak meremang jugak laa bulu roma. Nasib baik bulu-bulu yang lain tak kena effect yang sama. Perghh~

Then, memandangkan hari nie internet opis baru nak ada (sedih dowh, berapa minggu dah tanpa internet berkelajuan tak berapa nak tinggi tapi atleast lagi laju dari mobile data aku) aku download vid clip official lagu nie serta vid klip AJL29 yang ada Caliph Buskers tu. Respect ah kat dieorang. Dah la lagu nie memang mencabar vokal. Boleh pulak dieorang bawak selamber. Respek, respek.

Berbalik kepada isu tadi, apa itu Romancinta sebenarnya? okay, setelah google selama 37saat, aku dapat tahu yang Romancinta ni membawa maksud "perasaan romantis dalam cinta" atau "merasa cinta dalam hati". There you go. Now I understandlah kenapa lagu nie cukup "menyentap", "meledak" dan "memerangkap" sanubari aku. Cerita cinta aku? aku malas nak cerita because it's personal. Hahah (ketawa tak berapa nak ikhlas). Takde ah, malas nak fikir memanjang. Ceritanya pun agak panjang, so malas ah nak citer. Aku frust?? hahahahah (ketawa lagi..). Hurm, manede. K ah.

Okay, aku takleh nak lelame. Next time ah. Bila? jangan tanya lah. Kalau ada, engkorang tahu laa. Alright, ciao!

9 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...