Engkorang yang dapat A++ SPM tempohari tolong semak, betul tak peribahasa diatas? sebab aku tak berapa nak yakin ianya betul. Tapi bunyi-bunyinya lebih kurang macam tu lah. An? an? annnn? peribahasa tu membawa erti kurang lebih macam "biar berabis duit untuk sesuatu, asalkan puas hati bila kita menggunakannya/memakainya". Haa.. nie yang aku nak cerita sebenarnya. Mungkin buat sesetengah dari engkorang, cerita ini tiadalah best mana pun dibandingkan dengan "Suamiku Enchik Sempurna Sepuloh" malah "Ong Bak Rindu" mungkin jaoh lebih best daripada cerita yang bakal aku ceritakan ini, tapi... apa boleh buat, alang-alang dah sampai sini, baca sahajalah. Hahah.
Begini sebenarnya... objek yang aku ketengahkan disini tak lah semahal mana. Beg Channel, basikal fixi, serta jam tangan Alain Deloin (ejaan macam haram, sorry aku tak reti) lebih-lebih lagi mahal. Objek yang aku nak cerita adalah seutas "pemetik api". Lebih mesra lagi dengan nama panggilan mat sallehnya yakni "lighter". Haa.. lighter nie jikalau engkorang tidak mengenali, aku tak tahu nak letakkan engkorang dalam kategori spesis apa.
Baru-baru nie, ada laa dalam 2-3 minggu lepas, disebabkan bekalan gas penunu bunsen aku habis, terpaksa laa aku belikan yang baru. Sebelum nie, aku biasa beli yang berjenama "Alladdin", "Cricket" serta "Yeppi!". Mungkin sebab aku noob, maka itu sahaja jenama yang aku kenal. Ada jugak jenama macam lighter murahan China, tapi oleh sebab terlalu banyak, aku tak kenal. Malahan aku kurang yakin dan percaya bahawa ianya selamat untuk digunakan.
Halnya disini... aku terbeli sebijik lighter "Alladdin" kaler yang tak transparent punya. Kaler kuning telor. Apa yang peliknya, sekilas rupa lighter tersebut aku belek (time nie aku dah beli, almaklum laa sebab rege RM1 jer ponn) terdapat perbezaan dengan lighter-lighter dengan jenama yang sama sebelum-sebelum ini. Dengan kepala lighter yang berkilat lebih dari biasa (walaupun ada nama tertera), warna badan lighter yang tidak telus cahaya, serta (ini yang paling penting), tiada sticker yang mengandungi amaran, logo Sirim dan barkod. Aku dah terbeli, jadi.. aku merasa ditipu. Nak cepat punya hal, sampai aku alpa (padahal benda macam nie sepatutnya aku sedar sebelum beli), tambahan pulak dengan tuan empunya kedai tak kasi tau pulak. Jadi aku merumuskan bahawa lighter tersebut adalah tidak asli lagi tidak ori.
Kenapa aku kata begitu?
Bayangkan sahaja, dalam 5 cubaan memetik api, akan ada 1 cubaan yang meghasilkan api super panjang dan berbunyi. Macam mana aku nak explain ah? kira macam api tu terlalu kuat laa, padahal takde ejas-ejas pun. Just petik-petik jer sebab api susah nak jadi (tak se-smooth "Alladdin" yang ori). Bila mana aku terkena macam tu, aku teringat dulu masa dalam wad (masa aku eksiden last year), ada seorang lelaki merangkap sepupu kepada pesakit katil bersebelahan dengan aku, dikejarkan ke wad emergency sebab mata sebelah kiri nya mengalami kebutaan sementara (temporary blind) disebabkan oleh pemetik api yang tiada keoriannya serta bulu kening mata kirinya sudah tiada lagi balance yang tinggal (mohon jangan gelak, sebab... nanti aku tergelak sama, tapi ini serius berlaku dan tak tipu).
Akhir kata (awal tak kata apa-apa), kepada siapa kita nak mengadu? kelab perokok satu malaysia? Perdana Menteri? atau ada badan-badan khas yang sedia untuk membantu? okaylah, abaikan itu. Cuma disini, kita sama-sama ambil pengajaran bahawa, hatta benda yang simple sesimple lighter, tidak harus kita pandang enteng (perghh!! vocabulary akuu..) serta remeh kerana kelak, ianya akan membawa padah. Dah bunyi macam 999 pun ada jugak. Hahah.
Alright! done here. Ciao now. Bye!
P/S: Maaf, gambar tak sempat pulak aku tempek. Hihi. :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan