"Psikologi" atau "Saikoloji"?
Awal pagi lagi mata guwa dah celik. Gara-gara alarm telefon pintar guwa lah. Rasa macam nak bertukar jadi Hulk pun ada. Bukan marah, terkilan. Mana taknya, guwa lagi syiok tidur maaa sambil diiringi hujan yang mendinginkan. Tapi tak cukup dingin untok mengelakkan hati guwa dari memercik api, membakar kenangan lama.. ehh?? itu lagu Apis "bahagiamu jangan kasitau aku". Maksud guwa tadi, memercik api rasa nak dibalingkan ke dinding sajaa (telefon pintar guwa).
Sejenak lepas guwa tutup alarm, guwa takleh nak sambung mimpi indah guwa. Segala adegan berahi guwa ranap begitu sahaja. Guwa baru nak stim-stim dengan awek Filipin tiba-tiba alarm menyelinap masuk ke segenap dimensi deria pendengaran guwa. Jilaka!
Jadi tadi, guwa bukak moment WeChat guwa. Member guwa awal pagi dah post moment. Guwa jadi tertarik menarik kau memang da bom dengan post beliau. Guwa cadang nak share. Kenapa? kenapa apa? ikut suka guwa la nak share apaaa~
Biar guwa tepek sini dulu mende yang beliau (member guwa) share...
Guwa harap gambaran diatas boleh luorang fahami. Pada gambar tersebut, tertera perkataan "psychologist", bermakna itu apa pakar psikologi kata, bukan tok kadi mahupun imam muda (melainkan dieorang juga adalah psychologist pada masa yang sama) yang kata.
Dari gambar tersebut, guwa telah rumuskan sesuatu mengenai diri guwa lah. Kalau mengenai diri anda, memang taklah sebab anda lagikan guwa tak kenali atau adakah anda Tok Kenali? kenalkah anda dengan Tok Kenali? kenalikah anda dengan Tok Kenali serta mengenalikah beliau terhadap anda? jawapan ada pada diri anda. Bak kata penpatah, tepuklah dada... sampai sakit.
Sampai mana rumusan guwa tadi? dah macam susu untok tumbesaran kanak-kanak pulak, ada rumusan. Biasa dengar, kan? alaaaa, yang eklan dekat tibi tuuu. Selalu dieorang sebut "rumusan bifidus.. ataupun.. rumusan B3 lah, B5 lah..." dan sebagainya. Sehingga perenggan ini, guwa sedari (bukan saudari ye, saudara-saudari sekalian) yang guwa melalut sampai tak henggat (ingat) nak berpijak diatas bumi dah. Rasanya guwa dah sampai bulan dah melalut, bukan hanya ke laut.
Okay. Biar guwa kasitau dalam sekali nafas. Jap, kasi guwa ejas peparu guwa dulu. *tarik nafas, hembus, tarik nafas, kentut* dari apa yang pakar psikologi kata... guwa dapati... guwa seorang yang:-
- Dalam hati, sangat sunyi (bukan dalam hati ada taman). - Guwa penyimpan rahsia. - Guwa lemah. - Guwa bukanlah seorang yang inesen (innocent) serta berhati lembut. - Guwa tak perlu cinta (ye ker? macam tipu jer).Alamak... dah ah. Guwa gerak dulu. Guwa dah lewat. Aaaaaaaa~ ciao!
P/S: Poin guwa macam tak berape nak sampai jer. Guwa hanya sekadar nak share. Anda pula bagaimana? cer komen fidbek kit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan