Rabu, 25 Mac 2015
Selamat Hari Jadi... awak...
"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to you.."
"Happy birthday to... Miss S.."
"Happy birthday to you..."
Honestly, aku terasa segan nak nyanyi masa tengah kengkoling tadi. Aku nyanyi separuh jalan dan sebab aku rasa malu, aku tersengih macam hamster. Bilamana "sengihan" aku tu kantoi, Miss S marah aku. Katanya nyanyian aku tak ikhlas. Aku bukan tak ikhlas, bukan aku nak mempersendakan dia, aku malu sebenarnya. Mungkin dia lupa aku nih pemalu orangnya. Apa tu..? bu.. bu.. budiman? haa.. lebih kurang macam tu laa orang kata perangai aku nie (konon!).
Aku tak tahu pulak dia nak ambik hati. Bila aku nak perbetulkan keadaan, aku tukar topik. Entah macam mana, aku ter-mentioned "entering the second century.." lebih kurang macam tu lah ayat aku. Memang! aku rasa macam aku nie salah timing serta inappropriate pun ada. Punchline aku gagal dijual. Tambah pulak, dia dah mula moody, mood berubah 360°. Segala gurau senda, tawa riang, hilang dari radar dan gagal dikesan. Apa yang tinggal hanyalah kabus yang menebal serta kelam menyelubungi suasana.
*suasana sepi buat beberapa ketika*
Apa-apa pun, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir~" buat Miss S yang ke?? (demi menjaga sensitiviti, aku rahsiakan. Maaf!). Usia hanyalah angka. Jangan biarkan kata-kata nista meracuni diri. Pedulikan apa orang nak kata dan jadilah diri sendiri. Semoga gembira sentiasa, sebab itu lagi penting. Semoga dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Diharap tabah menggalas tanggungjawab dalam karier serta dalam kehidupan sebagai seorang yang berprofesyen. Bersyukur dengan apa yang ada, kerana tiada yang bersifat kekal didunia yang fana ini. Nikmati serta hargai setiap saat yang ada. Segala yang indah, rakamkan didalam memori, boleh la jadi nostalgia dikemudian hari. Segala yang pahit, jangan dilupakan sama sekali, jadikan ianya pengajaran dalam kehidupan supaya tak berulang lagi suatu hari nanti. Dan...
Erk?! panjang pulak text ucapan yang aku nak sampaikan kepada Miss S. Tak apa, aku dah potong dah. Cukuplah apa yang dah aku sampaikan tu. Harap boleh la dia ingat bilamana dia terkenangkan aku, hahah (gelak jahat). Ada baiknya aku mengundur diri dulu, sebab mata aku dah macam daun pokok semalu. Pemalu-malu selalu (mende nih?).
Sampai sini dulu. Bye!
Psst: Dengan harapan Miss S baca entri nie suatu hari nanti. Sobs... sobs...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan