Rabu, 1 April 2015

April Pertama & GST

Aku nak kata apa? sana sini sinun, semua orang dah bercerita

Tajuk memang level attention seeker. Mencari publisiti murahan dengan gred cap hangat-hangat tahi ayam memang menjadi hobi aku. Ingat aku nie ape bende nak tau semue bende? kau bukak cerita GST dengan aku, memang aku akan jadi 80% pendengar-tak-berapa-nak-setia. Tak banyak yang aku tau dan kebanyakkan yang aku tau pasal GST semuanya dari media massa, media sosial serta borak kosong sambil mengeteh yang telah "disuap" ke dalam minda bawah sedar. Betul atau tak, mitos atau lagenda, aku tak pasti. "Rubbish!" bahasa penjajah yang mudah untuk menerangkan pemahaman aku pasal GST. Aku bukan kata GST itu sampah, tapi aku kata pemahaman aku mengenai GST itu yang sampah sebenarnya (sila fahamkan ini, jangan nak saman mengkhinzir buta). Ya, itu kelemahan aku.

Bukan aku tak berminat nak ambil tahu, atau tak ada keinginan nak tahu, tapi disebabkan terlalu banyak input sampai kepala aku kusut tak sempat nak susun lagi yang mana fakta dan yang mana auta. Apa nak jadi, jadilah. Mohon engkorang yang baca entri nie jangan ikut jejak langkah aku, sebab ini salah satu contoh penyumbang kepada pemikiran yang kurang matang. Sedikit sebanyak boleh menjatuhkan ekonomi negara sebenarnya (sembang kencang beb~).

Dah lah. Aku saja ja nak kemaskini entri. Kalau dibiar tak dikemaskini, tak meriah lah blog aku. Hambar. Tak laku. Roti nan cheese yang dijual oleh Mak Cik Biha (bukan nama dalam IC) lagi laku dari blog aku. Oleh itu, bersama-samalah kita menaikkan jumlah pelawat unik datang ke blog ini. Tak susah mana, hanya load page dan buang la barang semenet dua untuk baca entri (mudah bukan?)

Akhirul kalam, dengan lafaz taufik dan hidayah aku mengakhiri entri aku kali ini. Wa Assalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Adios bebeh! caw cin caw! babai. Yom cikedd!! okay, dah dah. Ciao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...