Jumaat, 3 April 2015

Bosan tahap Cipan...

Banyak kali aku tenung dinding dan siling. Sekali sekala aku jeling pintu. Seolah-olah aku tak pernah lihat sebelum ni. Apakah ini... cinta..? tidak! ini lah yang dinamakan bosan. Aku dah sampai suatu tahap yang mana aku sendiri tak tahu nak buat apa.

Aku setup laptop. Pasang. Buka winamp. Cari folder "Music". Speaker terpasang, menanti lagu yang aku bakal mainkan. Dengan cekal dan tabah, aku mainkan lagu. Dengan hadirnya Minilyric, aku rasa sungguh terharu. Tanpanya, aku hanya mampu miming sahaja. Tak tahu nak sebut apa sebab tiada lirik. Tapi tak lagi. Terima kaseh Minilyric. Terima kasih!! *kesat hingus*

Disebabkan aku luangkan satu jam, menyalak bagai anjing kurap dalam bilik, bersendirian. Aku dah pun keletihan. Peluh jantan memenuhi belakang badan aku. Fewh~ rasa macam exercise pun ada. Tapi masalahnya tekak mengering mengalahkan parit diluar rumah. Jaoh lebih kering dari itu. Bermakna, sekarang aku haus. Air kat mana? air air kat mana? dah, aku nak pergi cari air. Maaf sebab buang masa korang baca entri nie. *senyum kambing dipaparkan dengan indah*

ciao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...