Aku tak tahu dimana silapnya. Sejak semalam lagi aku dilanda mengantuk yang serba dashyat. Kelopak mata asyik berkelip. Aku cuba tahan dan lawan perasaan ni. Walau ada sekali dua aku hanyut gara-gara aku membaringkan diri, namun aku gagahi jua. Nasib baik aku belum sampai ke tahap duduk pun boleh tertidur. Itu lagi kritikal rasanya.
Sekarang pun, aku masih mengantuk lagi. Semalam (dan malam sebelumnya) aku rasa aku dah masuk tidur awal dari biasa sebenarnya. Adakah silapnya kerana aku tidur lebih awal? kalau aku tidur akhir boleh pulak aku bangun awal. Ini tak. Tidur awal ingatkan boleh bangun awal, tapi tidur awal, bangun lagi lambat dari biasa. Badak air pun tak berperangai sebinatang ini. Arghhhh!!
Jadi, tadi aku dah teguk sebotol kecik Livita Honey. Macam ada kesan, tapi macam tak lama jer. Sebab sekarang aku dah mula mengantuk lagi. Pagi ni saja aku dah bakar 3 puntung RAVE. Ni nak kena bakar puntung yang ke-empat ker macam mana? aiyo maa~
Dah. Aku cadang nak lepak pantri kejap. Cari ilham dn ketenangan. Harap tak tertidur dalam pantri. Naya kegiatan macam ni.
Aku cilok dari Google. Kami sama. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan