Citer pasal handphone jer kott. Kemain lagi nak ayat power. Ceh!
Bagi pembaca baru:
Siri 1 --->[KLIK]
Siri 2 --->[KLIK]
Prakata:
Kedua-dua bahagian diatas adalah pra-siri untuk entri kali ini. Aku cadangkan baik pembaca baru mahupun pembaca veteran dan sedia ada, ulang baca untuk entri tersebut. Mesti dah lupa, kan? tak payah malu nak mengaku. Aku faham. Lebih baik baca kedua-dua bahagian diatas sebelum melanjutkan pembacaan kali ini.
Sebelum ini aku citer pasal w660i, kan? justeru itu, kali ini aku sambung telefon tangan (terjemahan terus) yang aku pakai selepas w660i. Jujur cakap w660i tu boleh tahan lama aku pakai. Aku ingat cuma nak guna sepanjang praktikal yang hanya dalam lebih kurang 5 bulan lebih je tapi nasib tak menyebelahi aku. Hampir 2 tahun aku bersama w660i. Dalam pada sela masa tu, adala aku pakai balik w850i (2~3 bulan macam tu je) cuma tak ingat la bila. Sebab "ribbon" w850i selepas dibaiki pun tak kemana akhirnya. Aku anggap macam tak ada jodoh la dengan w850i dah. Nasib baik ada w660i masa tu menjadi peneman aku dikala sunyi dan sepi. Bahkan hingga ke hari ini (ya, hari ini) w660i tu masih lagi berfungsi. Cuma masalahnya nak mengecas w660i tu sikit punya payah. Sebab dia punya port jenis telefon-telefon keluaran Sony (ada Ericsson) yang lama. Port jenis panjang dan banyak gigi. Tahu?
Tu, nampak? (imej dicilok dari Google) |
X8 aku takde warna ungu kat belakang. #SajaBagitau (imej kredit ke XDA Developer) |
sebab aku ada ni (dipinjam dari Google) |
Xperia L yang masih aku gunapakai hingga ke hari ini. Dilengkapi dengan android Jellybean, kamera 8MP, sistem NFC (yang mana paling jarang sekali aku guna), mampu menyokong memori luaran sehingga 32GB (tapi aku pakai yang 16GB jer), pemadam pensel, ubat gigi, set pencuci muka (lagi sekali aku aju soalan ni, perlu ker aku senaraikan segala-galanya? tidak, bukan?) serta segala apa yang telefon pintar kebanyakkannya ada di zaman ini lah. Oh ya, ingin aku katakan disini bahawa sejak menggunapakai Xperia, Sony tiada lagi bersama Ericsson (tak tahu kenapa). Dan perbezaan antara X8 dan L (banyak lagi sebenarnya cuma nak ditekankan disini adalah...) X8 adalah dari kelas terendah didalam keluarga Xperia, manakala L pula adalah dari kelas pertengahan. Nampak tak signifikasinya disini tujuan aku kata macam tu? haa... bermakna telefon pintar seterusnya yang bakal aku beli, berkemungkinan dari kelas atasan "higher standard" lah. Ahahahahah. Hoi, ketawalah, tolonglah ketawa. Gila tak kelakar, sampai aku boleh ketawa tak berpa nak ikhlas. Woi!! ketawa!! sekarang!!
Baik. Sampai perenggan ni, aku nak mintak maaf. Disebabkan kekangan dari segi masa dan ruang, aku terpaksa mengundur diri. Banyak lagi aku nak cerita, cuma aku kena berhenti sampai sini dulu. Maaf eh. Oleh itu, selamat tinggal. Assalam.
Baik. Sampai perenggan ni, aku nak mintak maaf. Disebabkan kekangan dari segi masa dan ruang, aku terpaksa mengundur diri. Banyak lagi aku nak cerita, cuma aku kena berhenti sampai sini dulu. Maaf eh. Oleh itu, selamat tinggal. Assalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan