Jadi hari ini ada taklimat untuk para kontraktor - kontraktor bumiputera mengenai projek pembangunan kawasan luar bandar (Rural Transformation Project, RTP). Sepatutnya, pemilik @ rakan kongsi yang datang untuk menghadiri taklimat tersebut. Nak dijadikan cerita, pemilik syarikat @ majikan aku menyangka bahawa taklimat tersebut berlangsung pada pukul 10:30 pagi. Ya, taklimat tersebut berlangsung pada pukul 10:30 pagi bukan waktu tempatan, tapi waktu Melbourne (ini sekadar rujukan sahaja, tiadaa kaitan pun sebenarnya) dimana waktu tempatan adalah pada pukul 8:30 pagi. Sejajar dengan tajuk entri, aku yakin kau boleh kaitkan kenapa aku tekankan mengenai jam dan menggunapakai istilah "Bidan Terjun" pada tajuk.
Persoalannya sekarang, siapa?
Tepat pukul 8:36 pagi, kedengaran bunyi tapak kaki, berlarian dan saling berkejaran (dengan masa, mungkin) menempuh liku-liku anak tangga untuk menaiki aras yang lebih tinggi. Bunyi tersebut terhenti sebaik sahaja ianya kedengaran semakin menghampiri depan pintu pejabat. Ada dalam kurang lebih 2 saat tanpa ada tanda aktiviti dari "entiti" tersebut.
*masukkan bunyi pintu diselak / dibuka dengan tergesa-gesa (sebab aku tak tahu nak mainkan bunyinya bagaimana) disini*
Dengan suara termengah-mengah, kelihatan susuk tubuh jurutera muda (mohon kalau anda yang dimaksudkan membaca, jangan kembang dan kempiskan hidung anda) menyusun kata sebelum mengeluarkan ucapan ringkasnya.

"Jie, kawu dengan Yus lak gi taklimat dekat Pejabat Residen ah... boss sik jadi pergi, nya piker taklimat ya pukol 10..." katanya. Aku dalam cubaan untuk memahami tujuan makluman itu sebenarnya disamping sedikit keliru sama ada dia sedang memberi arahan atau meminta bantuan. Oleh kerana merasakan diri sedikit tampan dari biasa, walau dengan berat hati, aku turuti juga permintaan / arahan ini.
Aku tahu mengenai taklimat tersebut, namun hanya acuh tak acuh sahaja. Kerana aku tahu, taklimat tersebut tidak memerlukan penglibatan aku secara langsung. Akan tetapi, hanya sekadar untuk tahu sudah cukup bagi aku. Tapi bilamana jadi macam ni, rasa menyesal pulak tak ambil lebih tahu. Perasaannya... aarghhh!! membesar kemaluan dibuatnya (eh??).
Aku baru balik dari taklimat tersebut sebenarnya tapi malas nak cerita, sekurang-kurangnya bukan sekarang. Ada masa nanti, kalau rajin aku buat satu entri yang baru. Secara ringkas sahajalah perjalanan taklimat tersebut. Tak rugi sebenarnya aku jadi bidan terjun tadi, dapat juga tengok muka-muka kontraktor dari syarikat-syarikat tempatan yang lain. Lagi penting, berkesempatan duduk sebelah awek cun, setiausaha dari salah satu syarikat kontraktor tersebut aku percaya. Pegawai yang bertugas pun tak kurang juga comel dan menawan. Nampak sangat rambang mata, tapi aku tak lah berani nak tenung lama-lama pun. Curi-curi ambil gambar apatah lagi. Aku seorang yang pemalu, ini jujur.

Tetapi betul yang aku kata tadi. Tak rugi. Intipati taklimat walau tampak ringkas tetapi cukup padat dengan maklumat.
Aku berhenti sampai sini dulu. Tak larat dah jari-jemari menari-nari menekan-nekan papan kekunci. Lenguh, letih, tired, period dan sebagainya. Hingga jumpa muka kau lagi lain kali (kat sini.. ;P).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan