Jumaat, 17 April 2015

Lupakanlah...

Jangan minta pada yang tak sudi

Benar bak kata pepatah lama seperti tertera di skrin kaca laptop anda diatas. Kenapa orang tua-tua dulu kata begitu? mungkin ada sebabnya tersendiri (memang sepatutnya semua benda bersebab, kan?). Bagi aku, salah satu sebabnya adalah kerana nak jaga hati si peminta. Ye lah, supaya dia tak frust menonggeng dan tertonggeng, kira macam tu laa.

Tak kenal, maka tak cinta. Dah cinta, tak tahan lama pula. Kemudian, tanpa panjang cerita kena tolak mentah-mentah begitu saja. Bagaikan habis madu, sepah dibuang. Ini berlaku bukan hanya kisah dalam novel sahaja, bahkan dalam realiti. Oh, ini tiada kaitan antara aku dan Miss S. Bukan secara langsung (sekurang-kurangnya).

Jadi, untuk itu saranan yang paling baik adalah untuk lupakan saja segala kenangan yang ada. Ye lah, kalau dari gayanya bagaikan tak suka dan tak berapa nak melayan, apa lagi maksud yang dia nak sampaikan, betul tak? jadi, kepada yang diluar sana, yang berada didalam situasi ini (atleast member aku kena), aku harap korang tabah, cekalkan hati biarkan masa yang merawat "luka" tersebut. Jangan PAKSA diri lupakan dia, jangan benci dia kerana dia mungkin ada sebabnya sendiri, dan perbanyakkan muhasabah diri. Harap kau baca entri nie, bro. Aku doakan kau tabah dan beroleh kebahagiaan dikemudian hari.

P/S: Asalkan kau berubah, tak payah nak terlalu sangat kenangkan dia. Iblis / syaiton ni memang suka memainkan perasaan kau bilamana kau jadi macam tu. Mengusik jiwa, menggoyah qalbu. Just be strong, bro!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...