Khamis, 16 April 2015

Kawal Diri

Silap aku jugak senanya

Awal pagi lagi dah bikin panas. Ada seekor mat rempit terlepas disini. Aku baru nak turun kerja, jadi sakit hati pulak dibuatnya. Memula tu aku tak kisah dia pecut. Bagila dia pecut, dia lagi super-power hebat lagi da boom dari aku kott.

Tak cukup dengan itu, dia memain pulak kat jalan besar. Sengaja mengapi-apikan aku yang cuba menenangkan diri dan berlagak cool dipagi hari. Sungguh, hilang kemachoan aku bila diperlakukan sedemikian rupa.

Disaat ini, nilai-nilai kejantanan aku mula tercabar. Aku bukan rempit, tapi time-time "gila", aku memang suka memecut dijalanan. Tak serik dengan kejadian eksiden beberapa bulan yang lalu gamaknya. Ini memang aku tak nafikan. Adakalanya aku memang menggila bila dah menunggang motor. Sebagai contoh, kejadian pagi tadi.

Bilamana dah jadi macam tu, aku yang pissed-off tak tertahan dan tak dapat kawal diri, mula memecut mengejar budak hingusan tu. Dia ingat ceruk mana dia cilok, aku tak boleh nak kejar. Malangnya, mode aku masa tu dah mula menggila bersama. Penuh thrill tapi bila kesedaran mula menerpa, memang aku tak suka dan kadang-kala membenci diri sendiri sebab bersikap sebegitu. Tapi itulah.. kesedaran tu takkan datang bila aku tengah syok menunggang. Betul! tak tipu.

Sedar tak sedar, dah nak sampai ke tempat kerja aku pun. Budak tu dah kali ke-berapa ratus asyik toleh ke belakang (eceyy~ macam riak laa pulak sebab berlagak hebat. Puii la kat diri sendiri) sebab nak tengok aku tinggal jaoh mana. Padahal aku beberapa inci (sekali lagi berlagak) belakang dia. Last-last aku biarkan dia kat depan even aku dah boleh potong. Nak kata tipu, tayar depan aku boleh sentuh tayar belakang motor dia. Cuak atau tak, aku cukup terharu dan bangga sebab boleh buat dia toleh banyak kali (hishh. Ni kena istighfar ratus kali ni, belagak kemain).

Dah lah. Ingat balik pun tak guna. Menang lumba tadi pun bukan dapat duit. Akhirnya kitorang split sebab aku nak gi opis, die pun mungkin turun keje agaknya. Tapi, terima kaseh kat dia sebab kalau die takde, takdenya aku nak sampai opis secepat itu. Hahah

Okay, cukuplah sampai sini. Saje nak apdet entri. Ciao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...