Khamis, 2 April 2015

Apa dah nak jadi?

Aku tergerak nak kongsikan cerita nie...

"Aku dah kata, jangan bukak Facebook.." entah suara dari mana mula menyapa. Hampir lupa rupanya monolog enabled. Jadi, tadi tu aku sendiri cakap kat diri sendiri lah. Ye, aku bukak facebook. Ingatkan nak ping entri tadi, tapi terbaca satu post dari member buat hati aku merasa sebak tanpa aku undang perasaan sebak tu. Nasib baik aku seekor lelaki, masih lagi mampu menahan otot mata dari mengeluarkan cecair yang dalam bahasa saintifiknya dipanggil "air mata".

Ini pasal GST. Ya, sorry kalau aku menyinggung atau akan menyinggung perasaan sesiapa. Aku tak tahu kenapa, tapi rasa tergerak benar rasanya dibenak ini nak kongsikan bersama.

Seperti yang semua rakyat Malaysia dah maklum, dah pun terkena serta bakal kena (termasuk aku), GST dah pun dikenakan. Ini cerita yang berlaku di Kelantan. Mungkin ada antara korang yang dah baca atau tahu pasal ni. Ceritanya begini, aku pendekkan (sorry tak dapek nak tepek gambo atas dasar-dasar courtesy) ada seorang pak cik nak beli roti. Dari cara penceritaan, memang pak cik tu nak sangat beli roti tu. Memang dia memerlukan roti tu la ceritanya. Bilamana sampai part dia nak bayar, cashier tu bagitau la jumlah yang perlu dibayar dan ya, ya dan ya, roti tu kena la GST. Lepas tu, pak cik tu tak jadik laa beli roti tersebut. Dia pergi simpan balik. Tak cukup duit katanya.

Tak sebak? hmph! ye lah, aku mana pandai nak bercerita. Kalau aku dapat tepek gambar tu, senang. Tapi disini aku perlukan imaginasi korang. Korang bayangkan seorang lelaki tua yang tak berapa nak banyak duit, dan duit yang dia ada tu memang cukup-cukup untuk beli barang yang dia nak beli. Bila sampai kaunter nak bayar, dia tak cukup duit, terus simpan balik barang tu. Eh, come on lah!! tak kan korang tak rasa sebak. Korang jangan samakan pak cik tu dengan korang dan kita-kita yang mampu. Sebak dowh! haa.. kalau korang tak rasa sebak, aku lagi sebak sebab korang tak faham dan tak feel cerita aku. Hmph!

Dah lah. Aku tak nak fikir panjang lagi. Nanti boleh sebaldi air mata aku berenangan. Baik aku berhenti kat sini dulu. Sobs.. sobs.. Malas ah layan korang! *tibe-tibe* T..T

Psst: Honestly... aku tak tahu nak kata apa. Betul ker cukai itu haram? bermakna GST itu haroom lah? mintak yang pakar dalam bidang agama beri pencerahan sikit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...