Salam Jum'at semua...
Dipagi yang penuh barakah ini, aku nak buat sedikit perkongsian. Aku cuba yang terbaik untuk tidak mengarang sekeping (atau berkeping-keping) karangan yang panjang bak umpama kertas jawapan calon SPM 2006 (bukan aku, hishh).
Ini cerita semalam. Dikala tengah mengeteh bersama officemate (tak jauh dari office) masuk segugus text dari officemate wanita (dieorang tak join mengeteh) meminta bantuan. Halnya masa tu, permintaan golongan Hawa ni sukar untuk aku penuhi. Jangan la fikir yang bukan-bukan permintaan dieorang *beristighfar & geleng kepala*. Dieorang ada satu masalah dimana drawer locked tapi kunci tiada. Fahamkan masalah dieorang sekarang ni apa? betul, tak silap lagi tekaan kau. Dieorang nak mintak tolong bukakan drawer yang berkunci rapat.
Aku tahu kenapa aku yang jadi target dieorang nak mintak tolong. Bukan kerna aku rajin membantu wanita, bukan juga kerana aku comel dan bukan juga kerana aku jarang untuk berkata TIDAK ke atas permintaan-permintaan golongan wanita, gadis, dara mahupun bahasa saintifiknya, perempuan. Semua itu bukan alasannya, walau untuk sesetengah perkara, alasan diatas ada benarnya. Untuk kali ini, alasannya adalah kerna aku memiliki seutas pemutar skru (yang didatangkan sekali dengan EX5 Dream aku). Ya, itulah sebabnya. Pemutar skru tersebut pernah berjasa, membantu salah seorang officemate aku, membuka kabinet yang terkunci.
Kali ini, officemate yang lain pula mintak tolong dan permintaan beliau adalah sangat sukar untuk dilaksanakan. Setelah melihat dengan teliti contoh drawer meja yang lain, termasuk meja aku dan setelah aku fahami bagaimana caranya berfungsi, aku telah membuat satu hipotesis dimana drawer yang berkunci itu tak mungkin dapat dibuka menggunakan pemutar skru sebagai radasnya. Option satu lagi yang dieorang ada adalah dengan meminjam salinan kunci yang ada pada admin kitorang (yang tiada dipejabat tatkala itu). Sambil menunggu salinan kunci sampai, aku usha-usha la drawer tu dengan harapan keajaiban akan muncul. Akhirnya... nothing's avail. Tiada. Tak gune. Takdak makna segala usaha aku. Aku gagal. Akhirnya kunci sampai dan drawer berjaya dibuka. Yeay, tapi itu bukan apa yang aku nak cerita.
Disebabkan menanggung kemaluan yang maha-kecik dashyat (biasalah, ego lelaki), diiringi pula dengan ketidakpuashatian serta intuisi yang menyinggah didalam diri, aku merasakan bahawa ada lagi kaedah lain untuk buka kunci tersebut. Kaedah yang aku panggil "pick lock". Aku dah habis fikir, aku buat hipotesis dimana kunci tersebut boleh dibuka dengan menggunakan klip kertas dan pemutar skru (untuk pusingkan kepala kunci drawer). Cuma dikala itu, aku tak berapa nak pasti macam mana sebenarnya sistem kunci itu sendiri berfungsi. Tanpa membuat sebarang research, kerna hati aku cukup kuat kata "kau boleh!" serta lagu "Kau Boleh!" juga didendangkan didalam kepala aku, aku tak kira, aku buat juga.
Nak dijadikan cerita, aku betul-betul "boleh" buka dan tutup sekaligus crack sistem kekunci tersebut dengan menggunakan kaedah aku. Cuma halnya, dalam 500 attempt (ini tipu, tapi banyak kali la aku cuba), hanya 2 kali sahaja berjaya. Ini aku cuba dimeja aku sendiri. Drawer tak la aku kunci sepenuhnya. Bahagian atas sekali aku biarkan terbuka, yang lain tutup. Yes, tak tipu, 2 kali. Aku yakin, kalau aku buat research, serta faham benar akan sistem kekunci tersebut, dengan mudahnya aku boleh crack sistem kekunci yang lain (yang lebih kurang sama sistemnya).
Lalu... aku pergi Youtube dan muat turun beberapa video yang berkaitan disamping 2 muka surat berbeza dari WikiHow.
Point yang nak dinyatakan disini sebenarnya, ada sesetengah ilmu wajar untuk kita pelajari (macam pengalaman aku semalam) asalkan digunakan dengan cara yang betul (seperti dikala kecemasan seperti semalam juga). Jangan pulak disalah guna pergi "pecah rumah", jadi "masak lemak cili padi" nanti baru tahu. Memang la agak jarang nak diguna ilmu sebegini, tapi siapa tahu suatu hari nanti amat membantu, setuju?
Akhirulkalam, memandangkan jam dah 11:35 pagi waktu Malaysia sekarang ini, dan hari ini hari Jum'at, baik aku berhenti setakat ini dahulu. Disini, waktu masuk cepat. Biasalah, Borneo, faham-fahamlah. Untuk itu, selamat tinggal dulu setakat ini, jumpa lagi lain kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan