"You think you could just leave without saying goodbye..?" -Brian O' Connor, Furious 7.
Semalam pergi menonton wayang bersama best friend forever (katanya) setelah seminggu lebih kemaruk untuk menonton filem aksi lumba kereta yang dinanti-nanti. Kekangan masa serta limitasi tiket wayang adalah punca agenda tersebut tergendala. Namun, kini sudah boleh rasanya menghembus nafas lega dan mengucapkan "selamat tinggal.." kepada siri The Fast & The Furious yang dibintangi oleh Vin Diesel dan (Mendiang) Paul Walker sebagai teraju utama. Untuk sekuel kali ini, segalanya disingkap dan dihubungkaitkan antara satu siri dengan yang lain termasuk Tokyo Drift yang mana sebelum ini (bagi aku), hanya bertindak sebagai stand-alone film (dimana Vin Diesel hanya muncul pada babak akhir, sebagai cameo sahaja).
"We could never outrun our past..."
Pepatah "barang yang lepas jangan dikenang.." nampaknya tidak relevan untuk sekuel kali ini. "Barang yang lepas" itulah yang menghantui Dominic Toretto serta La Familia nya kini. Dengan agen Hobbs terlantar dihospital ditambah lagi dengan kematian Han dan letupan berskala "kecil" dirumahnya (Dom) sudah cukup untuk memberi "pesanan" kepada Dom bahawa dia tidak akan pernah dapat meninggalkan masa lalu. Biarpun telah menjalani kehidupan yang berbeza yang "bersih", kini Dom terpaksa mengumpul kembali ahli dan kru nya demi untuk melaksanakan satu tugasan terakhir.
Dengan sentuhan James Wan memberi kelainan untuk sekuel kali. Aksi yang padat dan mencemaskan dengan lagak yang aku katakan sebagai "melentur hukum fizik hingga ke titik musnah". Bukan tidak masuk akal, cuma ianya bagaikan 0.1% kejayaan melawan 99.9% kegagalan. Bagaimana sebuah kereta berkelajuan tinggi memecut dan mampu menyeberangi antara dua bangunan pencakar langit dan bagaimana pula kereta boleh mendarat dengan jayanya setelah dijatuhkan pada altitud yang agak tinggi dari sebuah pesawat. Paling tidak, bagaimana mungkin memindahkan seorang individu dari sebuah kereta ke kereta yang lain melalui tingkap kereta (bukan pintu) sedangkan kedua-dua kereta tersebut bergerak secara bertentangan pada kelajuan yang agak tinggi. Logik atau tak, ianya tetap menjadikan filem ini menarik. Diselit juga jenaka dan satira (yang adakalanya hambar namun menjadi) untuk memberi sedikit "ruang" kepada penonton setelah mencerna dan mena'kul aksi-aksi hampir tidak logik yang dipersembahkan.
7 per 10 bintang, itu yang aku beri. Abaikan hampir ketidaklogikan filem ini, telan dan hadam sahaja kerana bagi aku, filem ini tak terlalu berat. Walau tak pernah menonton sekuel-sekuel yang lain, tidak akan banyak mengganggu penonton supaya menonton kembali sekuel-sekuel sebelumnya. Aku berpuas hati dengan sekuel ini. Boleh dikatakan ini merupakan satu penamat yang (walau bukan terbaik) cukup baik. Serta, bagaimana sekuel ini "mengisi" ruang kosong yang meminggirkan The Fast & The Furious: Tokyo Drift. Tak lupa juga, tribute istimewa diberikan kepada mendiang Paul Walker.
Ini apa yang aku dapat selepas menonton Furious 7 semalam:-
1) Aku tak perasan babak mana CGI muka mendiang Paul Walker digunakan (kecuali babak terakhir, semasa Brian dan Dom memandang satu sama lain didalam kereta yang sama kali pertama dua watak ini diperkenalkan).
2) Adakah Tony Jaa berlakon didalam filem ini?
3) Aku dah tahu siapa yang langgar Han.
4) "Shawn" hanya muncul secara cameo (babak terakhir Tokyo Drift, dan babak perbualan Shawn dan Dom selepas mereka berlumba).
5) Orang Arab gemarkan "parti" dan "emas".
6) Aku rasa Jason Statham "kurang" sesuai untuk watak yang beliau mainkan. 7) Aku masih tak boleh kaitkan siapa ketua wakil kerajaan Amerika (rujukan?) yang membuat perjanjian dengan Dom dengan syarat Dom harus dapatkan "Ramsey". 8) Hacker tidak semestinya nerd, berkaca mata, muka dipenuhi jerawat dan kurang keyakinan diri. 9) Fizik? tinggalkan diluar dewan @ panggung @ pawagam sebelum menonton filem ini.10) Aku nak tonton "The Avengers: Age of Ultron" dan "Hitman" selepas tengok trailer berdurasi kurang lebih 5 minit.
Akhir kata, aku cadangkan filem ini untuk ditonton. Pastikan yang menonton tidak bawa budak-budak bersama. Kesian mereka yang masih tak berdosa serta minda yang masih dara dan perawan. Sampai sini saja untuk kali ini. Jumpa lagi lain kali!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan