Jumaat, 7 Februari 2014

Handphone pt.2

Untuk pt.1 boleh rujuk [SINI].

Kemainkan aku dulu buat entri? siap main part-part lagi. Padahal continuation langsung takde. Ibarat buah keranji didalam perahu, macam tu la entri aku. Tak kemana sudahnya. Bukan sebab lupa atau apa (memula tu aku hold jer idea untuk sambungan entri part 1 sebelum ni, tapi lepas tu memang betul-betul lupa laa), tapi sebab penyakit "procrastination", dalam bahasa saintifiknya atau lebih mudah dikenali dalam bahasa melayu common, melengah-lengah @ berlengah @ dilengah-lengahkan atau apa-apa jer lah. Walaubagaimanapun, bagaikan tukul dan Thor (sebab tukul dan pahat sangat laa cliche), aku kembali teringat / diingatkan mengenai entri tersebut. Memandangkan ada masa terluang yang aku sendiri tak tahu nak luangkan untuk apa, aku bercadang untuk menaip segugus entri ini.

Err.. kita berhenti kat mana sebelum nie? ada siapa-siapa boleh bagitahu?

Okay. Aku dah ingat. Kita berhenti kat N-GAGE QD tu. So, lepas ada QD, few months rasanya. Ada la dalam 2-3 bulan aku terpaksa jual QD tu. Tindakan tu boleh dikatakan agak drastik, dimana aku tak fikir masak-masak semasak-masaknya dua tiga belas kali akan tindakan tersebut. Alasan yang paling solid adalah gara-gara aku nak sambung study. Jadi, sebagai seorang student yang inginkan gaya dan keterampilan yang menarik dan tampak elegan, aku memerlukan telefon mudah alih yang agak decent (maybe not so decent but quite average laa) untuk memudahkan aku mengharungi liku-liku sebagai seorang student yang baru nak belajar duduk jauh dari ketiak mak sendiri (ini metafora, jangan tak faham pulak). Downside QD adalah QD tak ada kelengkapan kamera, sistem bluetooth yang hamsap tahap buntut cipan sampaikan boleh butthurt (tak kisahlah sama ada penerima atau penghantar yang menggunakan servis "gigi biru") dan sistem simpanan data yang agak maha-kelam-kabut. Tiga alasan ni dah cukup untuk meyakinkan aku bahawa tindakan menjual QD sangat wojibalrunnah tatkala itu.

Namun, langit tak selalu cerah, kentut tak selalu indah. Ada juga terdetik didalam hati, jauh dibahagian corner yang kelam, penyesalan akan tindakan itu. Tak sangka rupanya lepas tu QD jadi objek yang rare. Perasannya nak beli balik QD tu, umphh!! hanya Tuhan saja yang tahu.

Balance duit yang ada, dicampur dengan duit hasil titik peluh sendiri dan titik minyak majikan (ketika itu), kira punya kira, cukup jumlah wang yang terkumpul. Cukup untuk aku angkat satu hemfon first-hand yang aku beli sendiri, guna duit sendiri.

"dulu aku sendiri, kini masih sendiri..." tetiba jer ada lagu dipasang.

Perasaan masa tu, sebak, terharu, gembira, lapar dan dahaga, semua ada. Akhirnya aku decide untuk angkat hemfon berjenama Sony (which is masa tu Sony Ericsson), k750i. Sangat classy. Siap ada tema Spiderman 3. Ada trailer serta of coz theme Spiderman 3 tu lah. Masa tu Spiderman 3 baru saja ditayangkan secara perdana, dan aku berjaya meletakkan diri aku diantara barisan penonton yang sempat tengok semasa tayangan primere. Makin laa rasa "wow!" atau "woa~" dikala itu. SE k750i, model hemfon keluar Sony Ericsson yang lebih memfokuskan lebih kepada "camera" yang mana salah satu essence features yang aku cari-cari. Kiranya, penyesalan aku jual QD agak terbalas laa. Berbaloi la katakan. Masa tu kamera SE aku baru 1.3MP tak silap. Memori kecik jer size (maksud aku kapasiti) iaitu 512MB. Ye la, kamera pun still kocik compare sekarang punya model laa, so storage tak la makan banyak space (compare sekarang okay, compare sekarang). Tapi masa tu, agak kesemputan jugak memori hemfon aku. Walau tak dikhususkan untuk "music" dan bunyi, aku tetap berpuas hati dengan pemain mp3 yang sedia ada. Tapi yang lagi best, pemain video (I mean kualiti video) yang disokong oleh fon tersebut agak membuatkan mataku terpancar sinarannya. Masa tu rasa macam dah high-end gila kualiti video tu (since SE prefer untuk support mp4, tambahan pulak skrin agak kecik). Downside? hurm, masa tu aku tak berapa nak kisah tapi bila dah lama pakai, worn-out la menatang tu. Aku merujuk kepada "kayu ria" fon tersebut untuk tujuan navigasi (bila dah lama pakai, rosak dowhh!!)

Tapi respek jugak dengan kualiti yang Sony persembahkan. Aku end-up dengan pakai fon tu kurang lebih 2 tahun macam tu. Sebelum aku gatal nak hemfon yang layann~ jer bila main music.
SE aku dulu kaler silver. Hensem!

Setelah k750i banyak berjasa untuk aku, aku tak sanggup lagi nak sakitkan fon tersebut. Dengan calar-balar, kepadatan memori dan ketinggalan dari segi kualiti kamera, aku pilih untuk angkat satu fon baru. Masih kekal dengan pengeluar yang sama, aku angkat SE w850i (pun ada "i" gak). Tapi kali ni duit loan dengan mak aku + duit k750i yang kedai tu nak angkat. Tak banyak yang aku nak cerita pasal w850i ni sebab feel untuk fon tersebut agak "biasa" tak sebest k750i dan N-GAGE QD sebelum ni. w850i, hemfon slide pertama yang aku ada (yang mana aku rasa aku dah guna secermat mungkin) dan hanya mampu bertahan setahun lebih sahaja, sehinggalah "ribbon" pada belakang bahagian atas fon (yang ditolak menggelungsur ke atas bertindak sebagai censor dan menghantar data ke skrin) mengalami kerosakkan atau kegagalan. Tapi sebelum rosak, aku memang ada flash fon tu. Flash ni sama term macam "root" pada android, "jailbreak" pada iPhone atau senang nak faham, hack. Bukan gula-gula hacks! -_-"
Sejibiek macam aku punyaaa, in terms of kaler and rupa laa

Kebetulan jugak masa tu aku praktikal. Jadi nak tak nak, kena cari fon lain buat sementara waktu. Tak lari jugak dari pengeluar yang sedia ada, aku angkat w660i (still ada fokin "i"), fon yang mungkin dalam kelas terendah (lowest-class) untuk keluarga siri "Walkman". Tapi, still mampu untuk menangkap gambar, memainkan lagu dan video serta menghantar data menerusi bluetooth dan prestasinya tak la mengecewakan. Sies!
Ni pun sama, same kaler macam aku punya

Dan dan dan...

Cop!! aku nak kena berhenti kat sini aa. Sakit dah belakang aku. Dari tadi tukar kaki yang bersilang (sebab rasa semut-semut) dan mungkin antara faktor penyumbang, kenapa belakang aku sakit. Serius ni. Ni nak kena baring 15 minit dulu untuk initial recover.

Okay lah. Next time aku sambung lagi, insya Allah. Aku gerak dulu. Nak free-fall atas tilam yang empuk macam roti mayat dulu. Bye~

*All images credit to google.

P/S: Miss S mesti dah bosan dengan cerita aku ni. Feeling aku cerita macam excited gila tapi dia buat muka macam.. hurm.. "maleh aa nak denga.." haa.. macam tu laa agaknya feeling Miss S tu. Betul tak Miss S? :P

2 ulasan:

  1. Gila detailed. Pasal phone boleh detail gila hahahha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...