Tudia, ada macam ustad Don tak? ustad Kazim pun takpe. Best aper. UAI pun bolehh. Heheh. Dah dah, makin ke laut pulak cerita guwa nanti. Eh, memang guwa nak cerita pasal laut pun (sungai actually, tapi kira same lah eh). Kazen guwa tu, ajak guwa tikam kail. Tak la jauh mana, dekat rumah jer. Rumah nenek guwa ni memang dekat tepi sungai. Area belakang tu memang port baek punya nak mancing suatu ketika dahulu. Masa guwa kecik-kecik, pernah gak guwa join uncle guwa, hatta bapak guwa sendiri pun pernah join sama. Tapi itu dulu, tak serius dan tak berapa nak tahu sangat. Lepas tu memang tak sentuh kail lagi dah. Sampai la sekarang, kazen guwa ajak mengail bersama. Guwa on jer. Tapi kualiti air tu tak macam dulu lagi dah. Boleh dikatakan teruk laa jugak. Kalau engkorang tengok pun, memang korang geleng kepala secara automatik (bukan manual, tapi auto). Walaubagaimanapun, masih ada ikan yang berhabitat disitu. Ikan sungai, biasalaa. Tapi nak bagi nama, guwa tak reti. Sebab semua nama yang kazen guwa mention, nama dalam bahasa Melanau. Dalam bahasa melayu, guwa kurang arif (bukan kurang sebenarnya, memang tak tahu ponn). Apa yang guwa tahu, hanyalah ikan Sembilang (dalam bahasa kitorang laa, bahasa Sarawak) atau nama inggerisnya Catfish. Haritu guwa ada tangkap seekor, tapi saiz agak kecik. Lebih sikit dari sejengkal guwa rasa. Masih kecik lagi (belum sekolah agaknya. heheh). Dan satu lagi tu ikan buntal, nama inggeris guwa dah lupa. Ape eh?
Ni aa catfish yang guwa tangkap. eceyy!! acah jerr. :P |
Kazen guwa kata, itu maybe sebab guwa punya luck atau nasib aa. Ye la, first time laa katakan. Kira first time laa since a long time. Sebab haritu, guwa sorang jer yang dapat tangkap. Umpan kazen guwa, semua berjaya dihadam oleh ikan lain. Tak pasti ikan kecik atau besar, tapi kebanyakkannya memang dah dimakan. Ada sekali dia hampir dapat yang besar punya, tapi malangnya terlepas. Ikan tu baru nak tarik sikit, dia dah tarik habis. Takde rezeki sebenarnya. Tapi kalau diikutkan plan yang sebenar-benarnya, kitorang nak mancing udang. Hahah. Takde mendapat, ikan pulak yang makan. Lepas tu ikan nak buat apa? kitorang buang kott sebab pak cik guwa (bapak kazen guwa tu lah) tak nak simpan ikan tu dalam peti ais. Bau katanya dan takde yang nak masak ikan macam tu (since penyediaan untuk masak ikan tu agak melecehkan, yes it is). Last-last, kitorang buang jer laa macam tu jer. Guwa tak kisah sangat tapi masalahnya guwa dah gian nak mancing lagi. Kalau boleh, memang nak dapatkan udang pun. Entah lah, somehow sekarang ramai yang dapat udang (maybe musim kott, guwa tak sure pulak). Memang betul, kat kawasan kitorang tu ada udang, cuma kena tikam agak ke tengah sedikit laa (mengikut firasat pak cik guwa tu). Dieorang kata, air sekarang memang air udang. Kaler agak kemerah-merahan. Tapi kitorang masa tu dah petang dah. Kureng lah nak kemerah-merahan air tu. Guwa yang tak tahu menahu apa-apa ni, angguk-angguk jer laa.
Tapi dalam hati.. masih lagi nak cuba ni. Mihmihmihmih.
P/S: Panjang semacam jer perenggan guwa, kan? tak gitu Miss S? hurm.
First
BalasPadamBlah a kaw gemok
Padam