Ahad, 23 Februari 2014

BR1M punya pasal...

Haishh!! lama dah aku tak update rupanya. Aku lupa yang aku ada sebijik blog. Ish ish ish, tanda-tanda penuaan diri ni dah mula nak nampak. Nasib baik uban belum nak tumbuh lagi. Aku baru dalam lingkungan 20-an dan mencecah suku abad tahun ni, risau pulak aku. Masuk 30-an, 40-an pulak macam mana? gulpp~ *telan air liur*

Okay lah. Tak nak taip pepanjang. Nanti bosan pulak engkorang baca. Lagipun aku tak plan nak curi masa engkorang lelama sangat. Aku tahu, engkorang kan busyyy, nak-nak lagi hari minggu macam ni. Yang mana masih syiok lagi peram "taik mata", udah-udah lerr. Matahari dah menegak 90 darjah dah nie. Separuh hari dah engkorang hilang. Kan tak best, tu? (okay, literally now aku dah mula nak melalut dan hilang fokus)

Senanya, aku nak habaq (cewahh~) pasal BR1M. Kan duit BR1M sekarang ni dah mula diagihkan, so ada yang dah dapat dan ada yang belum lagi. Honestly, last year aku dapat duit BR1M tapi dengarnya this year lagi strict dari last year. Banyak laa yang dieorang dah saringkan. Tak silap dua orang member aku memang dah confirm confirm kena reject sebelum tiba masa duit BR1M nak diagihkan. Ada la reason kena reject, tak perlu la nak mention (aku pun tak tahu senanya). Tapi kes aku pulak, duit belum masuk acc bank lagi. Ceritanya macam ni, dengarnya duit dah mula diagih pada 21hb haritu (untuk yang masih bujang dan dara), dan keesokkan harinya untuk seisi rumah (yang ada tanggungan). Jadi, hari ni 23hb dan duit tu tak masuk lagi. Opp opp!! jangan nak mula presume apa-apa dulu, cerita aku belum habis lagi.

Okay, memandangkan duit belum masuk, aku mula curious. Halnya disini, bukan aku nak bising pasal duit belum masuk, cuma aku tak pasti whether permohonan aku approved atau rejected. Tu la, aku nak tahu tu jer. Aku dah cuba google macam mana nak semak, dan eventually aku dapati ada 3 cara kesemuanya. Pertama sekali semak online dan masuk ke dalam laman sesawang LHDN, kedua through pos dan ketiga menerusi email. Kalau boleh, aku memang nak dapatkan jawapan on the spot (which is melalui option #1), tapi masalahnya tak semua orang dapat akses melalui cara ni (certain people only). Nak tak nak, dua option jer yang ada.

Ni main point sebenarnya ---> pagi tadi, aku ada cerita dengan mak cik aku since dia ada tanya pasal ni. Kitorang pun cerita punya cerita dan rasanya tak sampai 10 minit pun pak cik aku pulak masuk scene. Tetiba aku jadi spectator dan pak cik dan mak cik aku mula argue. Macam-macam point keluar. Aku hanya mampu nak angguk sebab malas nak hangatkan lagi keadaan. Yang kelakarnya, macam mana boleh tercetusnya argument tu? haih~ aku cuba nak recall tapi tak dapat. Nak tak nak, terpaksa la aku layankan ajerr. Haduyaii~ -..-"

15 minit dieorang argue. Argue punya argue, last-last dedua pun dah give up. Malas nak bertekak lagi dan argument pun end up dengan bergantung tak bertali. Dedua masih lagi nak support point memasing. Aku dah macam "erk?! hokayy... baiklah.." bila suasana yang tegang tetiba sunyi. Masa tu aku guna skill aku jadi "invisible" dan lari dari "zon panas" tu. Lepas tu, aku pun tak pasti apa yang jadi. Lepas ni la aku follow-up kes.

Okay lah. Nak gerak dulu. Buhbye!

P/S: Miss S dah tunggu bila aku nak belanja. Haishh~ cepat jer kan? heheh.

4 ulasan:

  1. Kalau bergantung tak bertali tu tak habis lagi lah tu. Nantikan part 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh. Tobat tak hendak. Lama kott aku tunggu chance nak lari. Hahah. xD

      Padam
  2. Hahah. Mohon abg blogger belanja mkn pizza takpun mekdi. Beta tak dapat brim woii. *sedih* LOLOLOL XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah iye laa cik adik oii~ jangan salahkan abg pulak nanti bila berat badan makin naik. #SajaNakBagitau ;P

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...