Entri pendek jeww...
Tak perlu nak mention lagi, siapa yang update dan maklum dengan isu semasa sekarang, sudah tentu tahu mengenai kes kehilangan pesawat MH370. Malah, aku rasa ramai lagi yang expert dari aku sendiri. Jadi, entri ini bukanlah nak mengupas mengenai isu tersebut. Lagipula, kita tak boleh nak buat spekulasi sendiri. Yang jadikan isu tersebut bahan lawak pun, satu hal jugak. Otak dan hati letak mana der? bawah kelambu atau simpan dalam wallet? ish ish ish. *geleng kepala*
Tanggal 8 Mac 2014, kita dikejutkan dengan berita yang agak mengejutkan. Berita yang membuatkan kita tertanya-tanya. Persoalan tentang bagaimana, kenapa dan siapa, sering kali bermain difikiran. Isu pesawat @ kapal hilang ni bukan pertama kali berlaku. Jadi tak hairan lah ada yang mengaitkannya dengan isu segi tiga bermuda. Disebabkan hal sebegitu, kita dilarang sama sekali dari membuat spekulasi yang dilevelkan sebagai "hentam kromo". Sebelum itu, tahukah engkorang mengenai "The Devil's Triangle"? sila google jika nak tahu. Tapi, itu pun berada dikawasan Jepun sedangkan pesawat MH370 yang hilang ini dikatakan lesap dari radar dikawasan Laut China Selatan. Tadi ada terbaca artikel "Pesawat MH370: 'Red Flag atau 'False Flag'" (maaf, tiada link diberi sebab entri tu pun tak jumpa dah) dan semakin banyak persoalan yang timbul. Sudut pandang atau persepsi melihat kepada kes ini pun turut berubah. Kepada sesiapa yang belum membaca artikel tersebut, boleh la cari dan baca. Nak percaya atau tidak, itu hak sendiri.
1 Mac 2014, seminggu sebelum hilangnya MH370, aku sendiri ada hilang "barang". Adakah ini suatu konspirasi juga? atau hanya sekadar kebetulan? puas aku luangkan masa mencari, namun tak jumpa. Nak tanya dengan mak aku, sudah tentu dia tak tahu menahu pun apa benda yang aku cari. Jadi, usahkan CIA mahupun FBI Amerika, dengan mak aku pun aku tak tahu nak explain macam mana. Hari ni jer dah 11 haribulan. Dah 10 hari dah hilang. Namun, firasat aku sangat-sangat kuat mengatakan "barang" tu masih ada dalam bilik aku ni. Firasat dieorang yang sedang mencari, yang menunggu berita terkini (ahli keluarga mangsa), dan yang follow-up berita (mostly kita-kita) nie pulak macam mana (berkaitan isu MH370)?
Walau apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik. Walaupun logik mengatakan MH370 tidak lagi berada diatas udara (semua barang yang naik ke atas, sudah tentu jatuh ke bawah; hukum graviti), even peluang mereka (penumpang dan petugas MH370) untuk survive amatlah tipis, kita doakan mereka selamat dan dapat pulang ke pangkuan ahli keluarga dalam keadaan mana dieorang pergi meninggalkan mereka. Kalau benar ini semua konspirasi, perancangan puak-puak yang ingin menakluki dunia (baca artikel yang aku mention tadi), jadi khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya perancangan Allah itu lagi besar dari perancangan mereka.
Akhirul kalam, jangan putus untuk berdoa demi kesejahteraan mereka (penumpang dan petugas MH370 serta ahli keluarga dieorang) dan kesejahteraan kita dan semoga kita semua bebas dan terhindar dari tipu daya dan fitnah "Penipu Besar akhir zaman". Wallahualam.
P/S: Dah macam Ustard pulak entri aku ni. Saja jer nak update. Walau tangan sakit. Punya lah payah nak menaip. Ish ish ish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan