Terasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Nak cakap dengan dinding, dinding pun tak lalu nak layan aku. Cakap dengan handphone, tak ada respon. Kebetulan, anak mata terpandang kotak PS2 kat atas meja. "Eh, layan PS2 pun okay gak nih..." monolog ku sendirian.
Ternyata, kehebatan aku masih lagi ditahap yang memberangsangkan dengan bukti Kane mampu merampas title dari Randy Orton dalam perlawanan "First Blood Match". Ingatkan dah lama tak main, diri terasa kekok dan tak sehebat dulu. Ternyata anggapan ku silap. Lama-lama, bosan pulak layan WWE Smack Down vs Raw. Aku tukar CD. Layan Tekken 5 pulak.
Alang-alang dah terpasang memory card, ada baiknya aku layan story mode. Dapat jugak unlock karekter baru. Idea tersebut mula terlintas difikiran. Aku pilih karekter Paul Pheonix, pakar Judo. Dulu antara karekter favourite aku sebab dia ada teknik "one-blow fist" dimana satu tumbukan tu mampu melenyapkan lebih dari separuh "nyawa" pihak lawan. Infact, aku rasa semua karekter pun ada skill yang lebih kurang sama, cuma dengan Paul ni kebarangkalian teknik tu nak keluar, agak tinggi. Semakin tinggi stage, perlawanan terasa semakin sukar. Masuk stage 4, jumpa Kuma (ini storyline untuk Paul). Berjaya beat Kuma, ada sedikit cinematic dimainkan. Kuma minta tolong Paul selamatkan Zaibatsu (Who the hell Zaibatsu? aku pun lagging, cuba untuk recall siapa itu Zaibatsu). Sedangkan Paul sibuk nak jadi yang terhebat dialam semesta (the best fighter in the universe) dan tak berapa nak endah akan permintaan Kuma. Diawal story mode (untuk Paul), kononnya perlawanan sebelum ini dia dikalahkan oleh Kuma dan terlantar diatas lantai (K.O mungkin) dan timeline untuk story line Tekken 5 adalah dua bulan selepas insiden itu. Jadi, tak hairan la kenapa Paul terkinja-kinja melompat kegirangan bila berjaya beat Kuma walhal baru jer stage 4 masa tu.
Perlawanan diteruskan sampailah ke stage 9 (dimention kat screen stage 9 ni adalah final stage). Lawan dengan Jinpachi. Wait wait, Jinpachi ni siapa? alter-ego untuk Heihachi kah? (seperti Devil's Jin yang menjadi alter-ego kepada Jin Kazama, cucu Heihachi Mishima). Seriously, aku tak layan Tekken 4, tapi Tekken 3 (PS1) aku ada layan. Biasanya stage 9 memang akan jumpa Heihachi dan next stage jumpa Ogre (betulkan aku kalau silap). Tapi, who the "F" is this Jinpachi??
"It's okay, my Paul gonna beat anyone. Just anyone (even Kuma and Devil's Jin got beaten by him)..". Namun... sekali lagi aku silap. Prasangka aku dan over-confident yang ditaruhkan menyaksikan Paul berkali-kali dikalahkan dengan mudah oleh Jinpachi. Akhirnya aku mengalah. Paul tak mungkin dapat kalahkan Jinpachi, atleast bukan waktu itu. Aku masih lagi geram, nak kalahkan Jinpachi. Aku tukar karekter. Kali ini aku pilih Hwoarang sebab Hwoarang ada chance nak build up combo (plus, banyak gerakkan Hwoarang hanya melibatkan kaki; menendang dan menyepak; Tae Kwon Do la katakan). Sekejap jer aku sampai stage 9 (even storyline pun aku tak kisah sangat). Oh, storyline Hwoarang adalah untuk kalahkan Jin Kazama pada stage ke 8 (stage 7 ada susah sikit bila jumpa Kazuya Mishima). Stage ke 9, guess who? yup, masih lagi Jinpachi. Still, aku tak dapat nak beat Jinpachi (dah lima kali aku try). Last-last, aku give up. Letih, morale turun, tak bermaya, aku off PS2 dan tv. Mood aku sendiri dah hilang. F!!
P/S: Eh, siapa itu Jinpachi daa? malasnya aku nak Wiki. Haishhh!! :/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan