Rabu, 18 Disember 2013

Hanya sekadar renungan

"Don't let environment controls you, make yourself controls the environment..."

Hellooooo~

Hati riang, jiwa senang, masalah bukanlah penghalang. Gila kau kalau aku kata tak ada masalah. Bahkan aku rasa masalah nie macam lebih dari apa yang aku mampu galas. Tapi orang kata "Allah tak akan bebankan hamba-Nya melainkan hambanya itu mampu menanggungnya...". Maaf kalau ayat aku salah. Aku cuma ingat lebih kurang macam tu la maksudnya. Aku tak refer mana-mana sumber sekarang, sebab itu based on apa yang aku ingat. Apa yang penting, kau faham apa point aku. Jadi, kalau masalah-masalah yang aku hadapi sekarang mampu aku tanggung, tak.perlu la nak risau lebih-lebih. Cuma perlu duduk, fikirkan dengan fikiran yang tenang dan waras, tanpa ada gangguan emosi, insya Allah masalah akan dapat disetel. Janji Allah itu pasti, kan?

Jadi, buat apa nak bermuram durja? lebih baik sebarkan aura positif. Send all the positive vibes around you, man. Thats all you need. Macam ayat intro aku diatas. Jadikan diri kau sendiri yang mengawal suasana sekeliling. Jangan biarkan suasana sekeliling yang kawal diri kau tu. Jadikan diri kau tu gembira, riang dan tabah hadapi segala masalah so that apa-apa pun halangan mendatang, kau akan mampu hadapi.

Hey, aku tak perfect. Aku pun bukannya pakar motivasi. Tapi aku harap entri nie boleh bantu kau rasa sedikit positif. Sikit pun jadi lah sebab aku rasa positif sekarang. Aku tinggalkan rasa negatif tu buat seketika. Kalau aku lagi power, mungkin aku akan convert negativity itu jadi positive. Boleh ker macam tu? tak mustahil ye tak?

P/S: Cuba hadapi semuanya dengan tabah okay? kita mampu sebenarnya. Kan Miss S? I know you'll read this. I still love you. :')
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...