Rabu, 4 Disember 2013

Entri pertama bulan Disemba

Minggu lepas aku pergi bercuti. Jadi, blog tak sempat update. Sebenarnya banyak yang aku nak cerita, tapi tak tertaip. Letih, lenguh dan kepenatan sebab sehari-hari berjalan ke sana ke mari melihat keadaan sekeliling dan menikmati masa bersama insan yang tersayang juga menjadi puncanya. Kena pulak dengan coverage internet yang kurang supportive. Pendek kata, memang keadaan tak mengizinkan aku untuk update entri. Insya Allah selepas ni aku akan kembali update entri secara rutin semula. Aku tahu ramai yang nantikan entri terbaru dari aku, kan? *cengkerik mula keluarkan bunyi*

Oh ya, Paul Walker dah tak ada, meninggalkan kita semua. Dia tinggalkan legasi untuk kita. Aku rasa macam nak nangis bila dapat tahu berita nie. Ironinya, dia mati kemalangan jalan raya/kenderaan (sebagai penumpang menurut sumber yang boleh dipercayai) sedangkan filemnya yang paling laris sekaligus menaikkan namanya adalah filem yang melibatkan kenderaan berkuasa tinggi. Selepas ni, siri The Fast and Furious tak akan sama tanpa Paul Walker a.k.a Brian O' Connor.

Okay. Nanti aku update lagi. Ini sekadar muqadimmah sahaja. Mohon nantikan dengan penuh debar. Bye!

xoxo ( -.-")

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...