Okay, 29 Disember 2013 merupakan tarikh penting dan tak patut dilupakan oleh sebahagian besar warga Bintulu. Ini kerana pada tarikh tersebut, telah berlakunya kejadian banjir yang agak teruk. Rasanya sepanjang pengalaman aku hidup sebagai warga Bintulu, kejadian hari itu adalah paling dashyat pernah kitorang alami. Tak payah pergi jauh, rumah kitorang jer dah cukup jadi contoh. Air masuk ke dalam rumah mencecah hingga separuh betis. Untuk pengetahuan korang, area perumahan kitorang bawah kawasan berbukit (or it used to be before), sebelum kawasan bukit tu di clearkan dan dibina shoplot disitu. Bagi kawasan yang hampir dengan longkang @ parit utama, level.tanah agak rendah. Air masuk ke dalam rumah hingga ke paras pinggang bagi rumah-rumah tersebut.
Sejak tahun 2000, dah 13 tahun kitorang tinggal disini dan sepanjang tempoh tu, hanya sekali sahaja air pernah masuk ke dalam rumah (pada tahun 2011 kalau tak silap). Itu pun melibatkan kawasan bilik air sahaja. Itu pun disebabkan air masuk melalui lubang bilik air. Tapi kejadian tempohari memang agak teruk.
Hujan sepanjang hari antara punca banjir tersebut. Lebih kurang jam 4 petang, paras air mula naik. Menarik perhatian abg ipar aku yang merasakan kejadian tersebut agak rare. Sebab dia mula kecoh, seisi rumah pun havoc dan keluar semata-mata nak tengok tinggi mana paras air tersebut. Tak menyangka air akan masuk ke rumah, kitorang sempat snap snap gambar dan post ke Facebook. Aku sedar paras air mula naik mendadak so aku cari inisiatif untuk tutup lubang bilik air. Belajar dari kejadian yang lalu kononnya, bilik air master bedroom berjaya aku sumbat dengan jayanya. Still tak menyedari yang aktiviti tersebut agak hopeless sebenarnya sebab air mula masuk dari bahagian dapur. I bet, less than 10 menet, air semakin cepat masuk ke rumah. Masa tu, kepala mula hang sebab memikirkan barang mana yang patut diselamatkan dulu.
Masa tu la sebenarnya critical thinking itu perlu. Boleh lagi berfikiran sedikit waras, walau situasi berubah semakin teruk. From bad to worst la kiranya. First thing first, barang-barang elektronik yang melibatkan penggunaan bekalan letrik perlu dialihkan terlebih dahulu. Tak lupa juga segala dokumen-dokumen (sijil beranak, sijil kahwin, sijil cerai) perlu diselamatkan terlebih dahulu. Masa keadaan panik, otak mula ligat dan tak terasa benda yang berat pun boleh jadi ringan. Segala set televisyen, dekoder astro, laptop, pc semua angkut ke atas. Ya, luckily rumah kitorang dua tingkat, so barang-barang penting boleh la hantar ke atas. Kira ada talian hayat laa. Bayangkan kalau tak ada tingkat atas. Mana kitorang nak letak tv? perghh~
Then, kitorang alihkan benda yang lain. Karpet dalam bilik master bedroom memang tak sempat lah nak selamatkan. Sedang bilik aku sendiri pun dah macam ada personal "swimming pool". Cuma air sedikit kotor laa. Heheh. Waktu tu hujan still lebat dan kitorang semua risau paras air akan naik lebih tinggi. Nasib baik lebih kurang sejam lebih selepas tu, hujan mulai berhenti. Cuma air masih belum surut. Nak dijadikan cerita, ada ular panjang dalam setengah meter hampir nak masuk ke dalam rumah. Serius ada ular. Apa spesis ular tak tau laa. Rasanya bukan spesis Cobra, Python, Rattlesnake apatah lagi Anaconda. Spesis lain cuma rupanya agak menyeramkan.
Suasana waktu tu memang agak kecoh. Semua orang sibuk alihkan barang. Jalan memang tak nampak apa lagi. Paras air dah cukup tinggi sampaikan longkang dan parit pun tak nampak satu apa pun. Hatta kereta pun sukar nak bergerak keluar. Hanya kelihatan 4WD jer. Macam expedisi merentas sungai pun ada. Tak kurang jugak dengan penduduk kampung yang kecoh, sibuk nak tengok rumah mana yang dimasuki air. Kitorang yang dah siap angkut barang naik atas pun dah tak tahu nak buat apa. Menunggu air surut sepenuhnya. Nak buat macam mana. Hanya mampu tabah dan bersabar dengan kejadian yang berlaku.
Kurang lebih 6:30 petang, air mula surut sepenuhnya. Cuma yang tinggal hanyalah pasir dan sampah yang dibawa oleh air. Macam-macam objek yang tak dikenali ditemui. Dalam bilik air? huh, malas la nak cerita. Rasanya boleh hilang selera bagi orang yang tak berapa nak tabah. Serius. Nasib baik tak sempat tangkap gambar, kalau tak mesti dah tepek kat sini objek yang tak dikenali tu.
So thats pretty much sums it all up. Tak mampu lagi nak taip panjang-panjang walau rasa macam nak cerita semua. Letih, exhausted, penat dan tired. Nak post gambar pun tak mampu sebab resolution terlalu besar. Malas nak resize. Kalau nak tengok jugak, cari dekat profile facebook aku, Miziey Ibrahim. Jumpa, scroll tarikh 29/12/2013. Ada laa beberapa keping gambar sempat aku snap.
Till next time dear readers. Roger and out. Bye~
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan